Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Sedekah Kunci Rezeki Hebat

Sedekah kunci rezeki hebat.  Biasa dengarkan cerita bagaimana sedekah Rm50 jadi Rm500. Sedekah rm1000 jadi Rm10000.  Kak D bukan nak cerita kisah orang-orang yang dapat Rm500 dan Rm10000 tu. Silakan google je kisah-kisah mereka kalau nak rasa terinspirasi.  Ada yang tanya, bagaimana saya nak sedekah kalau saya sendiri pun tak ada duit nak buat belanja? Bagaimana tu?  Terus terang dari hati kak D kata yang kak D pernah lalui fasa tersebut. Bukan kata nak sedekah, nak beli beras dan lauk pun tak ada duit. Kak D tak kisah kalau kak D yang lapar. Tapi bagaimana dengan anak kecik kak D yang masih tak faham apa-apa.  Saat tu kak D hanya mampu masakkan bubur untuk dia dan tuang kicap. Kak D cakap kat adam, " Ni je yang kita ada. Adam makan yer. Ada rezeki nanti ummi berikan adam apa yang adam suka yer. " Adam pun makan juga walaupun dia tak suka makan bubur. Alhamdulillah lega sangat bila adam nak makan.  Nak ceritanya, memang kosong sen lah orang kata. Masa t

Menjemput Rezeki Berkat

Ramai tahu salah satu cara menjemput rezeki adalah dengan membaca al-Quran. Dalam kesibukan mencari rezeki sudah ke kita membuat amalan yang satu ni? Berapa jam kita peruntukkan untuk baca al-Quran dalam sehari? Jika sudah Alhamdulillah. Jika belum rancangkan dalam sehari ada masa yang kita peruntukkan untuk membaca al-Quran. Manfaatnya bukan hanya untuk dapat rezeki lebih tapi barakah yang kita inginkan. Dunia kita kejar akhirat jangan dilupakan. Barulah seimbang. Jadilah orang yang mencari kekayaan seolah2 dia akan hidup selamanya. Dan dalam masa yang sama jadilah orang yang beramal soleh seolah2 dia akan mati esoknya.

Jangan Takut Untuk Berbuat Kebaikan

Jangan takut untuk berbuat kebaikan walaupun sentiasa ada yang buat jahat kat kita. Allah sentiasa melihat setiap perbuatan baik @ buruk. Dan ada balasan bagi setiap perbuatan. Abaikan perasaan yang kita sering dianiaya. Jangan ada rasa untuk balas dendam. Bukan hak kita untuk jatuh hukum kat dia. Allah ada untuk menghakimi dengan balasan yang setimpal. Setiap kebaikan akan dapat balasan kebaikan. Ramai lagi hamba Allah yang baik hati di dunia ni. Jika ada yang buat jahat kat kita, Allah akan hantar orang yang baik untuk hiburkan hati kita. Allah ya Rahman ya Rahim sifat Nya. Berdoa dan jangan berhenti berdoa. Berdoalah pada bila-bila masa. Kerana Allah tidak pernah memilih masa dan waktu untuk mendengar doa kita. Cuma kita yang sering cari masa hingga akhirnya tak ada masa langsung kita bersama Allah. Allahumma Ya  Baari' Ya Basith Ya Jalil Ya Fattah Ya Razzaq Ya Wahhab Ya Ghaniy Ya Mughni aturkan yang terbaik buat kami. Aku berserah hidupku dan matiku hanya kepada

Berdoalah kerana Allah SWT Maha Mendengar dan Maha Memberi Rezeki

Alhamdulillah Terima kasih Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim yang melimpahkan rahmatnya buat kami. Terima kasih Ya Allah kerana permudahkan setiap urusan kami dan melimpahkan rezeki buat kami.  Allahumma Ya Fattah Ya Razzaq Ya Ghani Ya Mughni. Engkaulah yang Maha Pembuka segala pintu rezeki dari arah yang tak tersangka-sangka, Maha Pemberi Rezeki, Maha Kaya dan Maha Mengkayakan. Ya Allah, bagilah kami rezeki tanpa sebarang asbab dengan sangat mudah, berkat, halal dan gembiranya pada hari ini.  Aamiin Ya Allah Ya Mujib. 

