Skip to main content

TERIMA DAN REDHA

TERIMA DAN REDHA

Segala yang berlaku sama ada" baik @ buruk " dalam hidup kita ada sebabnya. Kena terima dengan REDHA. Diana nak kongsi 1 cerita yang mungkin boleh buka minda kita kenapa perlu "TERIMA dan REDHA".


Suatu ketika ada seorang lelaki yang terdampar dan mendarat di sebuah pulau terpencil. Ketika dia tersedar, dia mencari-cari di sekeliling pulau jika ada orang yang tinggal di pulau itu untuk dia minta pertolongan. Rupa-rupanya hanya dia seorang sahaja yang bergelar manusia di situ.

Dia akhirnya memutuskan untuk membina sebuah pondok sebagai tempat untuk berlindung dari panas dan hujan. Satu hari pondok yang didiaminya terbakar dan dia sangat marah hingga dia menjerit kemarahan " Tersadai di pulau tak berorang ni pun dah cukup menyeksakan, ni terbakar pulak pondok ."

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian sebuah kapal datang ke pulau itu. Akhirnya dia pun terselamat. Semasa di atas kapal dia bertanya kepada Kapten bagaimana Kapten menjumpai pulau itu. Kapten menjawab bahawa dia terlihat kepulan asap hitam yang disebabkan oleh kebakaran dari pondok tempat tinggal lelaki berkenaan.

Jadi mulai hari ini, jika ada perkara-perkara buruk berlaku kepada kita dalam kehidupan, belajar untuk "TERIMA dan REDHA". Jadikan ia falsafah hidup, pahat dalam hati kuat-kuat - " Yang baik adalah baik, Yang buruk juga baik, SEMUA nya adalah baik!"

Sekiranya dapat surat cinta dari bos suruh berhenti kerja, jangan kecewa dan bersedih. "TERIMA dan REDHA". Jangan marah dan menyalahkan Qadar Allah. Yakin dengan sepenuh hati yang Allah nak berikan pekerjaan yang lebih baik atau peluang perniagaan yang lebih menguntungkan buat anda. Aturan Allah itu indah sayang-sayangku.

"Kak diana cakap memanglah senang. Nak praktik bukannya mudah...Akak faham dik. Akak dah laluinya dik. Macam-macam akak dah lalui. Tapi bukan akak diberhentikan kerja. Akak yang berhenti kerja..."

Kak diana pernah baca dalam buku, 4 STEPS TO BE SUCCESS & HAPPY. Cuba amalkan. Akak pun tengah belajar untuk adaptasi dalam kehidupan untuk jadi lebih bahagia. Apa kata jom kita sama-sama amalkan. Caranya;

1. Luangkan 15 saat hingga 15 minit dalam sehari untuk BERSYUKUR. Terbaik adalah sebaik sahaja ketika terjaga dari tidur. Jika boleh buat banyak kali dalam sehari, itu yang terbaik.

2. Perhatikan sekeling dan jangan membuat sebarang penghakiman. Lihat dengan mata hati.

3. Amalkan "Now Mind".

4. "TERIMA dan REDHA"

In syaa Allah kebahagiaan dan kejayaan akan datang bila hati kita gembira. Hati yang gembira akan menarik perkara yang baik-baik dalam kehidupan tau. Hati yang sedih dan tak gembira akan menarik perkara yang tak baik. Jadi kena hati-hati dan jaga apa yang terlintas di hati masing-masing. Hati ni ibarat MAGNET yang menarik setiap perkara ke dalam hidup kita mengikut apa yang hati kita rasa. Sebab tu kena fikirkan yang baik, In syaa Allah hanya yang baik-baik datang dalam hidup kita. Another tips from me...hehe

Moral of the story pada adik-adik dan kakak-kakak kesayangan Diana, setiap perkara buruk yang berlaku (kebakaran pondok) itu ada hikmah disebaliknya. Cuma kita tidak sedar kerana kita tidak memandang dengan mata hati. Kita menghukum keadaan hanya dengan melihat pada mata fizikal (pandangan mata luaran) sehingga kita lupa setiap yang berlaku ada sebab dan hikmah yang Allah nak berikan. Semakin besar ganjaran yang Allah nak bagi, maka besar jugalah ujian yang Allah uji pada kita.

Kenapa kita diuji sedemikian?


Sebab utamanya kerana Allah nak tahu sama ada kita mampu atau tidak memikul AMANAH yang akan Allah beri kepada kita nanti. Mampukah kita redha dan bersyukur di saat susah. Mampukah kita bersabar menghadapi ujian-ujian Allah. Jika masa susah pun kita tidak belajar untuk bersyukur, bagaimana kita hendak menjadi orang yang bersyukur apabila jadi seorang yang HEBAT, KAYA, JUTAWAN, TERMASYUR dan banyak TER...TER lagi lah kan...

Ada orang, baru diberikan dengan sedikit kemewahan, sedikit kesenangan dunia sudah lupa diri. Lupa yang dia pernah juga hidup susah. Lupa yang rezeki yang dia ada sekarang ini adalah PINJAMAN dari Allah SWT. Lupa nak menolong orang. Merendah-rendahkan orang yang perlukan bantuan. Merasakan orang yang meminta tolong ni tak pandai nak berusaha. Hanya tahu meminta-minta. Tak nak keluar dari rutin hidup dan kebiasaan.

