Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Jaga Solat dan Keluarkan Zakat

Orang yang jaga solat tapi tak bayar zakat, orang tu ada masalah dengan hatinya. Orang yang suka sedekah dan keluar zakat tapi tak jaga solatnya, orang tu ada masalah pada otaknya. Ni bukan statement diana tau. Ni ustaz yang cakap. Jadi jaga solat dan berzakatlah serta bersedekah untuk mendapat rahmat Allah. Selamat Bercuti Di Hujung Minggu 😍 ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam #DiaryUmmiAdam

THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET BACK

The More YOU GIVE The More YOU GET BACK. Sebab tu dalam Islam kita di ajar untuk bersedekah. Sedekah apa sahaja yang kita ada ikut kemampuan. Yang berduit sedekahkan duit. Yang kurang berkemampuan sedekahkan doa dan pahala dari amalan baik kita. Amalan yang paling mudah setiap hari kita lakukan adalah dengan sedekah @ hadiahkan pahala bacaan Al fatihah kepada Abah dan Mama, Arwah Nenda-nenda kita, anak-anak kita (sebut nama mereka)serta guru-guru yang pernah mengajar kita. Dan jangan lupa banyak-banyak berselawat. " Alluhumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Waala Ali Muhammad " Mudah jer kan. Tapi kalau yang berkemampuan dari segi kewangan tu jangan kedekut nak sedekah duit anda. Kena ingat bahawa setiap bahagian dari duit gaji atau keuntungan yang kita perolehi dari berniaga, ada hak orang lain di dalamnya. Itu amanah Allah untuk kita. Semoga kita semua menjadi hamba yang di sayangi Allah. Assalamualaikum dan Salam Jumaat 😊 ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam #Dia

Terapi Terbaik Bagi Seorang Ibu

Terapi Terbaik Bagi Seorang Ibu adalah saat melihat wajah anak kesayangan sedang tidur, memeluknya dan dia kembali memeluk anda. Wajah yang polos dan bersih dari dosa. Dihatinya penuh dengan kasih sayang buat orang disekeliling. Segala kemarahan  dan rasa geram di siang hari hilang begitu sahaja. Benar kata orang, mereka ahli Syurga. Semoga nuranimu kekal sedemikian selamanya. Jangan dikotori dengan debu-debu dunia. Ya Allah, peliharalah dia dari segala kejahatan, kemungkaran dan kemaksiatan. Semoga dia terpilih menjadi diantara hamba-hamba kesayangan Mu. ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam #DiaryUmmiAdam

Suami Soleh Isteri Solehah

Betul...Syurga seorang isteri ada pada suaminya. Tapi syurga anak lelaki ada pada ibunya. Bila seorang ibu tidak gembira dengan sikap dan perlakuan seorang anak, tiada jaminan syurga bagi lelaki yang bergelar suami. Suami yang inginkan isteri yg solehah, perlu memberikan contoh dan teladan yang terbaik. Ibarat kata pepatah, jangan jadi ketam yang cuba mengajar anak berjalan lurus sedangkan dia sendiri tidak mampu berjalan lurus. Jodoh, pertemuan, AJAL & MAUT semuanya rahsia Allah. Kita manusia malah malaikat sekalipun tidak pernah tahu rahsia besar ini. Bila-bila masa Allah boleh tarik nikmat kehidupan, kesihatan, rupa paras, wang ringgit, kekuatan dan apa-apa sahaja kerana semuanya adalah PINJAMAN DARI ALLAH. Dan bila-bila masa sahaja, Allah boleh ambil nyawa kita. Kerana nyawa kita juga hak milik Allah dan kita hanya dipinjam ke dunia untuk buat kebaikan. Itu janji kita ketika di luh mahfuz. Tapi apa yg kita lakukan bila Allah bagi kita kesenangan? Kita lupa diri. Lupa Allah.

