Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Kisah bagaimana RM10 menjadi RM500 Dibalas Dalam 24 Jam!

Keajaiban sedekah Kelihatan seorang lelaki muda menghala ke rumah saya. Ketika itu pintu hadapan rumah terbuka luas, kerana saya baru sahaja masuk ke dalam setelah selesai menjemur kain. Pagi sebelumnya cuaca mendung, juga dua hari sebelumnya. Semua kain yang masih lembap saya bawa keluar. Ambil peluang. Saya perhatikan dia dari dalam rumah. Lelaki berkopiah hijau berbelang putih. Kulitnya agak gelap. Ada sekeping fail dikepit di ketiak kanannya, sedang tangan kirinya pula memegang resit berwarna merah jambu. Dia datang dari arah jalan besar dan menuju ke rumah saya. Melihat penampilannya, saya seolah-olah dapat menduga hajatnya. Saya menuju ke muka pintu. “Assalamualaikum bang, minta derma,” katanya seraya menunjukkan fail yang dikepitnya kepada saya. “Derma?...awak dari mana?” Tanya saya pura-pura tidak tahu. Padahal di fail itu sudah tertera nama sebuah sekolah pondok. Alamatnya dari selatan Thailand. Dia tersengih. Saya segera mencapai not merah di dalam poke

Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur

Bahan-Bahan Yang Boleh Dapat Dari Dapur Semalam tengok Wanita Hari ini (WHI). Tajuk utama WHI semalam Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur. Layan jer lah. Menurut Diana Rafar, petua ini khas turun-temurun dari warisan keluarganya. Dan dia sendiri memang amalkan mandi air rebusan herba paling tidak dua kali seminggu. Paling tidak pun akan bersauna dengan menggunakan air mandian rebusan herba tu. Elok juga mandi air rebusan herba ni semasa demam, selsema dan batuk sebab membantu mempercepatkan proses untuk sihat.  Ramuan herba dan semulajadi yang fresh ni memang banyak khasiatnya. Cuma kebanyakkan kita orang muda zaman sekarang tidak tahu kaedah yang betul. Kalau nak tahu, lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, meransang otot dan banyak digunakan sebagai bahan menguatkan tenaga. Dari pengalaman diana sendiri, amalan minum air halia, mandian air rebusan herba, urutan dan berlulur menjadikan badan kita rasa lebih segar