Seronok sebab bila-bila masa je kitaorang boleh bercuti tanpa perlu minta izin Bos Seronok ke jadi ibu sepenuh masa ni? Rata-rata insan yang bergelar ibu pasti ingin menjadi ibu sepenuh masa kan...? Jika ikutkan rasa hati, tiada seorang pun ibu yang sanggup berjauhan dari anak-anak dan menghantar anak ke rumah pengasuh. Terutamanya ibu yang baru habis pantang dan dah nak mula bekerja. Sedihnya rasa hati terpaksa tinggalkan buah hati kesayangan pada pengasuh. Kejap-kejap asyik tengok gambar anak. Kejap lagi telefon pengasuh tanya khabar berita anak. Makan pun tak lalu. Kerja pun tak fokus. Resah je tunggu waktu tamat kerja. Walaupun Diana tidak pernah melalui saat sedemikian, tetapi sebagai seorang ibu naluri hati kita tetap sama. Alhamdulillah Diana berpeluang menjadi ibu sepenuh masa. Diana tak perlu menghadapi masalah mencari pengasuh anak, tak perlu keluar rumah seawal 6 pagi dan bergegas hantar anak ke rumah pengasuh sebelum menempuh traffic jam. Tak perlu berdepan dengan ...
" Ya Allah aku serahkan segalanya urusan hidupku hari ini di tangan Mu dan jangan Engkau biarkan aku menguruskan hidupku sendiri walau sesaat pun. Aku berniaga produk Shaklee ini adalah kerana Mu ya Allah. Maka Engkau bantulah aku dan berikanlah aku perniagaan yang menguntungkan dunia akhirat ku serta dunia akhirat pelanggan-pelanggan ku.