Skip to main content

Sentuhlah Hati Anak-anak

Ibu bapa yang rugi di akhirat adalah ibu bapa yang tidak dapat menyentuh hati anak-anak semasa didunia. Sayangi anak-anak tanpa pilih kasih dan berikan contoh yang baik.

Jadi ibu bapa bukan tugas yang mudah. Jangan asyik cari silap anak tapi cuba selidik dimana silap kita semasa mendidik anak-anak.

Anak-anak yang lahir ke dunia tanpa dosa dan noda. Tidak tahu apa-apa pun. Tapi kita yang mencorakkan mereka hingga mereka jadi apa yang ada sekarang ini.

Sekadar memberi pendidikan dan hantar ke kelas agama tidak akan bererti jika tiada teladan yang baik untuk diikuti. Sikap dan apa yang kita buat seharian lebih menjadi ikutan.

Jangan sesekali letakkan kesalahan pada anak-anak bila mereka buat silap. Tanya pada diri dimana silap kita dan sudah sempurnakah kita sebagai hamba Allah selama ini?

Allah hantar ujian melalui anak-anak untuk kita berfikir dan cari silap kita supaya kita kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.

Tapi ramai ibu bapa tak sedar tentang ni. Asyik menyalahkan anak dan akhirnya anak akan semakin rosak akhlaknya.

Jangan pelik jika anak-anak jadi degil dan suka melawan. Ini kerana sikap ibu bapa yang suka marah-marah serta membandingkan anak-anak. Malah tidak menegur dengan cara yang betul. Fikirkan cara yang boleh membuatkan hatinya cair dan lembut terhadap kita sebagai ibu bapa.

Barulah ibu bapa jadi contoh dan teladan yang akan mereka rindui walaupun dah tiada di dunia.

Dalam kubur nanti, apa lagi yang mampu kita buat selain dari peninggalan yang pernah kita tinggalkan semasa hidup. Mungkin kalau kita kaya, banyak tahfiz dan masjid yang dah kita bantu. Tapi jika kita hanya orang yang sederhana dan kurang berkemampuan, amalan apa lagi selain anak yang soleh dan solehah.

😊Sentuhlah hati mereka. Tunjuklah contoh yang baik. Doakan untuk setiap seorang anak-anak kita. Bukannya doa ikut anak mana yang kita suka.  Kita tidak akan tahu, anak mana yang akan bantu kita masuk Syurga.
Sekadar nukilan NJ  Hamba Allah


Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...