Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Feeling Positive Forever

Asalamualaikum and Good Morning 😊 It's Saturday people! Always make sure bangun pagi tengok cermin dan senyum. Ucap lah Alhamdulillah sebab Allah masih berikan kita peluang untuk bersama dengan mereka yang kita sayang. Dalam kehidupan seharian, kita akan jumpa dengan macam-macam jenis orang. Ada yang selalu support kita, berikan galakan dan kata-kata semangat untuk kita terus berjaya dalam apa jua yang kita lakukan. Tapi, ada juga yang jenis suka nak condemn, cakap-cakap belakang yang tak baik berkenaan diri kita. Orang macam ni tak payah ambil port tau, just ignore sebab dia boleh ganggu emosi dan semangat kita nanti. Sebenarnya dia rasa tergugat, tercabar sebab kita berada di atas. Dia nak kita sama sama dengan dia kat bawah. So untuk orang macam ni, kita doakan Allah bukakan minda dan lapangkan dada dia. Moga dia pun berjangkit aura positif dari kita nanti ❤️ Have a great weekend lovelies 💐 ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam #DiaryUmmiAdam NJ Hamba Allah

Mulakan Pagi Dengan Minda Yang Positif

Assalamualaikum and Good Morning😊 Inginkan hari yang baik sepanjang hari. Ni tipsnya. Setiap kali bangun dari tidur, set kan minda kepada positive vibes in syaa Allah sepanjang hari ini apa yang kita lakukan akan jadi lancar belaka. Kalau tetiba ada sesuatu yang menganggu positive vibes anda, tarik nafas dan istighfar banyak-banyak. Kata pada diri, aku nak jadi lebih positive dan hari-hari ku berjalan dengan lancar dan baik. Dan aku tak nak kerana perkara kecil tu, seluruh hari ku rosak. Tarik nafas dan cuba bertenang. Tips nak jadi positive bagi diana yang paling utama setiap malam sebelum tidur, kita kena kosongkan minda dan lapangkan dada dengan memaafkan semua orang yang mungkin pernah buat salah atau buat kita rasa tersinggung. Jangan disimpan dalam hati perkara perkara macam ni sebab ia boleh effect seluruh kehidupan kita. Yes, memang sukar dan menyakitkan. But try for your own good. Abaikan mereka yang menyakitkan kita. Sentiasa ingat yang Allah ada dalam perjuangan kita. J

Allah Adalah Sebaik Perancang

Allah adalah Perancang segala-galanya. Kalau Dia kata ia akan berlaku, maka berlakulah ia. Rezeki ketentuan Allah dan Dia telah menentukan rezeki bagi setiap makhluk di muka bumi ini. Sepayah mana pun liku hidup kita, Allah boleh mengubahnya dalam sekelip mata. Dan semewah mana pun hidup kita, Allah boleh menarik segalanya dalam sekelip mata. Diana yakin dan percaya bahawa Allah  sentiasa menyokong di belakang Diana  dan Diana tidak gentar. Percayalah kepada Nya, taatlah kepada Nya setiap detik waktu selagi bernyawa, dan segala-galanya akan dipermudahkan in syaa Allah. Kalau kita sentiasa ingat Allah, mustahil Allah lupa pada kita. Percayalah.

Kriteria Dan Sifat Orang Yang Bahagia

Assalamualaikum wbt 😍 KRITERIA DAN SIFAT ORANG YANG BAHAGIA 1. Ketika mendapat kesenangan fikiran, dia tidak lalai dan tahu di mana tempat dia berpijak. 2. Ketika ditimpa bencana, hati tetap sentiasa tenang dan berdoa ke hadrat Allah SWT. Dia redha dengan apa yang menimpa dirinya. 3. Dia mampu mengawal diri daripada bersifat pemarah, dayus, bakhil, lebih sika melihat kelemahan diri sendiri daripada mengkritik orang lain. 4. Dia melihat sesuatu yang terjadi secara positif dan selalu berlapang dada dengan semua orang. p/s : pesanan ini buat diri sendiri yang menulis dan berpesan-pesan untuk saling mengingatkan. In syaa Allah 😊 JOM KITA JADI ORANG YANG BAHAGIA 🙆 ~ NJ HAMBA ALLAH ~ #PesanUmmiUntukAdam #DiaryUmmiAdam NJ Hamba Allah

