Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Tip Untuk Hamil

Beberapa Tips Untuk Hamil 1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur atau ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana-mana farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi. 2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka atau fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang meme

DOA YANG DIMAKBULKAN ALLAH

Apakah doa itu? Adakah ia yang sentiasa kita ucapkan dalam solat? Yang disuarakan penuh kekhusyukkan bahkan dengan air mata? Sekadar itukah? Doa hakikatnya adalah pemangkin untuk kita mengubah diri. Hidup ni bukan sekadar hitam putih seperti televisyen zaman dulu. Ia juga tidak setenang seperti air di laut mati. Kehidupan kita ni sentiasa bergerak dan berubah. Penuh dengan cabaran dan pergolakkan. Menerusi hakikat itulah Allah SWT menguji hamba Nya untuk melihat sama ada kita tetap beriman atau sebaliknya. Allah SWT menguji kita dengan ujian musibah untuk memperelokkan peribadi kita. Kebanyakkan orang yang ditimpa musibah, pasti akan kembali kepada Allah dan lebih masanya untuk Allah. Bukankah ini suatu perubahan diri yang lebih bagus? Ibn Atha’ilah dalam kitabnya Al-Hikam “ Bagaimana engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tidak mengubah dirimu? Dari kebiasaanmu? Kita banyak meminta sehingga membuat kita tidak sempat menilai diri sendiri. Walhal sekirany

Bisikan Hidayah Dari Allah Yang Maha Esa

Pasti kita pernah terdetik di dalam hati mahu berubah, bisikan hidayah yang berbisik-bisik menyentuh hati agar kita berubah ke jalan Allah. Adakah kita memilih menepis sehabis mungkin, mendengar segala bisikan-bisikan syaitan dan godaannya atau disebaliknya? Semua itu atas pilihan kita. Mendengar Kebatilan atau Kebenaran. Untuk memperoleh hidayah Allah, kita bukan hanya perlu menunggu sehingga bisikan hidayah itu datang, kita perlu berusaha untuk menggapainya. Bagaimana caranya? Lantaran itu lakukanlah perubahan, yang buruk perbanyakkan kebaikkannya, yang baik tidak salah jika mahu menjadi yang lebih baik. In syaa Allah dengan berkat kita berdoa, berusaha dan bertawakal apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah S.W.T. dengan izin Nya. Perubahan bukan menyuruh kita berubah dengan mendadak atau secara drastik. In syaa Allah berubahlah dengan berperingkat-peringkat. Bermula dengan meninggalkan segala yang dilarang, melakukan segala yang dikehendaki, mendirikan solat lima waktu, be

PARU-PARU BERAIR : EFUSI PLEURA

Penyakit Paru-paru berair juga dikenali sebagai ‘ efusi pleura ’. Paru-paru dikelilingi oleh satu rongga kosong yang disebutkan sebagai kaviti pleura ( pleural cavity ) yang memisahkan antara paru-paru dan dinding dada. Ia diselaputi oleh ‘ prietal pleura ’ disebelah dalam dinding dada dan ‘ viceral pleura ’ yang meliputi paru-paru. Kaviti pleura ini penting semasa proses pengembangan dan penguncupan waktu bernafas. Jika rongga ini diisi oleh udara disebabkan oleh kebocoran pada visceral pleura ia dikenali sebagai ‘ pnemothorax ’. Jika dipenuhi dengan darah dikenali sebagai ‘ hemothorax ’ dan jika dipenuhi dengan nanah dikenali sebagai ‘ pyothorax ’. PUNCA PARU-PARU BERAIR 1. Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan buah pinggang. 2. Batuk kering (Tibi / Tuberkulosis). 3. Jangkitan kuman di paru-paru. 4. Kanser paru-paru atau lain-lain kanser. 5. Kolagen (Collegen disease) seperti ‘Rhuemathoid’, ‘Arthritis’, SLE d

PENYAKIT ASMA : ASTHMA

PENYAKIT ASMA : ASTHMA merupakan salah satu penyakit berbahaya yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. PENYAKIT ASMA : ASTHMA mungkin mengalami pernafasan bersiul ( wheezing ), sesak nafas dan sukar untuk menjalankan aktiviti fizikal. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara. Akibatnya pesakit boleh sesak nafas sehingga boleh menyebabkan pengsan. Apa itu PENYAKIT ASMA : ASTHMA? PENYAKIT ASMA : ASTHMA atau biasanya disembut sebagai semput atau lelah, merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Orang yang mengalami penyakit Asma akan menunjukkan beberapa tanda atau gejala tertentu. Di antara tanda-tanda yang boleh diperhatikan termasuklah pernafasan yang berbunyi seolah-olah orang bers

ANEMIA

Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan di mana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki. Sebab-sebab Anemia 1. Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik) . Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah. Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan. 2. Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum . Ini mungkin disebabkan oleh : a.) Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin. b.) Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penam

Bagaimana Vivix Bertindak Merawat Kanser Hasil Dari Penyelidikan Ke Atas Resveratrol

