Skip to main content

Bagaimana Nak Kurangkan Stress ?

Assalamualaikum wbt

Kurangkan stress & amalkan kehidupan yang lebih sihat.

Bagaimana? Meh nak kongsi...

Wajib baca tau. Rugi tak baca😄

Bila stress jangan sesekali dok berseorangan dan memerap sengsorang. Bahayanya iblis dan syaitan sentiasa menyuntik dalam hati kita dengan macam-macam rasa yang tak baik.

Terapi terbaik adalah Al-Quran. Bacalah tafsirnya. Kerana yang tersirat di sebalik tafsir ayat-ayat Al-Quran mengandungi kesembuhan yang paling mujarab untuk hati anda.

Walaupun sukar untuk melakukannya di awal-awal cubaan untuk berubah positif. Tapi kuatkan semangat. Baca jer walaupun hati rasa tak ikhlas. Lama-lama ia jadi habit. In syaa Allah...
*Trust me cubalah*

" Sebaik-baik tempat bercerita hanya pada Allah. Bukan manusia."

Kalau yang ada anak bawa anak beriadah dan bersenam di taman. Mama / Abah hilang stress, Anak lak happy dan bertambah-tambah sayang kat mama / abahnya.

Terapi senaman ni akan buat badan rasa lebih segar selepas berpeluh. Mata yang memandang kehijauan akan menghasilkan minda yang lebih segar.

Balik rumah dah penat. Jadi tak ada masa nak fikir perkara-perkara yang merosakkan jiwa dan penyakit hati ni. Betulkan? 😍

~ NJ Hamba Allah ~
#PesanUmmiUntukAdam
#DiaryUmmiAdam
#VitaminAnakSihat



NJ Hamba Allah

Comments

Popular posts from this blog

CoQ10 Shaklee Meningkatkan Kesihatan Jantung

Sekiranya anda mengambil ubat statin yang menurunkan kolesterol seperti Lipitor, Zocor, Crestor atau Pravachol dan ingin mengekalkan gaya hidup aktif, hari ni kakD nak bagitau berita penting untuk dikongsi dengan anda semua. Apabila ujian darah menunjukkan tahap kolesterol LDL yang tinggi, kebiasaanya doktor akan memberikan kita ubat statin untuk membantu mengawal paras kolesterol ni. Sememangnya ubat-ubatan ini kelihatan membantu menghasilkan bacaan kolesterol yang lebih stabil selepas itu. tetapi kini ramai pakar mempercayai bahawa ubat statin ini tetap ada side effect yang boleh memberi mudarat untuk kesan jangka panjang. Ubat dari jenis statin ini datang dengan senarai kesan sampingan yang sangat panjang.  Kesan sampingan yang dikaitkan dengan ubat statin termasuk dari sakit otot dan  diabetes jenis 2 serta kegagalan jantung. Statin Mengurangkan Nutrisi Vital Keperluan Tubuh Anda Secara umumnya ramai yang telah mengetahui bahawa pengambilan statin mengurangk...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur

Bahan-Bahan Yang Boleh Dapat Dari Dapur Semalam tengok Wanita Hari ini (WHI). Tajuk utama WHI semalam Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur. Layan jer lah. Menurut Diana Rafar, petua ini khas turun-temurun dari warisan keluarganya. Dan dia sendiri memang amalkan mandi air rebusan herba paling tidak dua kali seminggu. Paling tidak pun akan bersauna dengan menggunakan air mandian rebusan herba tu. Elok juga mandi air rebusan herba ni semasa demam, selsema dan batuk sebab membantu mempercepatkan proses untuk sihat.  Ramuan herba dan semulajadi yang fresh ni memang banyak khasiatnya. Cuma kebanyakkan kita orang muda zaman sekarang tidak tahu kaedah yang betul. Kalau nak tahu, lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, meransang otot dan banyak digunakan sebagai bahan menguatkan tenaga. Dari pengalaman diana sendiri, amalan minum air halia, mandian air rebusan herba, urutan dan berlulur menjadikan badan kita rasa lebih s...