Tapi sedar kah kita, setiap sesuatu yang hadir dalam hidup kita adalah UJIAN ALLAH. Ujian ni tak semestinya datang dalam bentuk kesusahan semata-mata. Tapi dalam bentuk kesenangan juga. Biasa dengarkan, orang kaya di uji dengan kekayaannya, orang miskin diuji dengan kemiskinannya. Lebih kurang macam tulah ayatnya. Moralnya, yang dapat rezeki hebat dari Allah jangan terlalu mendabik dada. Jangan kerana kita punya duit yang banyak, suami yang baik, anak yang sihat dan pandai, rumah yang besar, kereta model terkini yang gempak kebabbom gitu, kita memperlekehkan mereka yang memerlukan. Once kita dah lukakan hati mereka, bukan mudah untuk kita mendapat kemaafan yang paling ikhlas dari hati mereka.

So make sure diana when you are RICH & becomes TRILLIONAIRE one day (In syaa Allah Aamin..cehwahhh...berangan lagilah tu...), JANGAN LUPA DIRI and sentiasa buka balik BUKU AZIMAT BIRU tu. Kalau boleh pahat terus dalam hati sampai kembali pada Sang Pencipta Allah Azzawajalla. Penulisan ini sebenarnya adalah untuk peringatan kepada diriku hamba Allah yang banyak kekurangan yang belajar untuk menjadi manusia yang sempuran di samping Allah SWT. Setiap yang baik diana jadikan panduan dan yang pahit diana jadikan pengajaran untuk tidak mengulangi kesilapan. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kejayaan dalam semua usaha kebaikan yang diana lakukan. In syaa Allah. Aamin Ya Rabbal Alamin.

Salam Sayang Ummi Adam


Jom #FollowMe di :

Instagram : Nordiana Jamil

Comments

Popular posts from this blog

Dia Yang Pertama

Terasa cepat nya masa berlalu. Dia yang pertama menghuni rahim ini. Dia yang pertama memanggilku ummi. Dia yang selalu memberi senyuman dan pelukan saat ummi berduka. Dia yang tak kenal erti dendam walaupun sering dimarahi. Tiada yang kedua buat ummi. Insan yang banyak mengajar ummi erti kehidupan bergelar ibu. Minggu ni minggu terakhir abang adam menduduki ujian kelas 5 tahun. Ummi sentiasa mendoakan kejayaan abang adam di dunia dan akhirat. Sangat peramah dan suka berkawan. Rakan niaga ummi yang terbaik. Abang adam dah kenal ABC, Alif Ba Ta, kenal 1 - 100, tambah dan tolak. Dan yang paling ummi bangga walaupun tiada asas agama di tadika, abang adam mampu hafal ✔Doa makan ✔Doa masuk toilet ✔Doa Tidur ✔Berselawat ✔Mengucap 2 kalimah syahadah ✔Surah Al fatihah ✔Surah 3 qul ✔Zikir-zikir ✔Bacaan pendek dalam solat hanya dengan mendengar dari ummi dan ketika kita solat berjemaah. Mungkin orang lain rasa alah apa yang nak dibanggaka...

Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur

Bahan-Bahan Yang Boleh Dapat Dari Dapur Semalam tengok Wanita Hari ini (WHI). Tajuk utama WHI semalam Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur. Layan jer lah. Menurut Diana Rafar, petua ini khas turun-temurun dari warisan keluarganya. Dan dia sendiri memang amalkan mandi air rebusan herba paling tidak dua kali seminggu. Paling tidak pun akan bersauna dengan menggunakan air mandian rebusan herba tu. Elok juga mandi air rebusan herba ni semasa demam, selsema dan batuk sebab membantu mempercepatkan proses untuk sihat.  Ramuan herba dan semulajadi yang fresh ni memang banyak khasiatnya. Cuma kebanyakkan kita orang muda zaman sekarang tidak tahu kaedah yang betul. Kalau nak tahu, lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, meransang otot dan banyak digunakan sebagai bahan menguatkan tenaga. Dari pengalaman diana sendiri, amalan minum air halia, mandian air rebusan herba, urutan dan berlulur menjadikan badan kita rasa lebih s...

CoQ10 Shaklee Meningkatkan Kesihatan Jantung

Sekiranya anda mengambil ubat statin yang menurunkan kolesterol seperti Lipitor, Zocor, Crestor atau Pravachol dan ingin mengekalkan gaya hidup aktif, hari ni kakD nak bagitau berita penting untuk dikongsi dengan anda semua. Apabila ujian darah menunjukkan tahap kolesterol LDL yang tinggi, kebiasaanya doktor akan memberikan kita ubat statin untuk membantu mengawal paras kolesterol ni. Sememangnya ubat-ubatan ini kelihatan membantu menghasilkan bacaan kolesterol yang lebih stabil selepas itu. tetapi kini ramai pakar mempercayai bahawa ubat statin ini tetap ada side effect yang boleh memberi mudarat untuk kesan jangka panjang. Ubat dari jenis statin ini datang dengan senarai kesan sampingan yang sangat panjang.  Kesan sampingan yang dikaitkan dengan ubat statin termasuk dari sakit otot dan  diabetes jenis 2 serta kegagalan jantung. Statin Mengurangkan Nutrisi Vital Keperluan Tubuh Anda Secara umumnya ramai yang telah mengetahui bahawa pengambilan statin mengurangk...