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum & Salam Jumaat😊 Melazimi selawat paling kurang 1000× - 3000× sehari akan dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki . Andai saja tidak kaya , pasti hati tetap tenang sentiasa . Bayangkan sifir sekali kita selawat , Allah yang Maha Kaya akan membalas 10X kebaikan dan dipermudahkan segalanya . Bagaimana jika 3000X ? 😊 Siapa nampak post ni jom sama-sama ringankan mulut baca ALLAHUMMA SHOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD Sambil baca niatkan dalam hati , moga Allah izinkan dan permudahkan mulut ini untuk sentiasa berselawat ke atas Sayyidina Rasulullah shalallahu alaihi wasalam , jika tidak biasa hari ini pasti akan biasa kelak . Saya doakan anda yang membaca dikurniakan husnul khotimah😚 Siapa komited nak ubah diri dan lazimi selawat ? ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam #DiaryUmmiAdam NJ Hamba Allah

Bagaimana Nak Berjaya Dan Mengapa Perlu Berjaya

Impian akan tinggal impian tanpa usaha. Impian jadi kenyataan bila disertakan dengan DOA, USAHA, PERANCANGAN yang teliti dan paling utama mesti ada TARGET. BAGAIMANA NAK BERJAYA? Nak berjaya Mesti USAHA.. Jaga AMALAN ROHANI.. Banyakkan sedekah dan sebagainya. Nak berjaya bukan tu saja. Perlu juga ada MENGAPA ANDA PERLU BERJAYA? Jadi tanya pada diri, MENGAPA sebenarnya aku perlu berjaya? Untuk apa? Kalau pada diana, diana mesti dan wajib berjaya sebab diana ada banyak impian. Diana nak capai financial freedom sebelum usia 40 tahun. Diana nak selesaikan hutang zaman belajar. Diana nak menjadi kaya sebab diana nak bantu lebih ramai orang islam yang susah In syaa Allah. Diana nak anak diana membesar dalam suasana yang CUKUP. Diana nak bahagiakan kedua ibu bapa selagi mampu. Dan yang paling penting, diana inginkan keluarga yang bahagia. Banyak yang diana perhatikan duit menjadi punca perpecahan dalam keluarga. Diana tak kata semua, tapi kebanyakkannya begitu lah. Dan diana tak kata j

Memberi Tidak Akan Mengurangkan Rezeki Si Pemberi

Bismillahirahmanirrahim... Jika itu rezeki yang Allah dah janjikan untuk kita, tidak akan berkurang walau sedikit pun. I learn it last night. Allah didik diana hari ni. Betapa Maha Pemurah dan Maha Memberi nya Allah. Sebak seketika. Subhanallah... Alhamdulillah... Allahhu Akhbar. Bila kita mudahkan urusan orang lain,  Allah mudahkan berkali ganda juga urusan kita. Bila kita menolong orang lain, Allah akan tolong kita juga. Bila kita memberi dengan ikhlas, Allah juga tidak berkira malah berkali ganda rezeki Allah beri pada kita. Thanks Allah😭 #DiaryUmmiAdam #EuphoriaShaklee #PesanUmmiUntukAdam NJ Hamba Allah

Jangan Bersedih Terlalu Lama

Bila ditimpa musibah, jangan bersedih terlalu lama. Bina kekuatan rohani dan minda untuk merubah kehidupan. Always keep in mind, hidup ni ibarat roda. Mungkin hari ni kita di bawah. Esok lusa kita di atas. Hari ni kita dihina mungkin esok kita di sanjung. Hari ni mungkin kita susah, esok lusa kita berjaya. So, Jangan sedih lama-lama. Seandainya ada yang menghina dan mengeji, ucapkan saja ALHAMDULILLAH. Fikirlah secara positif yang Allah hantar mereka pada kita untuk kita jadi lebih tabah, sabar, kuat dan rajin berusaha hingga kita lebih berjaya berkali ganda dari mereka yang pernah menghina kita dulu. Berterima kasihlah dengan mereka bila kita dah berjaya. Kerana tanpa cemuhan dan pandangan yang sinis tu, kita tidak mungkin berada di puncak kejayaan yang kita miliki saat ini. Allah Maha Penyayang. Dia tak akan biarkan hamba Nya yang meminta dari Nya. #PesanUmmiUntukAdam #DiaryUmmiAdam NJ Hamba Allah