Makaroni Goreng Selera Anak Kecil
Untuk 4 orang dewasa / 5 orang anak kecil
Bahan-bahannya :
150g makaroni (rebus dan toskan)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
300g daging cincang
100g lobak merah (dicincang)
50g daun saderi (dihiris halus)
1 biji telur ayam
2 cawan sos asas pasta tomato
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
2 sudu minyak zaitun
Cara penyediaan :
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan sesudu minyak masak dan sedikit garam. Tujuannya supaya makaroni yang kita rebus nanti tidak melekat.
2. Masukkan makaroni dan masak hingga lembut. Pastikan makaroni tenggelam sepenuhnya.
3. Angkat dan toskan.
4. Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dicincang. Goreng hingga kekuningan. Api jangan terlalu besar nanti hangit tak sedap pula.
5. Masukkan daging cincang dan lobak merah. Biarkan hingga daging betul-betul masak.
6. Selepas itu masukkan sos tiram, dan sos pasta. Masak hingga kelihatan agak pekat baru masukkan telur.
7. Kemudian masukkan makaroni, daun saderi dan garam. Gaul hingga rata.
8. Boleh tabur cheese jika anak jenis yang sukakan cheese.
8. Untuk ibu bapa yang nak ada rasa pedas boleh tambah serbuk cili atau serbuk lada putih.
Tips untuk ibu yang ada anak kecil yang susah nak makan sayur.
Lobak dan daun saderi cincang halus-halus supaya anak kecil tak perasan sangat kehadiran sayur dalam masakan.
Mutiara kata hati seorang ummi buat anak kesayangan
"I Have Never Known Love So Intense As When I Looked At The Handsome Face and Thought, He is The Most Wonderful Gift Allah Has Ever Given Me"
Semoga Muhammad Adam Iskandar membesar menjadi seorang hamba allah yang penyabar, beriman dan bertaqwa pada Allah. Berjaya dalam kehidupan dan punyai masa depan yang baik di Dunia dan di Akhirat.
Aamiin Ya Allah Ya Baari Ya Mujib
Comments
Post a Comment