Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

TERIMA DAN REDHA

Segala yang berlaku sama ada" baik @ buruk " dalam hidup kita ada sebabnya. Kena terima dengan REDHA. Diana nak kongsi 1 cerita yang mungkin boleh buka minda kita kenapa perlu "TERIMA dan REDHA". Suatu ketika ada seorang lelaki yang terdampar dan mendarat di sebuah pulau terpencil. Ketika dia tersedar, dia mencari-cari di sekeliling pulau jika ada orang yang tinggal di pulau itu untuk dia minta pertolongan. Rupa-rupanya hanya dia seorang sahaja yang bergelar manusia di situ. Dia akhirnya memutuskan untuk membina sebuah pondok sebagai tempat untuk berlindung dari panas dan hujan. Satu hari pondok yang didiaminya terbakar dan dia sangat marah hingga dia menjerit kemarahan " Tersadai di pulau tak berorang ni pun dah cukup menyeksakan, ni terbakar pulak pondok ." Bagaimanapun, beberapa jam kemudian sebuah kapal datang ke pulau itu. Akhirnya dia pun terselamat. Semasa di atas kapal dia bertanya kepada Kapten bagaimana Kapten menjumpai pulau itu. Kapten men

Kualiti Kecantikan Seorang Wanita

Assalamualaikum wbt Buat semua teman-teman yang selalu mengikuti blog diana ni, diana ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi pendengar luahan hati diana. Buat yang baru dan pertama kali, diana ucapkan salam perkenalan semoga ikatan ukhwah itu akan lebih kukuh lagi. Dah lama diana tak menulis secara serius. Dah bersawang blog ni. Maaflah yer :). In syaa Allah diana akan cuba berkongsi segala kebaikan walaupun diana bukanlah sebaik mana. Tapi diana berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari di sisi Allah. Semoga perjuangan teman-teman dan diana mendapat keredhaan Allah SWT. Aamin... Kebetulan  pagi tadi terpandang sesuatu yang kurang menyenangkan di facebook. Maka digerakkan Allah hati ni untuk berkongsi sesuatu yang boleh menyenangkan semula hati iaitu kualiti kecantikan seorang wanita. Maklumlah wanita ni memang sukakan pada kecantikan. Kena cerita banyak-banyak tentang kecantikan. Bila diperhiaskan sebaik mungkin, maka semakin cantiklah seorang wanita itu. A

Nak BERJAYA Pasti Ada CABARAN

Nak BERJAYA Pasti Ada CABARAN. Untuk berjaya kita mesti meletakkan harapan dan keyakinan yang tinggi bahawa sesuatu IMPIAN dapat dicapai. Namun ada TETAPI nya. Letakkan harapan mengikut kemampuan diri yang seiring dengan keyakinan yang kita mampu mencapainya. Sekiranya meletakkan harapan yang terlalu tinggi tetapi kita tidak mampu nak mencapainya, ia hanya akan menyebabkan motivasi kita menurun dan akhirnya kita kecewa dan putus asa. Sebaik-baik cara adalah " Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit". Biarlah kejayaan yang kita hendak kecapi itu sedikit demi sedikit dan yang penting  berterusan. Bukannya hari ini bersemangat, usaha sampai lupa nak rehat, makan hingga tak nak tidur langsung. Akhirnya bila kepenatan semangat pun luntur. Buat apa pun biar berpada-pada dan kemanisan sebuah kejayaan hanya kita yang akan rasa bila hasilnya dituai nanti. "Vision without Action is Just A Dream. Action without Vision merely passes Time. Vision with Action can Change The W

Berdoa Untuk MUSUH

Berdoa Untuk MUSUH Kenapa perlu berdoa untuk musuh? Apa yang perlu kita doakan? Mesti ramai yang ingin doa supaya musuh ditimpa sesuatu musibah dan hal yang buruk. Tapi tahu tak adik2 ku, doa yang salah dan tak baik tidak pernah wujud, malah tidak dimakbulkan Allah SWT. Sebaiknya setiap hari doakan supaya musuh kita diberikan hati yang tenang, sehingga hilang prasangka buruknya kepada kita dan orang lain. Dan mudah-mudahan setiap orang yang melihatnya akan berfikiran positif. Yakin dan percayalah dengan membuang segala fikiran negatif, memaafkan dan melupakan sikap dan perbuatannya yang menyakiti hati kita, kita akan nikmati lebih kegembiraan dan ketenangan serta meningkatkan lagi produktiviti kita dalam melakukan sesuatu perkara. In syaa Allah.😍 #FollowMe @ #HealthierLifestyle_byDiana #SuperMom #SuperMuslimah FB Diana : Nordiana Jamil Salam Sayang Ummi Adam