Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Bagaimana Nak Kurangkan Stress ?

Assalamualaikum wbt Kurangkan stress & amalkan kehidupan yang lebih sihat. Bagaimana? Meh nak kongsi... Wajib baca tau. Rugi tak baca😄 Bila stress jangan sesekali dok berseorangan dan memerap sengsorang. Bahayanya iblis dan syaitan sentiasa menyuntik dalam hati kita dengan macam-macam rasa yang tak baik. Terapi terbaik adalah Al-Quran. Bacalah tafsirnya. Kerana yang tersirat di sebalik tafsir ayat-ayat Al-Quran mengandungi kesembuhan yang paling mujarab untuk hati anda. Walaupun sukar untuk melakukannya di awal-awal cubaan untuk berubah positif. Tapi kuatkan semangat. Baca jer walaupun hati rasa tak ikhlas. Lama-lama ia jadi habit. In syaa Allah... *Trust me cubalah* " Sebaik-baik tempat bercerita hanya pada Allah. Bukan manusia." Kalau yang ada anak bawa anak beriadah dan bersenam di taman. Mama / Abah hilang stress, Anak lak happy dan bertambah-tambah sayang kat mama / abahnya. Terapi senaman ni akan buat badan rasa lebih segar selepas berpeluh. Mata yang mem

Kewajipan Seorang Anak Pada Ibu Bapa

❤Kewajipan kita sebagai  anak adalah berbakti pada ibu bapa dengan cara berbuat baik kepada keduanya. ❤Jangan disakiti hati mereka. Bersegera mohon keampunan bila kita tersedar kita telah menguris hati mereka. ❤Berusaha untuk sentiasa gembirakan hati mereka. Hubungi mereka sekerap mungkin kerana hati mereka sunyi tanpa kehadiran anak-anak. ❤Hadiahkan Al-Fatihah buat mereka setiap kali selepas solat dan setiap kali anda rindu dan teringat mereka.        ❤Sentiasa berdoa minta Allah ampunkan kedua ibu bapa kita dan tempatkan mereka dalam Syurga Allah. ❤Kenapa kena buat semua ni? Sebab redha Allah ada pada redha ibu bapa. Bila Allah redha, hidup lebih mudah dan berkat. Love you and miss you Abah & Mama. ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam #DiaryUmmiAdam NJ Hamba Allah

Tip Mendidik Anak Solat

Tip Mendidik Anak Solat Tip Mendidik Anak Solat Tip Mendidik Anak Solat Tip Mendidik Anak Solat Tip Mendidik Anak Solat Tip Mendidik Anak Solat Tip Mendidik Anak Solat Tip Mendidik Anak Solat Saya bukanlah ibu yang terbaik tetapi saya ingin berikan yang terbaik untuk satu-satunya anak kesayangan saya. Dan diana rasa semua ibu bapa juga berperasaan yang sama seperti Diana. Betulkan😊 Mendidik anak-anak pada zaman sekarang bukanlah sesuatu yang mudah. Teknologi dan kecanggihan sekarang jika tiada kawalan banyak merosakkan corak hidup mereka. Anak-anak bukan setakat perlu cerdik pandai duniawi semata tetapi harus tahu membezakan yang baik dan yang buruk. Sebab itu anak-anak perlu diberikan didikan agama yang sempurna. Anak-anak yang mengenal Allah dan sifat Allah akan mengasihi Allah serta kehidupannya sendiri. Setiap perkara yang ingin dilakukan juga diserahkan kebergantungan kepada Allah semata-mata. Ibu bapa adalah contoh utama yang menjadi ikutan anak-anak. Pastikan perbuatan kit