Skip to main content

Atherosclerosis : Penyempitan Saluran Darah

Atherosclerosis : Penyempitan Saluran Darah


Atherosclerosis ialah sejenis penyakit di mana penyempitan berlaku di saluran darah akibat oleh pengumpulan lemak. Kita sedia maklum bahawa jantung merupakan organ yang bertugas untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrient untuk disebarkan ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan sel-sel dalam badan berfungsi dengan sempurnanya. Jika otot jantung tidak dapat menerima oksigen dan nutrient yang mencukupi, ini akan menyebabkan radangan berlaku dan sekaligus seseorang itu akan diserang penyakit jantung.


Bagi denyutan jantung yang normal adalah di antara 80-90 denyutan seminit. Namun sebaliknya berlaku jika seseorang itu menghidap Atherosclerosis, denyutannya lebih cepat sekiranya penghidap melakukan aktiviti lasak dan senaman serta ketika berada dalam keadaan tertekan.

Pada kebiasaannya Penyakit Atherosclerosis dikaitkan dengan masalah pemakanan yang tidak seimbang. Oleh itu, anda digalakkan mengamalkan pemakanan seimbang bagi mengelakkan penyakit ini menyerang.

Faktor-Faktor Terjadi Atherosclerosis


Atherosclerosis : Penyempitan Saluran Darah

Antara faktor-faktor yang kerap menyumbang kepada penyakit ini adalah seperti yang berikut :

1. Keturunan

2. Penghisap Rokok

3. Tekanan Darah Tinggi

4. Kolesterol Tinggi

Tanda-Tanda Anda Ada Atherosclerosis


Atherosclerosis : Penyempitan Saluran Darah

Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap penyakit Atherosclerosis ialah :

1. Nafas atau dada menjadi sesak.

2. Mengalami masalah penghadaman dan sering sakit perut.

3. Sering berasa tidak selesa pada badan dan kerap berpeluh.

4. Mengalami pening kepala dan kadangkala pitam.

5. Denyutan jantung menjadi lebih cepat.

6. Muka kelihatan pucat dan badan lemah atau letih.

Kaedah Rawatan Penyakit Atherosclerosis

Atherosclerosis : Penyempitan Saluran Darah


Antara perkara yang baik di lakukan untuk mengelakkan dari penyakit Atherosclerosis ialah melalui pencegahan awal bagi mengelakkan penyakit ini menyerang kita. Antara langkah pencegahan yang patut dilakukan ialah :

1. Berhenti atau menghindarkan diri dari menghisap rokok.

2. Jauhkan diri dari asap rokok kerana asap rokok juga boleh menyebabkan penyakit ini.

3. Amalkan diet yang seimbang seperti memakan makanan yang mengandungi kolesterol dengan kadar yang rendah.

Suplemen yang Diana boleh cadangkan untuk Penyakit Atherosclerosis ialah Phtocol-ST, Omega Guard, CoQ Health dan Vivix Shaklee.

Bagaimana setiap suplemen ini membantu mengatasi Penyakit Atherosclerosis?


1. Phytocol-ST : Mencegah Penyakit Atherosclerosis


Menghalang kolesterol dari makanan harian dari memasuki salur darah. Bila kolesterol tidak boleh memasuki salur darah, risiko salur tersumbat juga rendah dan risiko penyakit Atherosclerosis juga rendah.

Atherosclerosis : Penyempitan Saluran Darah

2. Omega Guard : Menurunkan risiko Penyakit Atherosclerosis


Menurunkan paras LDL (kolesterol jahat punca utama penyakit Atherosclerosis) dalam darah dengan cara meningkatkan paras HDL (kolesterol baik) secara semulajadi. Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan paling tulen dan pembekal HDL terbaik untuk atasi penyakit Atherosclerosis.

Atherosclerosis : Penyempitan Saluran Darah

3. CoQ Health : Menguatkan Jantung


CoQ Health membekalkan enzim Coq yang amat diperlukan oleh jantung untuk bekerja. Tanpa enzim CoQ yang cukup, jantung jadi lemah dan mudah kena penyakit Atherosclerosis.

Atherosclerosis : Penyempitan Saluran Darah

4. Vivix : Melindungi Jantung


Melindungi sel jantung dari penuaan, membaikpulih sel jantung yang rosak dan memelihara kesihatan salur darah untuk fungsi jantung yang sihat dan elak sakit jantung. Vivix Shaklee satu-satunya produk kesihatan yang membetulkan terus DNA dalam sel badan.


Apa yang pasti Penyakit Atherosclerosis bukan lagi masalah orang tua sahaja. Orang muda juga boleh terkena jika mereka mengabaikan penjagaan kesihatan. Baru minggu lepas mama Diana bagitahu jiran dekat rumah meninggal dunia kerana sakit jantung. Usia baru nak cecah 40 tahun. Anak-anak seramai 6 orang dan masih kecil lagi. Yang paling besar baru 13 tahun dan yang paling kecil baru 2 tahun. Isteri pula tidak bekerja. Bayangkan kesedihan ahli keluarga ini. Rasa sebak sangat bila lihat anak-anak kecil ni bertanya kemana orang-orang tu bawa ayah mereka? Kenapa ayah mereka baring dalam lubang tu? Diana yang dengar ni pun rasa sayu sangat...Renung-renungkanlah wahai perokok-perokok tegar.

Buangkan ego dan rasa hebat anda hanya kerana berjuta-juta batang rokok yang telah dan bakal anda sedut asapnya. Rasa hebat itu tidak akan membawa kebahagiaan tetapi tangisan buat ahli keluarga yang sayangkan anda. Jika anda tidak fikirkan kesihatan sendiri, sekurang-kurangnya fikirkan masa depan dan perasaan anak-anak yang masih perlukan seorang ayah dan ibu. Sekalipun anda meninggalkan harta yang tidak habis makan 7 keturunan sekalipun, ia tetap tidak akan sama dengan kehadiran anda di samping mereka. Anak-anak kecil ini bukan perlukan wang ringgit tapi kasih sayang anda...Tolonglah mengerti wahai ibu dan ayah...

Salam Sayang Ummi Adam


Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Nordiana Jami (874819)
Msg / Whatsapp : 014 – 6928 253
FB : Nordiana Jamil
Email : nordiana.jamil@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...