Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

Assalamualaikum wbt kawan-kawan...đŸ˜„ Bermula selepas Maghrib nanti kita akan masuk ke Tahun baru dalam kalendar Islam iaitu 1437H. Diana doakan semoga Allah SWT menerima segala amal baik kita sepanjang tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang juga. Niatkan dalam hati untuk berhijrah menjadi yang lebih baik solatnya, amalannya, sedekahnya, ibadahnya dan sucikan hati kita supaya tiada lagi hasad dengki dan benci membenci. Tanamkan azam untuk lebih banyak berzikir dan menyebut nama Allah daripada mengingati perkara dunia dan mengumpat sesama manusia. In syaa Allah, kita boleh lakukannya dengan izin Allah. Bagi kawan-kawan muslimah yang diana kasihi, jom jaga aurat kita. Bermula dari saat ni, kita hijrah untuk tutup aurat dan bukan balut aurat sahaja yađŸ˜˜ Sayangi diri kita wahai muslimah. Anugerah Allah bukan untuk tatapan semua orang. Walau sekaya mana pun kita di dunia punya wang ringgit dan harta yang banyak, jika tak mampu beli pakaian yang menutup aurat, rugilah kita di akhirat

Jalan Keluar Bagi Anak Yang Derhaka

Gambar ihsan google Jalan Keluar Bagi ANAK YANG DERHAKA "Sesiapa selalu menderhaka kepada orang tuanya sewaktu orang tuanya masih hidup tetapi kemudian dia selalu berdoa dan memohonkan keampunan untuk orang tuanya apabila salah seorang ataupun kedua-duanya meninggal dunia, nescaya Allah akan mencatatnya sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya." - Imam Baihaqi- Oleh itu, jalan keluar bagi anak yang derhaka kepada ibu bapa selepas mereka meninggal dunia adalah : 1. Selalu mendoakan kebaikan untuk mereka dan memohon Allah mengampunkan dosa-dosa mereka. 2. Melunaskan hutang orang tua sekiranya ada yang belum dibayar. 3. Menunaikan nazar apabila ada nazar mereka yang belum sempat terlaksana. 4. Menjaga kehormatan dan memenuhi sumpah yang pernah mereka ucapkan sewaktu mereka masih hidup. 5. Melakukan segala kebaikan dalam rangka birrul walidaini. Semoga dengan itu Allah memaafkan segala dosa dan kesalahan kita kepada orang tua kita. Dalam had

Ubah Nasib Dengan Ubah Tindakan

Kita boleh ubah nasib dengan ubah tindakan. Hari ni diana belajar satu lagi perkara yang bermanfaat dari guru diana dan diana nak kongsikan dengan rakan-rakan. 1. Rezeki datang dari Allah. Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk. Rezeki dapat duit, dapat anak, dapat kerja, dapat jodoh, disayangi ketua, disayangi keluarga, jadi kaya, berjaya dalam urusan kerjaya dan banyak lagi, kesihatan, anak sihat, suami sihat, abah dan mama sihat, anak dapat no.1, anak dapat masuk U. Semuanya rezeki. Dah tahu rezeki datang dari Allah, kenalah buat baik pada Allah. Buat baik pada Allah lebih mudah dari buat baik pada sesama manusia. Betul kan... Bagaimana caranya nak buat baik pada Allah? đŸ’–Solat 5 waktu jangan tinggal dan jangan lewat waktu. Bila sampai waktu terus bersegera. Lelaki ke masjid, wanita pula di rumah bersegera solat. đŸ’–Solat sunat untuk cukupkan kekurangan dalam solat wajib ibarat kita suka letak extra cheese bila makan pizza. Kurang cheese mana sedap pizza nya. Sama ju

Setiap Kita Adalah Pendosa

Setiap dari kita adalah PENDOSA, tetapi apa yang membezakan antara kita adalah AMALAN dan TAUBAT. Fikir dan renungkan adakah kita sudah bersiap untuk di panggil mengadap bertemu ALLAH? Tiada masa atau waktu yang tepat untuk memulakan taubat. Lakukan segera sebaik sahaja ia menyentuh hati. Kerana MALAIKAT MAUT tidak kenal waktu bila anda sudah bersedia. Ia hadir tanpa diminta sebaik sahaja ALLAH utuskan ia untuk MENJEMPUT ANDA bertemu dengan NYA. ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam

Mendidik Anak Amanah Allah

Anak-anak pada tujuh tahun pertama adalah tuan, oleh itu turuti dan layani kehendak mereka. Pada tujuh tahun kedua, mereka adalah hamba, oleh itu ajarkan mereka melakukan kerja-kerja rumah dan beribadah. Pada tujuh tahun ketiga,  mereka adalah teman, oleh itu jadikan mereka rakan berbicara. -Ali bin Abi Talib- Ibu adalah guru pertama anak-anak. Seorang ibu lebih memahami dan mengetahui potensi, kelemahan dan keunikan setiap anak. ~ NJ Hamba Allah ~