Dia Yang Pertama

Terasa cepat nya masa berlalu. Dia yang pertama menghuni rahim ini. Dia yang pertama memanggilku ummi. Dia yang selalu memberi senyuman dan pelukan saat ummi berduka. Dia yang tak kenal erti dendam walaupun sering dimarahi. Tiada yang kedua buat ummi. Insan yang banyak mengajar ummi erti kehidupan bergelar ibu. Minggu ni minggu terakhir abang adam menduduki ujian kelas 5 tahun. Ummi sentiasa mendoakan kejayaan abang adam di dunia dan akhirat. Sangat peramah dan suka berkawan. Rakan niaga ummi yang terbaik. Abang adam dah kenal ABC, Alif Ba Ta, kenal 1 - 100, tambah dan tolak. Dan yang paling ummi bangga walaupun tiada asas agama di tadika, abang adam mampu hafal ✔Doa makan ✔Doa masuk toilet ✔Doa Tidur ✔Berselawat ✔Mengucap 2 kalimah syahadah ✔Surah Al fatihah ✔Surah 3 qul ✔Zikir-zikir ✔Bacaan pendek dalam solat hanya dengan mendengar dari ummi dan ketika kita solat berjemaah. Mungkin orang lain rasa alah apa yang nak dibanggaka

Sentuhlah Hati Anak-anak

Ibu bapa yang rugi di akhirat adalah ibu bapa yang tidak dapat menyentuh hati anak-anak semasa didunia. Sayangi anak-anak tanpa pilih kasih dan berikan contoh yang baik. Jadi ibu bapa bukan tugas yang mudah. Jangan asyik cari silap anak tapi cuba selidik dimana silap kita semasa mendidik anak-anak. Anak-anak yang lahir ke dunia tanpa dosa dan noda. Tidak tahu apa-apa pun. Tapi kita yang mencorakkan mereka hingga mereka jadi apa yang ada sekarang ini. Sekadar memberi pendidikan dan hantar ke kelas agama tidak akan bererti jika tiada teladan yang baik untuk diikuti. Sikap dan apa yang kita buat seharian lebih menjadi ikutan. Jangan sesekali letakkan kesalahan pada anak-anak bila mereka buat silap. Tanya pada diri dimana silap kita dan sudah sempurnakah kita sebagai hamba Allah selama ini? Allah hantar ujian melalui anak-anak untuk kita berfikir dan cari silap kita supaya kita kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Tapi ramai ibu bapa tak sedar tentang ni. Asyik menyalahkan anak dan akh

YAKIN 1000% pada Allah SWT

Sambil tunggu nenek kat airport, suruh adam baca buku. Bila ummi leka sekejap ke lain, mata adam pun dah melilau ke lain. Ummi pun peluk Adam, suruh dia fokus dan eja. Macam biasa, ummi kena sabar sebab mata adam tak fokus kat buku. Nak bagi dia fokus ummi cuba uji dia. Suruh eja perkataan2 yang ada dalam buku tu. Tu jer boleh buat dia lebih bagi perhatian. Dan tu juga cara supaya dia berfikir dan recall semula apa yang dia dah baca. First time Adam bawa buku ke airport gara-gara esok ada exam. Ummi pun bukannya nak paksa sangat supaya Adam score 100% dalam final exam ni. Daripada duduk saja, bosan juga ngadap kedai2 makan kat balai ketibaan ni boleh juga buat revision. Leka dengan buku, tak sedar yang mama dah keluar. Sapa tunggu sapa lak jadi nya. Hehe😜 Kalau ikutkan diana, takderlah nak kisah sangat Adam dapat jadi pelajar terbaik masa alam persekolahan tadika ni. Lagipun ni baru tahun pertama dia. Tahun depan barulah final year dia kat tadika. Tadika jer kot. Tak berm

Allah Maha Mengetahui

Jangan takut untuk berbuat kebaikan walaupun sentiasa ada yang buat jahat kat kita.  Allah sentiasa melihat setiap perbuatan baik @ buruk. Dan ada balasan bagi setiap perbuatan.  Abaikan perasaan yang kita sering dianiaya. Jangan ada rasa untuk balas dendam.  Bukan hak kita untuk jatuh hukum kat dia. Allah ada untuk menghakimi dengan balasan yang setimpal. Setiap kebaikan akan dapat balasan kebaikan. Ramai lagi hamba Allah yang baik hati di dunia ni.  Jika ada yang buat jahat kat kita, Allah akan hantar orang yang baik untuk hiburkan hati kita.  Allah ya Rahman ya Rahim sifat Nya. Berdoa dan jangan berhenti berdoa. Berdoalah pada bila-bila masa.  Kerana Allah tidak pernah memilih masa dan waktu untuk mendengar doa kita. Cuma kita yang sering cari masa hingga akhirnya tak ada masa langsung kita bersama Allah.  Allahumma Ya  Baari' Ya Basith Ya Jalil Ya Fattah Ya Razzaq Ya Wahhab Ya Ghaniy Ya Mughni aturkan yang terbaik buat kami. Aku berserah hidupku