Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Bagaimana Anda Tahu Saat Yang Sesuai Untuk Berhenti Marahkan Anak

Sebagai ibu bapa kita ingin dihormati oleh anak-anak. Untuk dihormati anak, kita juga perlu menghormati perasaan anak-anak dan berhati-hati dalam mendisiplinkan mereka. Kekerasan bukanlah jalan terbaik mendisiplinkan anak-anak. Kanak-kanak memiliki tenaga yang berbeza berbanding kita orang dewasa. Tahap tenaga mereka sangat tinggi dan sebab itu mereka sangat aktif bermain, bersukan, suka menjerit, bercakap lebih banyak dan mereka sentiasa menikmati setiap apa yang mereka lakukan. Sebagai ibu bapa, kita harus lebih sabar dan memahami emosi anak. Perumpamaan yang orang melayu kita selalu cakap yang diana nak kaitkan dengan topik ari ni " Ibarat ketam yang mengajar anak berjalan lurus". Ketam ni memang tak akan pernah berjalan lurus. Tapi dia nak ajar anak dia berjalan lurus. Hasilnya anak dia pun jalan tak betul macam dia. Sebabnya anak ni meniru sepenuhnya apa yang telah diajar oleh ibu ketam ni tadi. Anak kecil ni mereka tiada identiti. Mereka dilahirkan ibarat

Makaroni Goreng Selera Anak

Makaroni Goreng Selera Anak Kecil Untuk 4 orang dewasa / 5 orang anak kecil Bahan-bahannya : 150g makaroni (rebus dan toskan) 3 biji bawang merah  2 ulas bawang putih 300g daging cincang 100g lobak merah (dicincang) 50g daun saderi (dihiris halus) 1 biji telur ayam 2 cawan sos asas pasta tomato 2 sudu besar sos tiram garam secukup rasa 2 sudu minyak zaitun Cara penyediaan : 1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan sesudu minyak masak dan sedikit garam. Tujuannya supaya makaroni yang kita rebus nanti tidak melekat. 2. Masukkan makaroni dan masak hingga lembut. Pastikan makaroni tenggelam sepenuhnya. 3. Angkat dan toskan. 4. Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dicincang. Goreng hingga kekuningan. Api jangan terlalu besar nanti hangit tak sedap pula. 5. Masukkan daging cincang dan lobak merah. Biarkan hingga daging betul-betul masak. 6. Selepas itu masukkan sos tiram, dan sos pasta. Masak hingga kel

Roti Cheese Berudang Untuk Kanak-Kanak

Roti Cheese Berudang Bahan-bahan : 200g isi udang/ daging (ikut citarasa) 4 keping roti putih 1 sudu besar mayonis 10g daun bawang (dihiris nipis) 1/2 biji bawang besar holland (dicincang) 3 sudu besar butter 100g mozarela cheese garam secukup rasa Cara Penyediaan : 1. Campurkan isi udang/daging yang telah dicincang bersama mayonis, daun bawang, bawang besar, cheese, dan garam. Gaul hingga sebati. 2. Potong roti bentuk segi tiga dan sapukan adunan tadi sama rata. Roti tu kalau nak potong boleh tak nak potong pun boleh. Ikut citarasa masing-masing. 3. Panaskan frying pan dan masukkan butter. 4. Bila butter dah cair, goreng roti dengan bahagian yang berinti ke bawah dahulu. 5. Goreng hingga garing pada kedua-dua belah. Butter menjadikan hidangan roti lebih wangi dan enak. "Until one becomes a mother, no one can ever tell you what it will feel like to love someone else so deeply and profoundly that you will rejoice when they rejoice, ache when they ache

8 Manfaat Detox

Detox Untuk Hidup Hebat Ihsan google Seperti yang anda sedia maklum detox merupakan cara untuk anda boleh mengurangkan toksik berlebihan dalam badan dan mengoptimumkan fungsi organ detox dalam badan anda. Namun bagaimana cara untuk anda memastikan bahawa detox ini betul-betul berkesan?  Apakah antara sebab khusus anda perlu fokus dalam membersihkan tubuh anda? 1 MENURUNKAN BERAT BADAN 2 MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN MASALAH SEMBELIT (KOLON LEBIH SIHAT) 3 MENINGKATKAN TENAGA 4 MENGAWAL NAFSU MAKAN 5 KULIT LEBIH CANTIK 6 MENGURANGKAN TEKANAN 7 MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI 8 TIDUR LEBIH LENA "Tahukah Anda? Membersihkan tubuh badan anda daripada toksik dan memenuhi kekosongan itu dengan nutrien yang teratur akan membuatkan minda anda inginkan makanan yang lebih berkhasiat." KESAN POSITIF DETOX  Tubuh kita sering terdedah kepada toksin yang datang berpunca daripada persekitaran dalam aktiviti seharian kita, pemakanan yang bernutrisi rendah dan juga tekanan dari

RAHSIA KULIT BERSERI DAN ANJAL TERBONGKAR

Empat Nutrien Penting Untuk Kulit Sihat Dari Dalam Pernah tak dalam hati tertanya-tanya  bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat, tak ada jerawat, kulit lembap tapi tak berminyak, kulit halus mulus tiada kesan jerawat dan jeragat. Nampak berseri-seri jer bila dipandang. Mesti kita tertanya-tanya apakah petua yang dia amalkan, apa yang dia ambil dan makan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan. Betulkan..??? Kalau macam tu samalah kita. Hehe..Kak diana pun macam tu tau. Makin-makin kalau tengok artis-artis ni kan, teringin jugak nak kulit yang flawless macam dia orang. Hari ni jom kita bongkar rahsia kulit berseri dan anjal para artis ni. Protein Untuk Membina Kulit Yang Sihat Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita untuk fungsi kulit yang optimum.  • Menyokong pe