Skip to main content

Tip Mendidik Anak Solat

Tip Mendidik Anak Solat
Tip Mendidik Anak Solat
Tip Mendidik Anak Solat
Tip Mendidik Anak Solat
Tip Mendidik Anak Solat
Tip Mendidik Anak Solat
Tip Mendidik Anak Solat
Tip Mendidik Anak Solat

Saya bukanlah ibu yang terbaik tetapi saya ingin berikan yang terbaik untuk satu-satunya anak kesayangan saya. Dan diana rasa semua ibu bapa juga berperasaan yang sama seperti Diana.

Betulkan😊

Mendidik anak-anak pada zaman sekarang bukanlah sesuatu yang mudah. Teknologi dan kecanggihan sekarang jika tiada kawalan banyak merosakkan corak hidup mereka.

Anak-anak bukan setakat perlu cerdik pandai duniawi semata tetapi harus tahu membezakan yang baik dan yang buruk. Sebab itu anak-anak perlu diberikan didikan agama yang sempurna.

Anak-anak yang mengenal Allah dan sifat Allah akan mengasihi Allah serta kehidupannya sendiri. Setiap perkara yang ingin dilakukan juga diserahkan kebergantungan kepada Allah semata-mata.

Ibu bapa adalah contoh utama yang menjadi ikutan anak-anak. Pastikan perbuatan kita seiring dengan didikan yang ingin kita berikan kepada mereka. Jangan kita jadi macam ketam yang mengajar anak berjalan.

Renung-renungkanlah 😊

~ NJ Hamba Allah ~
#PesanUmmiUntukAdam
#DiaryUmmiAdam
#TipMendidikAnakSolat



NJ Hamba Allah

Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...