Skip to main content

Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur

Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur
Bahan-Bahan Yang Boleh Dapat Dari Dapur

Semalam tengok Wanita Hari ini (WHI). Tajuk utama WHI semalam Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur. Layan jer lah. Menurut Diana Rafar, petua ini khas turun-temurun dari warisan keluarganya. Dan dia sendiri memang amalkan mandi air rebusan herba paling tidak dua kali seminggu. Paling tidak pun akan bersauna dengan menggunakan air mandian rebusan herba tu. Elok juga mandi air rebusan herba ni semasa demam, selsema dan batuk sebab membantu mempercepatkan proses untuk sihat. 


Ramuan herba dan semulajadi yang fresh ni memang banyak khasiatnya. Cuma kebanyakkan kita orang muda zaman sekarang tidak tahu kaedah yang betul. Kalau nak tahu, lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, meransang otot dan banyak digunakan sebagai bahan menguatkan tenaga.

Dari pengalaman diana sendiri, amalan minum air halia, mandian air rebusan herba, urutan dan berlulur menjadikan badan kita rasa lebih segar dan rasa tenang. Kulit pun rasa lebih lembut dan dapat rasa perjalanan darah lebih lancar dan segar sebaik sahaja kita buat amalan-amalan ni. 

Tahu tak bahawa dengan membelai tubuh, hidup akan lebih rasa tenang. Tekanan perasaan dan tekanan otot boleh menyebabkan migrain. Selain tu, emosi dan fizikal yang terlalu letih juga antara faktor migrain. Untuk melegakannya, anda haruslah bertenang dan membelai tubuh dengan urutan menyeluruh. Mandilah air suam dan bersiar-siar di kawasan yang mempunyai udara yang bersih. Jika boleh, lakukan proses meditasi sendiri untuk melegakan perasaan. Meditasi terbaik adalah pada jam 3 pagi hingga waktu subuh. Bagi orang Islam, meditasi terbaik adalah dengan bertafakur, berzikir dan solat tahajud pada waktu ini.

Kalau nak cantik dan kulit halus mulus macam Diana Rafar, cubalah amalkan petua-petua ni. Menurut Diana Rafar, dia telah amalkan petua ni sejak kecil lagi sebab ibu mereka memang mewajibkan anak-anaknya untuk mengamalkan minum air halia, mandi air rebusan dan berlulur untuk kesihatan. Jadi anak-anak dara yang nak kekalkan kecantikan hingga tua, kena rajin. Tiada kejayaan tanpa usaha. Selamat Mencuba!

Petua 1: Air halia

Bahan-bahan:
  • 7 biji cengkih
  • 7 batang serai
  • 7 helai daun pandan
  • 7 buku halia
  • 1 cawan gula merah (boleh ditambah jika inginkan manis)

Cara-cara:
Rebus pada waktu malam kesemua bahan di atas selama satu jam dan biarkan ia ditutup. Keesokannya sebelum minum, panaskan lagi selama 20 minit. Boleh disimpan di dalam peti ais tetapi lebih baik jika diminum panas-panas. Baik untuk kesihatan dalaman tubuh badan.


Petua 2: Air mandian Rebusan Herba ( Wajib 7 bahan)

Bahan-bahan :
  • Daun serai wangi
  • Daun pandan
  • Halia
  • Daun limau purut
  • Kulit bawang putih
  • Sedikit kunyit hidup (ditumbuk)
  • Daun sirih

Cara-cara:
Rebus kesemua bahan diatas selama sejam. Tuangkan ke dalam bath up atau besen mandian. Lebih baik jika ada sauna sendiri di rumah. Mesti disiram bermula dari ubun-ubun kepala hingga ke kaki.


Petua 3: Lulur beras

Bahan-bahan :
  • Beras yang direndam 2 hari 2 malam
  • Kunyit hidup ditumbuk
  • Daun asam jawa/daun asam belimbing
  • Sedikit air mawar
  • Sehelai/2 helai daun pandan untuk pewangi

Cara-cara:
Kisarkan kesemua bahan di atas sehingga hancur. Buang airnya dan ambil mendapan/hampas bahan-bahan dikisar tadi. Kemudian, lulur dan scrub di badan atau muka spt bedak sejuk semalaman. Berkesan untuk puitihkan badan.

p/s: ** kesemua petua 1,2 dan 3 ini boleh dicampur sedikit garam untuk menjadi pendinding diri.


** kebiasaanya orang guna garam kasar.ni bukan Diana rafar yang kata.ni Diana jamil yang kata..hehe.tapi memang betul kalau kita lihat pada amalan yang sering digunakan oleh pengamal perubatan. Apa pun yang baik itu datang dari Allah SWT. Yang buruk tu dari saya hamba Allah yang banyak kelemahannya.

Salam Sayang Ummi Adam





Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...