Hanya Dia

Bila stress kita mencari lagu untuk di dengar bukannya alunan ayat suci Al-Quran yang boleh menenangkan jiwa. Bila kesedihan kita mencari teman untuk berkongsi cerita bukannya Allah SWT yang sentiasa ada untuk mendengar cerita hambanya. Bila marah kita menjerit, maki hamun hingga mengeluarkan kata-kata kesat bukannya dengan mengambil wudhu dan solat. Bila tertipu kita berdendam dan tidak memaafkannya bukannya bersabar dan berdoa mohon hatinya insaf dan sedar akan kesilapan. Bila membenci seseorang kita lebih suka mencari keaibannya dan sebarkan bukannya cuba untuk mengenali hati budi dan mengetahui masalahnya yang sebenar. Kita sering mencari penyelesaian di tempat yang salah, dengan orang yang salah dan pada sesuatu yang tidak sepatutnya bagi penyakit hati. Tanpa kita sedari perlakuan kita sekadar menambah besar dan merumitkan lagi keadaan kerana hati kita belum lagi menemui penawar dan ubat yang sebenarnya. Bukankah sebaiknya kita segera mencari DIA Yang Maha Penyembuh, Dia Ya

Pemisah Antara Seseorang Dengan Kekufuran Adalah Solatnya

“Pemisah antara seseorang dengan kekufuran adalah solatnya..." Nabi saw bersabda: “Barangsiapa yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian dia meng "QADHA" kan, maka dia akan di SEKSA ke dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub bersamaan 80 tahun, dan satu tahun terdiri dari 360 hari. Dan sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun dunia!” Bayangkan, kalau kita tinggalkan walau hanya satu waktu solat dengan sengaja, kita akan di seksa dalam neraka selama 28,800,000 hari di dalam neraka. Ini baru satu waktu. Bayangkan berapa banyak kali dah kita tinggalkan solat dengan sengajanya, sampai dah tak ingat berapa banyak kali. Nabi saw bersabda: “Kedudukan solat di sisi islam adalah umpama kepala pada badan…” Bayangkan kalau kita tak ada kepala, rasanya boleh hidup ke tak? Memang tak lah kan. Solat adalah perkara pertama yang akan di tanya selepas iman di akhirat nanti. Yang mana, andai solat kita lepas, maka amalan lain akan mudah untuk lepas. Tapi,

Cuti Sekolah Dah Bermula

Dengan hadirnya musim cuti sekolah dan cuti krismas yang tak lama lagi tentunya ramai yang bawa anak pergi jalan. Paling tidak pun balik kampung. Bila balik kampung ni masing-masing paham jer lah. Makanan pun sedap-sedap jer dari dapur bonda. Ditambah lagi sekarang ni musim buah-buahan kat kebun abah. Memang tak berhenti mengunyahlah jawabnya. Hehe😄 Seronok memang seronok. Peruut membuncit pun bertambah seronok.😂 Sebab tak nak bagi semakin membuncit, pagi-pagi diana amalkan minum air kunyit dan halia yang ditambah madu dan asam jawa. Sapa yang rajin boleh amalkan. Masa kurang rajin just ambil Peppermint Ginger Plus. Banyak manfaatnya untuk yang nak cantik dalaman dan luaran tau.😆 Selepas tu diana ambil segelas Cinch Tea Mix @ teh hijau panas. Biasanya selepas lunch atau dinner diana ambil Lecithin bersama Alfalfa. Bila tak sempat restock diana just ambil 2 sudu kecil cuka epal. Makan begitu sahsja tanpa perlu dilute. Sebelum tidur diana pastikan ambil Herblax supaya keesokkan