Gambar diatas merupakan beberapa penyelidikan terkini berkenaan resveratrol dan kanser. Hari ni diana nak share dari sudut sains bagaimana Vivix merawat penyakit kanser sebagai jawapan kepada testimoni Vivix yang diana selalu post kan dalam entry sebelum ni. Diana ringkaskan ye. Melalui kajian makmal, ramuan Vivix telah terbukti memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penyebab penuaan. 4 mekanisma utama penuaan selular: 1. Kerosakan DNA - Vivix memelihara dan memulihara kerosakan DNA 2. Pengawal Genetik (Fitrah) - Vivix memberi impak positif terhadap pengawal genetik dengan memperlahankan penuaan pada peringkat selular 3. Penurunan Tenaga Selular - Mitochondria dalam sel tubuh kita menghasilkan tenaga (spark plug) - Ramuan Vivix merangsang biogenesis mitochondria 4. Penimbunan Protein AGE (Advanced glycation end products) - Vivix 10 kali lebih berkuasa berbanding resveratrol sahaja dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE. Resveratrol merupakan salah satu kandun

Panduan Menyembuhkan Dan Merawat Kanser

Panduan Menyembuhkan Dan Merawat Kanser Oleh : Profesor Steve Chaney PhD dan Barbara Lagoni (30 Tahun Aktif Program Kajian Kanser) :  Supplement Semasa Rawatan Panduan ini diberikan oleh seorang profesor perubatan yang khusus dalam bidang kanser. Berikut adalah panduan dalam Bahasa Inggeris. Terjemahan Bahasa Melayu ada di bawah selepas nota dalam Bahasa inggeris. (Sumber - http://www.healthsachoice.com/cancer/nutritional-guidelines-during-cancer-treatments-facts-and-myths/) Menurut Dr. Steve Chaney, kita berada dalam zaman yang maju di mana dunia perubatan telah bertambah maju dan pengetahuan manusia mengenai kanser dan cara memulihkannya juga telah bertambah baik. Garis Panduan Pemakanan Semasa Rawatan Kanser : Fakta dan Mitos Saya ingin berkongsi nota dari Dr. Steve Chaney yang aktif dalam kajian penyakit kanser di Universiti of North Carolina.Sila baca biografi beliau di bawah. Terdapat banyak kekeliruan mengenai apa yang pesakit kanser perlu lakukan ketika melalui tempoh ra

Atherosclerosis : Penyempitan Saluran Darah

Atherosclerosis ialah sejenis penyakit di mana penyempitan berlaku di saluran darah akibat oleh pengumpulan lemak. Kita sedia maklum bahawa jantung merupakan organ yang bertugas untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrient untuk disebarkan ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan sel-sel dalam badan berfungsi dengan sempurnanya. Jika otot jantung tidak dapat menerima oksigen dan nutrient yang mencukupi, ini akan menyebabkan radangan berlaku dan sekaligus seseorang itu akan diserang penyakit jantung. Bagi denyutan jantung yang normal adalah di antara 80-90 denyutan seminit. Namun sebaliknya berlaku jika seseorang itu menghidap Atherosclerosis , denyutannya lebih cepat sekiranya penghidap melakukan aktiviti lasak dan senaman serta ketika berada dalam keadaan tertekan. Pada kebiasaannya Penyakit Atherosclerosis dikaitkan dengan masalah pemakanan yang tidak seimbang. Oleh itu, anda digalakkan mengamalkan pemakanan seimbang bagi mengelakkan penyakit ini menyerang.

Doa Senjata Tersembunyi

Doa itu senjata orang mukmin. Jadi mengapa malas nak berdoa? Adakah sebab doa sebelum ini tak termakbul menjadikan alasan tak nak berdoa? Sabar, Sabar dan sabar. Apa yang kita doa pasti dapat sebenarnya sama ada dalam bentuk yang kita harapkan atau adakala lebih baik dari yang kita jangkakan. Paling pasti rahmat Allah jaaaauuuuuuuuuhhh lebih luas dari impian kita manusia yang kerdil jadi mengapa perlu putus harapan? Salam Sayang Ummi Adam 

Hakikat Kehidupan Manusia

Setiap manusia di dunia telah Allah s.w.t tentukan soal rezeki, jodoh dan mautnya. Semuanya di dalam pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui. Setiap pergerakan makhluknya berada dalam ilmu Allah s.w.t. Apa yang makhluknya mahu dan fikirkan, semua itu telah diketahui dahulu oleh Allah Azza Wa Jalla. Walaupun makhluknya tadi tinggal di dalam batu yang diselimuti rumpai tebal di dasar laut yang kelam di waktu malam gelap yang mendung tiada berbintang, semua itu masih berada di dalam pengetahuan Allah s.w.t. Begitu juga soal rezeki, Allah telah tetapkan seluruh urusan rezeki kepada semua makhluk-makhluknya. Tiada berlebih atau berkurang sedikit pun, semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz. Kita masih bernafas dan bernyawa kerana masih ada lagi rezeki Allah yang kita tidak makan, jika sudah habis rezeki Allah telah diedarkan kepada kita, maka ketika itulah sampainya ajal kita. Walaupun seseorang itu sudah jatuh dari bangunan tinggi, ditembak berulang kali, ditetak dan terbakar, jika masih