Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Kebaikan Susu Ibu

Gambar Google Tergerak hati nak menulis entry pasal susu ibu dan kebaikannya selepas belek gambar-gambar lama masa Adam masih menyusu susu ibu. Seronok sangat melihat perkembangan Adam masa tu. Memang debab dan gebu sangat kulitnya. Maklumlah bayi sihat. Setiap bulan ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan adalah saat yang paling Diana suka sebab nak tahu perkembangan pembesarannya. Seronok melihat dia semakin membesar dalam jagaan sendiri sebagai seorang ibu. Diana tak nafikan cabaran tetap ada tetapi bila kita dapat lihat anak kita membesar dengan lebih sihat dan bertambah-tambah debabnya, halangan dan kesukaran sekadar perkara kecil je. Saya Bayi Susu Ibu... Nasihat Diana untuk Mom To Be atau Bakal Ibu yang sedang hamil, rajinkan diri membaca dan cari ilmu penyusuan sebelum saat kelahiran. Tak kisahlah dari internet atau buku. Masa ini lah kita paling ada masa untuk belajar dan menambah ilmu terutamanya buat ibu muda yang hamil anak sulong yang tiada pengalaman apatah lagi

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang tidak