Kelebihan Makan Sayuran Dan Ulaman

Ramai yang tahu kebaikan makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman ni. Tapi masih ramai yang takut nak jadikan ia kewajipan dalam diet harian mereka. Perempuan ke lelaki ke kalau nak kulit cantik, halus, mulus, gebu, licin tanpa jerawat kena rajin ambil sayuran, ulaman dan buah-buahan. Kena belajar untuk makan semua jenis sayuran dan ulaman sebab setiap jenis berbeza khasiat dan kandungan vitamin nya. Terbaik adalah jika anda boleh ambil tanpa memasak. Ataupun sekadar celur sedikit untuk mereka yang tidak pro lagi makan ulam ni. Kalau layu sangat, segala zat nutrisi yang ada dalam sayuran akan hilang disebabkan faktor suhu yang terlalu panas. Rugilahkan makan sayur yang dah kurang khasiatnya kan. Macam manusia juga, walaupun rambut sama hitam tapi sikap dan keinginan juga berbeza.😄 Diana memang gemar makan segala jenis sayur, ulam dan buah-buahan selain mengambil Vitamin. Tak ada istilah memilih bila tang makan sayur ni. Bagi yang sedang mengamalkan #DietAtkins, sangat-sangat digala

MEROKOK ADALAH HARAM

Merokok adalah haram  Vape ke rokok ke kedua-duanya diana memang tak suka. Bukan sebab diana tak hisap rokok atau vape. Tapi sebab impaknya pada diana lebih dashyat daripada orang yang hisap. Dan diana ada anak kecil yang diana wajib protect dan jaga kesihatan diana dan juga dia. Rasulullah SAW bersabda, " Tidak boleh menimbulkan bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain." ( Hadis Riwayat Ibnu Majah dari Kitab Al - Ahkam 2340 ) Rasulullah SAW pun dah berpesan kat kita umat2 kesayangan baginda. Kenapalah susah sangat nak ikut pesanan Rasulullah SAW jika dalam hati ada cita-cita nak masuk SYURGA ALLAH. Rasulullah kekasih Allah. Bila kita lawan apa yang kekasih Allah dah tegah, rasa-rasanya besar mana harapan nak ke SYURGA ALLAH? Sebab tu Jabatan Agama Islam juga telah mengeluarkan fatwa. "MEROKOK ADALAH HARAM" ( Fatwa 23 Mac 1995) Dan Allah juga dah berfirman dalam Al-Quran: " Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dala

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

Assalamualaikum wbt kawan-kawan...😄 Bermula selepas Maghrib nanti kita akan masuk ke Tahun baru dalam kalendar Islam iaitu 1437H. Diana doakan semoga Allah SWT menerima segala amal baik kita sepanjang tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang juga. Niatkan dalam hati untuk berhijrah menjadi yang lebih baik solatnya, amalannya, sedekahnya, ibadahnya dan sucikan hati kita supaya tiada lagi hasad dengki dan benci membenci. Tanamkan azam untuk lebih banyak berzikir dan menyebut nama Allah daripada mengingati perkara dunia dan mengumpat sesama manusia. In syaa Allah, kita boleh lakukannya dengan izin Allah. Bagi kawan-kawan muslimah yang diana kasihi, jom jaga aurat kita. Bermula dari saat ni, kita hijrah untuk tutup aurat dan bukan balut aurat sahaja ya😘 Sayangi diri kita wahai muslimah. Anugerah Allah bukan untuk tatapan semua orang. Walau sekaya mana pun kita di dunia punya wang ringgit dan harta yang banyak, jika tak mampu beli pakaian yang menutup aurat, rugilah kita di akhirat

Jalan Keluar Bagi Anak Yang Derhaka

Gambar ihsan google Jalan Keluar Bagi ANAK YANG DERHAKA "Sesiapa selalu menderhaka kepada orang tuanya sewaktu orang tuanya masih hidup tetapi kemudian dia selalu berdoa dan memohonkan keampunan untuk orang tuanya apabila salah seorang ataupun kedua-duanya meninggal dunia, nescaya Allah akan mencatatnya sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya." - Imam Baihaqi- Oleh itu, jalan keluar bagi anak yang derhaka kepada ibu bapa selepas mereka meninggal dunia adalah : 1. Selalu mendoakan kebaikan untuk mereka dan memohon Allah mengampunkan dosa-dosa mereka. 2. Melunaskan hutang orang tua sekiranya ada yang belum dibayar. 3. Menunaikan nazar apabila ada nazar mereka yang belum sempat terlaksana. 4. Menjaga kehormatan dan memenuhi sumpah yang pernah mereka ucapkan sewaktu mereka masih hidup. 5. Melakukan segala kebaikan dalam rangka birrul walidaini. Semoga dengan itu Allah memaafkan segala dosa dan kesalahan kita kepada orang tua kita. Dalam had

