Allah SWT sentiasa menyediakan berbagai jalan pada hamba Nya agar makin dekat kepada Nya. Sedikit pun Dia tidak bermaksud zalim pada hamba Nya kerana Maha Suci Allah dari sikap zalim.
Lakukan perubahan diri apabila kita mempunyai keinginan. Sebagai contoh; apabila kita ingin mendapat tempat yang layak di dalam masyarakat, jangan fikirkan nama kita agar segera harum. Cuba renungkan...misalnya pakaian yang kita pakai tadi. Adakah ia kelihatan kotor dan tidak kemas? Jika sedemikian, gantikan dengan yang lebih bersih, rapi dan kemas. Di samping itu, jika sebelum ini kita jarang bersilaturrahim dengan jiran tetangga. Mulalah untuk mengenali jiran tetangga dan rajin ke surau atau masjid di kawasan perumahan kita. Kerana disanalah kebiasaanya masyarakat berkumpul dan kenal mengenali antara satu sama lain.
Jangan sekali-kali kita buruk sangka kepada Allah, kalau Allah menghalangi keinginan kita. Sekiranya kita memang layak untuk sesuatu yang kita minta, tentu Allah akan memberikannya. Sesungguhnya Allah tidak pernah memberikan suatu amanah melainkan pasti menyediakan kita kemudahan untuk melaksanakannya. Baik di dalam urusan kenaikan pangkat, kerjaya, perniagaan, jodoh, anak dan sebagainya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Jadi bermuhasabahlah dengan kekurangan diri kita. Perbaiki kekurangan dan usaha buat yang terbaik. In syaa Allah, pasti Allah tunjukkan jalan kejayaan.
Perkara yang paling penting ketika kita berdoa ialah bukan ijabahnya doa, bukan tercapai apa yang kita hajat atau lenyapnya kesulitan yang menimpa. Tetapi yang paling utama adalah berapa banyak sudah kita melakukan perubahan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Berapa banyak masa yang kita luangkan untuk bersama Allah berbanding dengan masa yang kita peruntukkan pada manusia? Renungkan dalam diri anda...
Ramai dikalangan kita yang telah berpuluh tahun hidup, hidup dalam kemewahan, wang ringgit melimpah ruah, hidup sebagai orang ternama, pujian dan penghargaan bertali arus, namun jiwa tetap kosong dan merasa hampa. Itu kerana mereka mendapatkannya tanpa berdoa, tanpa berkomunikasi dengan Allah. Akibatnya, semua nikmat tersebut tidak dirasakan sebagai bentuk kasih sayang dari Allah SWT. Tidak pernah sujud syukur walau sekalipun sebagai tanda terima kasih pada Allah.
Fahamilah secara mendalam bahawa kekayaan sebenar adalah bila anda mengenal Allah SWT. Tuhan yang Maha Kaya, Maha Berkuasa dan Maha Agung. Allah Maha Besar!!!
Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak pernah lupa memberi. Ambil contoh, kita tidak berdoa meminta makanan, tetapi ada sahaja makanan untuk kita. Kita tidak berdoa memohon baju, tetapi Allah menyediakan jalan agar kita berpakaian.
Setiap orang memiliki 24 jam sehari. Cubalah untuk bahagikan 8 jam untuk bersama Allah, 8 jam untuk bekerja dan 8 jam untuk berehat. Dan jika anda ingin jadi orang yang luar biasa hebat, peruntukkan 70% masa anda untuk Allah dan 30% untuk manusia. Itulah pesanan oleh guru saya. In syaa Allah semoga istiqamah dalam beribadah. Nampak sukarkan? Setiap Impian Besar, Cabaran juga Besar. Tiada jalan pintas untuk berjaya.
Comments
Post a Comment