Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Bila Stress...

Ada org bila stress makan ais krim, makan coklat banyak-banyak...akhirnya jadi gemuk tapi masalah tetap ada lagi. Ada orang bila stress pergi tempat hiburan. Dengar muzik kuat2 bagai nak pecah gegendang telinga...tapi masalah tetap tak selesai juga. Ada orang bila stress pergi melancong. Pergi tempat mendamaikan kononnya supaya dapat ilham...duit habis tapi masalah tak pernah selesai. Jalan terbaik untuk mengatasi stress tak perlu berhabis duit. Duduk di rumah atau rajinkan diri pergi masjid. Buat je Solat hajat dan Solat taubat. Banyak berzikir dan berdoa minta pertolongan Allah. Siapa lagi yang terbaik dalam bab memberi pertolongan. Pastinya Allah yang Maha Memberi kan? ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam #DiaryUmmiAdam #EuphoriaShaklee #BusinessOnTheGo NJ Hamba Allah

Jangan Takut Untuk Gagal

Saya akui bahawa akan sentiasa ada yang ragu-ragu, membenci dan orang-orang yang akan cuba untuk menahan anda dalam mengejar impian anda. Tapi anda tidak boleh membenarkan faktor-faktor ini memberi kesan kepada diri anda. Jangan biarkan perkara negatif menganggu visi dan matlamat anda.   Kegagalan adalah suatu perkara yang memang tidak dapat dielakkan. Ia tetap akan berlaku dalam usaha mencari kejayaan. Tetapi jangan sesekali merasa takut untuk gagal kerana setiap kisah kejayaan yang hebat disebaliknya ada sebuah kisah kegagalan.   Anda hanya perlukan seorang sahaja dalam hidup ini untuk percaya pada apa yang anda ingin lakukan, dan orang itu adalah diri anda sendiri. Jika anda percaya pada diri sendiri, anda akan mencapai perkara-perkara yang menakjubkan dan menjalani kehidupan terbaik sepanjang hidup anda. Dan sebagai orang Islam atau apa pun agama anda, mintalah hanya kepada Tuhan. Kerana dia Allah Yang Maha Memberi. ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam #DiaryUmmiAdam #Eu