Ubah Nasib Dengan Ubah Tindakan

Kita boleh ubah nasib dengan ubah tindakan. Hari ni diana belajar satu lagi perkara yang bermanfaat dari guru diana dan diana nak kongsikan dengan rakan-rakan. 1. Rezeki datang dari Allah. Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk. Rezeki dapat duit, dapat anak, dapat kerja, dapat jodoh, disayangi ketua, disayangi keluarga, jadi kaya, berjaya dalam urusan kerjaya dan banyak lagi, kesihatan, anak sihat, suami sihat, abah dan mama sihat, anak dapat no.1, anak dapat masuk U. Semuanya rezeki. Dah tahu rezeki datang dari Allah, kenalah buat baik pada Allah. Buat baik pada Allah lebih mudah dari buat baik pada sesama manusia. Betul kan... Bagaimana caranya nak buat baik pada Allah? 💖Solat 5 waktu jangan tinggal dan jangan lewat waktu. Bila sampai waktu terus bersegera. Lelaki ke masjid, wanita pula di rumah bersegera solat. 💖Solat sunat untuk cukupkan kekurangan dalam solat wajib ibarat kita suka letak extra cheese bila makan pizza. Kurang cheese mana sedap pizza nya. Sama ju

Setiap Kita Adalah Pendosa

Setiap dari kita adalah PENDOSA, tetapi apa yang membezakan antara kita adalah AMALAN dan TAUBAT. Fikir dan renungkan adakah kita sudah bersiap untuk di panggil mengadap bertemu ALLAH? Tiada masa atau waktu yang tepat untuk memulakan taubat. Lakukan segera sebaik sahaja ia menyentuh hati. Kerana MALAIKAT MAUT tidak kenal waktu bila anda sudah bersedia. Ia hadir tanpa diminta sebaik sahaja ALLAH utuskan ia untuk MENJEMPUT ANDA bertemu dengan NYA. ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam

Mendidik Anak Amanah Allah

Anak-anak pada tujuh tahun pertama adalah tuan, oleh itu turuti dan layani kehendak mereka. Pada tujuh tahun kedua, mereka adalah hamba, oleh itu ajarkan mereka melakukan kerja-kerja rumah dan beribadah. Pada tujuh tahun ketiga,  mereka adalah teman, oleh itu jadikan mereka rakan berbicara. -Ali bin Abi Talib- Ibu adalah guru pertama anak-anak. Seorang ibu lebih memahami dan mengetahui potensi, kelemahan dan keunikan setiap anak. ~ NJ Hamba Allah ~

Pesan Ummi Buat Adam

Perbuatan jahat tidak semestinya dibalas dengan kejahatan. Bila kita buat perkara yang sama, maka tidak ada bezalah kita dengan mereka yang masih jahil. Abaikan saja... Ambil iktibar dan jadikan pengajaran buat diri sendiri untuk membentuk insan baru yang lebih beriman dan berbudi pekerti. Yang dalam hatinya penuh dengan kasih sayang.💖 Dunia ni bukan tempat untuk kita menunjukkan kehebatan. Siapa kita jika bukan Allah yang Maha Kuasa dalam segala hal. Dunia juga hanya tempat persinggahan sementara bagi mereka yang benar-benar ingin mencari bahagia yang sebenar disana nanti. Sabar dan redha dengan ujian dari Nya. Seandainya kita lulus ujian, maka besar juga markahnya. Dan besar juga peluang untuk menikmati Syurga Allah.😍 Allah juga dah janjikan, doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan dengan syarat sabar dan redha. Berdoalah sebanyak mungkin untuk kesejahteraan mu di dunia dan di akhirat wahai kesayangan ummi. ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam

Belum Kaya Bukan Alasan Untuk Berkahwin

Belum kaya dan berjaya bukan alasan untuk sebuah perkahwinan. Percaya bahawa setiap dari kita telah ditentukan rezekinya. Selagi kita mengikut perintah Allah dan menghalalkan hubungan tersebut Allah tidak pernah sia-siakan hamba yang beriman pada Allah. Inilah contoh 2 pasangan anak muda yang berkahwin di usia muda yang dari tiada apa, kini mereka bergelar jutawan di usia muda. Bila Allah sayang hamba Nya yang ikut suruhanNya, Allah tidak akan pernah memberati mereka dengan masalah. Malah dilimpahkan dengan lebih banyak kasih sayang Nya. Percaya @ tidak tu semua tolak ketepi. Yang penting YAKIN PADA ALLAH sepenuh hati. ~ Nordiana Jamil Hamba Allah ~ #FellinnaNadeaEdFattah&RafieRamli #NanaMacarona&Firdaus

Pesanan Ummi Buat Adam

Wahai anakku, Seandainya dirimu sering diulit dengan masalah yang bertimpa-timpa, kembalilah pada DIA. Dahulukan DIA dalam segala hal dan segala urusan mu akan menjadi mudah dan lancar. Setiap kali panggilan dari DIA berkumandang, janganlah lagi berlengah dengan hal dunia. Bersegeralah menjawab panggilan NYA. Bila hatimu resah dan tidak tenteram, bukalah Qalam Allah dan bacalah beserta maknanya. Hanya dengan itu jiwamu akan beroleh ketenangan. Bila hidupmu dalam kesempitan, luangkan masa pagi hari mu untuk menunaikan Dhuha. In syaa Allah dijanjikan cukup keperluan mu. Malah Dhuha itu satu Sedekah wahai anakku. Bila engkau inginkan teman bicara, berTahajudlah di sepertiga malam kerana DIA sangat hampir dengan mu pada saat itu. Bila engkau menyintai dunia, ia akan semakin lari jauh dari mu. Sebaliknya, jika Cinta DIA yang engkau kejar, seluruh isi alam akan kembali mengejar mu. Allah berfirman : "Jika hamba-Ku mendekati-Ku satu jengkal maka Aku akan mendekatinya satu hasta,

Cara Tidur Yang Diamalkan Rasulullah SAW

Cara Tidur Yang Diamalkan Rasulullah SAW 1. Tidur di awal malam sesudah menunaikan solat Isyak jam 10:00 atau 11:00 malam dengan keadaan berwudhu. 2. Bangkit di awal separuh kedua malam jam 1:00 atau 2:00 pagi, bersugi, berwudhu dan solat Tahajud. 3. Kemudian tidur semula dan bangkit sebelum terbit fajar. Terbit fajar disini bermaksud sebelum subuh supaya boleh mengerjakan solat Qabliyah Subuh. 4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus dan makanan cepat hadam. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya. Waktu - waktu Yang Tidak Dianjurkan Untuk Tidur 1. Awal - awal pagi setelah terbit matahari. 2. Selepas masuk waktu Asar. 3. Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya separuh dari badan. Bahaya Tidur Di Siang Hari Di Dalam Keadaan Cuaca Yang Panas 1. Mengundang penyakit kulit. 2. Merosakkan warna kulit. 3. Melemahkan jantung. 4. Menambahkan tekanan perasaan. 5. Melemahkan

