Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Berkasih Sayang Tidak Mengenal Usia

Berkasih Sayang Tidak Mengenal Usia Kebanyakan orang kita masih berasa geli dan mentertawakan apabila melihat atok nenek takpun suami isteri yang telah tua begitu romantic mengalahkan orang muda. Padahal ikatan kasih sayang itu bukan sewaktu muda sahaja, tetapi ketika usia senja pun rasa kasih sayang itu perlu dijalin lebih erat lagi. Kerana disaat usia sebeginilah cinta dan kasih sayang lebih padu. Cinta warga emas ni terhadap pasangan mereka lebih tulus dan ikhlas daripada cinta dan kasih sayang pasangan suami isteri yang masih muda yang baru berkahwin. Notes : Abah memang susah nak senyum. Tapi dia seorang yang sangat penyayang.  Semoga kasih sayang Abah dan Mama berkekalan hingga ke Jannah. Along sentiasa mendoakan kalian sentiasa dalam redha Allah SWT insan kesayangan Along dunia dan akhirat. ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam #DiaryUmmiAdam