Dalam satu perlumbaan di antara sebuah Ferrari dan Honda Accord dari Kuala Lumpur ke Singapore,rasa-rasanya siapa yang sampai dulu? Secara logic akalnya mesti Ferrari yang memenangi perlumbaan tersebut kan...
Begitu juga dengan reality kehidupan. Kalau nak berjaya, nak ada Impian besar...Cita-cita besar...Kejayaan yang hebat, maka cabarannya juga besar dan hebat. Usaha untuk berjaya juga perlu setimpal dengan apa yang anda impikan. Tiada istilah goyang kaki dan duduk berangan, kemudiaan kejayaan datang bergolek.
Diana masih ingat kata-kata abah yang satu ni hingga ke hari ni. Masa tu kita orang duduk berbual tentang seseorang yang memang kayalah kat Sarawak. Dan lahirlah kata-kata ni dari mulut abah, “ Tiada istilah mudah untuk berjaya. Lain lah jika awak memang di lahirkan sebagai anak orang yang paling kaya. Syarikat bernilai berjuta atas nama awak pun dah wujud sejak awak masih di dalam perut ibu. Segala asset dah tersedia untuk awak”.
Diana akui memang benar apa yang abah cakap. Jadi apa yang Diana usahakan sekarang ini adalah untuk kesenangan anak cucu Diana yang akan datang.
Petang tadi singgah sekejap beli madu di Darus Syifa Bangi. Dari pengamatan diana, boleh katakan, rata-rata rumah yang disekeliling kawasan perumahan Darus Syifa Bangi adalah rumah mewah dengan sekurang-kurangnya tiga biji kereta mewah di dalam halaman pagar rumah mereka. Dalam hati Diana kata, Alhamdulillah...ramai juga orang Islam kita yang hidup senang dan kaya raya.
Tapi bukan itu focus Diana. Diana melihat pada kehidupan mereka yang lebih dekat kepada Allah SWT. Baik yang sudah berusia hinggalah ke usia yang paling muda. Semuanya mementingkan agama dalam kehidupan. Alangkah bersyukurnya mereka dilahirkan sebagai seorang Islam yang kaya dan dalam masa yang sama begitu taat pada perintah dan suruhan Allah SWT.
Percaya tak kalau Diana katakan, bentuk kehidupan kita hari ini adalah berkat dari doa dan usaha nenek moyang kita. Jika kekayaan yang mereka usahakan, maka kayalah kita hari ini. Jika kekuatan dalam beramal dan beragama yang menjadi pegangan mereka, maka itulah yang kita warisi hari ini. Begitu jugalah sebaliknya. Hanya segelintir sahaja yang lahir dari keluarga yang miskin, tetapi hidup sebagai jutawan dan menjadi orang ternama. Diana akui mereka ini memang hebat.
Dari cerita Diana yang berjela-jela ni, Diana nak bagitau tiada istilah segera dalam kehidupan ini sebenarnya. Jika anda nak mengubah nasib anda dan keluarga serta anak cucu cicit anda, anda perlu usaha dari sekarang. Jangan biar mereka salahkan anda yang sudah hancur dalam tanah, kerana nasib malang mereka. Biasa dengarkan istilah hidup ni ibarat roda. Ia akan berpusing ke atas dan kebawah. Jika kita buat baik pada ibu bapa, anak-anak juga akan buat baik pada kita. Jika kita gembirakan hati ibu bapa, anak-anak juga akan gembirakan hati kita. Begitulah juga sebaliknya.
Di samping itu sebagai ibu dan bapa, banyakkan berdoa dan dekatkan diri pada Allah SWT. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa tidak akan berubah ketetapan Allah SWT kecuali dengan kekuatan doa. Sebuah doa mempunyai kekuatan yang luar biasa. Doa kanlah yang baik-baik untuk diri kita dan keluarga kita malah untuk anak cucu kita juga. Semoga keturunan kita akan tergolong di dalam golongan hamba Allah yang beriman dan bertaqwa hinggalah ke hari akhirat kelak. Kerana merekalah amalan pahala yang kita masih ada dan tinggalkan di atas muka bumi ni bila kita dah meninggal dunia. In syaa Allah.
Comments
Post a Comment