Kebaikan Susu Ibu

Gambar Google Tergerak hati nak menulis entry pasal susu ibu dan kebaikannya selepas belek gambar-gambar lama masa Adam masih menyusu susu ibu. Seronok sangat melihat perkembangan Adam masa tu. Memang debab dan gebu sangat kulitnya. Maklumlah bayi sihat. Setiap bulan ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan adalah saat yang paling Diana suka sebab nak tahu perkembangan pembesarannya. Seronok melihat dia semakin membesar dalam jagaan sendiri sebagai seorang ibu. Diana tak nafikan cabaran tetap ada tetapi bila kita dapat lihat anak kita membesar dengan lebih sihat dan bertambah-tambah debabnya, halangan dan kesukaran sekadar perkara kecil je. Saya Bayi Susu Ibu... Nasihat Diana untuk Mom To Be atau Bakal Ibu yang sedang hamil, rajinkan diri membaca dan cari ilmu penyusuan sebelum saat kelahiran. Tak kisahlah dari internet atau buku. Masa ini lah kita paling ada masa untuk belajar dan menambah ilmu terutamanya buat ibu muda yang hamil anak sulong yang tiada pengalaman apatah lagi

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang tidak

TERIMA DAN REDHA

Segala yang berlaku sama ada" baik @ buruk " dalam hidup kita ada sebabnya. Kena terima dengan REDHA. Diana nak kongsi 1 cerita yang mungkin boleh buka minda kita kenapa perlu "TERIMA dan REDHA". Suatu ketika ada seorang lelaki yang terdampar dan mendarat di sebuah pulau terpencil. Ketika dia tersedar, dia mencari-cari di sekeliling pulau jika ada orang yang tinggal di pulau itu untuk dia minta pertolongan. Rupa-rupanya hanya dia seorang sahaja yang bergelar manusia di situ. Dia akhirnya memutuskan untuk membina sebuah pondok sebagai tempat untuk berlindung dari panas dan hujan. Satu hari pondok yang didiaminya terbakar dan dia sangat marah hingga dia menjerit kemarahan " Tersadai di pulau tak berorang ni pun dah cukup menyeksakan, ni terbakar pulak pondok ." Bagaimanapun, beberapa jam kemudian sebuah kapal datang ke pulau itu. Akhirnya dia pun terselamat. Semasa di atas kapal dia bertanya kepada Kapten bagaimana Kapten menjumpai pulau itu. Kapten men

Kualiti Kecantikan Seorang Wanita

Assalamualaikum wbt Buat semua teman-teman yang selalu mengikuti blog diana ni, diana ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi pendengar luahan hati diana. Buat yang baru dan pertama kali, diana ucapkan salam perkenalan semoga ikatan ukhwah itu akan lebih kukuh lagi. Dah lama diana tak menulis secara serius. Dah bersawang blog ni. Maaflah yer :). In syaa Allah diana akan cuba berkongsi segala kebaikan walaupun diana bukanlah sebaik mana. Tapi diana berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari di sisi Allah. Semoga perjuangan teman-teman dan diana mendapat keredhaan Allah SWT. Aamin... Kebetulan  pagi tadi terpandang sesuatu yang kurang menyenangkan di facebook. Maka digerakkan Allah hati ni untuk berkongsi sesuatu yang boleh menyenangkan semula hati iaitu kualiti kecantikan seorang wanita. Maklumlah wanita ni memang sukakan pada kecantikan. Kena cerita banyak-banyak tentang kecantikan. Bila diperhiaskan sebaik mungkin, maka semakin cantiklah seorang wanita itu. A

Nak BERJAYA Pasti Ada CABARAN

Nak BERJAYA Pasti Ada CABARAN. Untuk berjaya kita mesti meletakkan harapan dan keyakinan yang tinggi bahawa sesuatu IMPIAN dapat dicapai. Namun ada TETAPI nya. Letakkan harapan mengikut kemampuan diri yang seiring dengan keyakinan yang kita mampu mencapainya. Sekiranya meletakkan harapan yang terlalu tinggi tetapi kita tidak mampu nak mencapainya, ia hanya akan menyebabkan motivasi kita menurun dan akhirnya kita kecewa dan putus asa. Sebaik-baik cara adalah " Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit". Biarlah kejayaan yang kita hendak kecapi itu sedikit demi sedikit dan yang penting  berterusan. Bukannya hari ini bersemangat, usaha sampai lupa nak rehat, makan hingga tak nak tidur langsung. Akhirnya bila kepenatan semangat pun luntur. Buat apa pun biar berpada-pada dan kemanisan sebuah kejayaan hanya kita yang akan rasa bila hasilnya dituai nanti. "Vision without Action is Just A Dream. Action without Vision merely passes Time. Vision with Action can Change The W

