Ramai yang tahu kebaikan makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman ni.
Tapi masih ramai yang takut nak jadikan ia kewajipan dalam diet harian mereka.
Perempuan ke lelaki ke kalau nak kulit cantik, halus, mulus, gebu, licin tanpa jerawat kena rajin ambil sayuran, ulaman dan buah-buahan.
Kena belajar untuk makan semua jenis sayuran dan ulaman sebab setiap jenis berbeza khasiat dan kandungan vitamin nya.
Terbaik adalah jika anda boleh ambil tanpa memasak. Ataupun sekadar celur sedikit untuk mereka yang tidak pro lagi makan ulam ni.
Kalau layu sangat, segala zat nutrisi yang ada dalam sayuran akan hilang disebabkan faktor suhu yang terlalu panas. Rugilahkan makan sayur yang dah kurang khasiatnya kan.
Macam manusia juga, walaupun rambut sama hitam tapi sikap dan keinginan juga berbeza.😄
Diana memang gemar makan segala jenis sayur, ulam dan buah-buahan selain mengambil Vitamin. Tak ada istilah memilih bila tang makan sayur ni.
Bagi yang sedang mengamalkan #DietAtkins, sangat-sangat digalakkan untuk mengambil sayur-sayuran hijau untuk seimbangkan kandungan alkali dan asid dalam badan.
Daging tinggi asid. Manakala sayuran pula beralkali. Tidak bagus jika tahap asidik dalam badan terlalu tinggi kerana boleh menyebabkan penyakit.
Nasihat diana makan berpada-pada dan jangan berlebih-lebihan.
#HealthierLifestyle_byDiana
#DietAtkinsMalaysia
#AtkinsDiet
#DiaryUmmiAdam
1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata, "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye .. Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Comments
Post a Comment