Ramai yang tahu kebaikan makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman ni.
Tapi masih ramai yang takut nak jadikan ia kewajipan dalam diet harian mereka.
Perempuan ke lelaki ke kalau nak kulit cantik, halus, mulus, gebu, licin tanpa jerawat kena rajin ambil sayuran, ulaman dan buah-buahan.
Kena belajar untuk makan semua jenis sayuran dan ulaman sebab setiap jenis berbeza khasiat dan kandungan vitamin nya.
Terbaik adalah jika anda boleh ambil tanpa memasak. Ataupun sekadar celur sedikit untuk mereka yang tidak pro lagi makan ulam ni.
Kalau layu sangat, segala zat nutrisi yang ada dalam sayuran akan hilang disebabkan faktor suhu yang terlalu panas. Rugilahkan makan sayur yang dah kurang khasiatnya kan.
Macam manusia juga, walaupun rambut sama hitam tapi sikap dan keinginan juga berbeza.😄
Diana memang gemar makan segala jenis sayur, ulam dan buah-buahan selain mengambil Vitamin. Tak ada istilah memilih bila tang makan sayur ni.
Bagi yang sedang mengamalkan #DietAtkins, sangat-sangat digalakkan untuk mengambil sayur-sayuran hijau untuk seimbangkan kandungan alkali dan asid dalam badan.
Daging tinggi asid. Manakala sayuran pula beralkali. Tidak bagus jika tahap asidik dalam badan terlalu tinggi kerana boleh menyebabkan penyakit.
Nasihat diana makan berpada-pada dan jangan berlebih-lebihan.
#HealthierLifestyle_byDiana
#DietAtkinsMalaysia
#AtkinsDiet
#DiaryUmmiAdam
Sekiranya anda mengambil ubat statin yang menurunkan kolesterol seperti Lipitor, Zocor, Crestor atau Pravachol dan ingin mengekalkan gaya hidup aktif, hari ni kakD nak bagitau berita penting untuk dikongsi dengan anda semua. Apabila ujian darah menunjukkan tahap kolesterol LDL yang tinggi, kebiasaanya doktor akan memberikan kita ubat statin untuk membantu mengawal paras kolesterol ni. Sememangnya ubat-ubatan ini kelihatan membantu menghasilkan bacaan kolesterol yang lebih stabil selepas itu. tetapi kini ramai pakar mempercayai bahawa ubat statin ini tetap ada side effect yang boleh memberi mudarat untuk kesan jangka panjang. Ubat dari jenis statin ini datang dengan senarai kesan sampingan yang sangat panjang. Kesan sampingan yang dikaitkan dengan ubat statin termasuk dari sakit otot dan diabetes jenis 2 serta kegagalan jantung. Statin Mengurangkan Nutrisi Vital Keperluan Tubuh Anda Secara umumnya ramai yang telah mengetahui bahawa pengambilan statin mengurangk...

Comments
Post a Comment