Berdoa Untuk MUSUH

Berdoa Untuk MUSUH Kenapa perlu berdoa untuk musuh? Apa yang perlu kita doakan? Mesti ramai yang ingin doa supaya musuh ditimpa sesuatu musibah dan hal yang buruk. Tapi tahu tak adik2 ku, doa yang salah dan tak baik tidak pernah wujud, malah tidak dimakbulkan Allah SWT. Sebaiknya setiap hari doakan supaya musuh kita diberikan hati yang tenang, sehingga hilang prasangka buruknya kepada kita dan orang lain. Dan mudah-mudahan setiap orang yang melihatnya akan berfikiran positif. Yakin dan percayalah dengan membuang segala fikiran negatif, memaafkan dan melupakan sikap dan perbuatannya yang menyakiti hati kita, kita akan nikmati lebih kegembiraan dan ketenangan serta meningkatkan lagi produktiviti kita dalam melakukan sesuatu perkara. In syaa Allah.😍 #FollowMe @ #HealthierLifestyle_byDiana #SuperMom #SuperMuslimah FB Diana : Nordiana Jamil Salam Sayang Ummi Adam

Tiada Istilah Mee Segera Dalam Kehidupan

Dalam satu perlumbaan di antara sebuah Ferrari dan Honda Accord dari Kuala Lumpur ke Singapore,rasa-rasanya siapa yang sampai dulu? Secara logic akalnya mesti Ferrari yang memenangi perlumbaan tersebut kan... Begitu juga dengan reality kehidupan. Kalau nak berjaya, nak ada Impian besar...Cita-cita besar...Kejayaan yang hebat, maka cabarannya juga besar dan hebat. Usaha untuk berjaya juga perlu setimpal dengan apa yang anda impikan. Tiada istilah goyang kaki dan duduk berangan, kemudiaan kejayaan datang bergolek. Diana masih ingat kata-kata abah yang satu ni hingga ke hari ni. Masa tu kita orang duduk berbual tentang seseorang yang memang kayalah kat Sarawak. Dan lahirlah kata-kata ni dari mulut abah, “ Tiada istilah mudah untuk berjaya. Lain lah jika awak memang di lahirkan sebagai anak orang yang paling kaya. Syarikat bernilai berjuta atas nama awak pun dah wujud sejak awak masih di dalam perut ibu. Segala asset dah tersedia untuk awak”. Diana akui memang benar apa yang abah

Keutamaan Memiliki Sahabat Mukmin

Salam Sayang Ummi Adam

NILAI SEBUAH DOA

Allah SWT sentiasa menyediakan berbagai jalan pada hamba Nya agar makin dekat kepada Nya. Sedikit pun Dia tidak bermaksud zalim pada hamba Nya kerana Maha Suci Allah dari sikap zalim. Lakukan perubahan diri apabila kita mempunyai keinginan . Sebagai contoh; apabila kita ingin mendapat tempat yang layak di dalam masyarakat, jangan fikirkan nama kita agar segera harum. Cuba renungkan...misalnya pakaian yang kita pakai tadi. Adakah ia kelihatan kotor dan tidak kemas? Jika sedemikian, gantikan dengan yang lebih bersih, rapi dan kemas. Di samping itu, jika sebelum ini kita jarang bersilaturrahim dengan jiran tetangga. Mulalah untuk mengenali jiran tetangga dan rajin ke surau atau masjid di kawasan perumahan kita. Kerana disanalah kebiasaanya masyarakat berkumpul dan kenal mengenali antara satu sama lain. Jangan sekali-kali kita buruk sangka kepada Allah, kalau Allah menghalangi keinginan kita . Sekiranya kita memang layak untuk sesuatu yang kita minta, tentu Allah akan memberikannya.