Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Pesan Ummi Buat Adam

Perbuatan jahat tidak semestinya dibalas dengan kejahatan. Bila kita buat perkara yang sama, maka tidak ada bezalah kita dengan mereka yang masih jahil. Abaikan saja... Ambil iktibar dan jadikan pengajaran buat diri sendiri untuk membentuk insan baru yang lebih beriman dan berbudi pekerti. Yang dalam hatinya penuh dengan kasih sayang.💖 Dunia ni bukan tempat untuk kita menunjukkan kehebatan. Siapa kita jika bukan Allah yang Maha Kuasa dalam segala hal. Dunia juga hanya tempat persinggahan sementara bagi mereka yang benar-benar ingin mencari bahagia yang sebenar disana nanti. Sabar dan redha dengan ujian dari Nya. Seandainya kita lulus ujian, maka besar juga markahnya. Dan besar juga peluang untuk menikmati Syurga Allah.😍 Allah juga dah janjikan, doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan dengan syarat sabar dan redha. Berdoalah sebanyak mungkin untuk kesejahteraan mu di dunia dan di akhirat wahai kesayangan ummi. ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam

Belum Kaya Bukan Alasan Untuk Berkahwin

Belum kaya dan berjaya bukan alasan untuk sebuah perkahwinan. Percaya bahawa setiap dari kita telah ditentukan rezekinya. Selagi kita mengikut perintah Allah dan menghalalkan hubungan tersebut Allah tidak pernah sia-siakan hamba yang beriman pada Allah. Inilah contoh 2 pasangan anak muda yang berkahwin di usia muda yang dari tiada apa, kini mereka bergelar jutawan di usia muda. Bila Allah sayang hamba Nya yang ikut suruhanNya, Allah tidak akan pernah memberati mereka dengan masalah. Malah dilimpahkan dengan lebih banyak kasih sayang Nya. Percaya @ tidak tu semua tolak ketepi. Yang penting YAKIN PADA ALLAH sepenuh hati. ~ Nordiana Jamil Hamba Allah ~ #FellinnaNadeaEdFattah&RafieRamli #NanaMacarona&Firdaus

Pesanan Ummi Buat Adam

Wahai anakku, Seandainya dirimu sering diulit dengan masalah yang bertimpa-timpa, kembalilah pada DIA. Dahulukan DIA dalam segala hal dan segala urusan mu akan menjadi mudah dan lancar. Setiap kali panggilan dari DIA berkumandang, janganlah lagi berlengah dengan hal dunia. Bersegeralah menjawab panggilan NYA. Bila hatimu resah dan tidak tenteram, bukalah Qalam Allah dan bacalah beserta maknanya. Hanya dengan itu jiwamu akan beroleh ketenangan. Bila hidupmu dalam kesempitan, luangkan masa pagi hari mu untuk menunaikan Dhuha. In syaa Allah dijanjikan cukup keperluan mu. Malah Dhuha itu satu Sedekah wahai anakku. Bila engkau inginkan teman bicara, berTahajudlah di sepertiga malam kerana DIA sangat hampir dengan mu pada saat itu. Bila engkau menyintai dunia, ia akan semakin lari jauh dari mu. Sebaliknya, jika Cinta DIA yang engkau kejar, seluruh isi alam akan kembali mengejar mu. Allah berfirman : "Jika hamba-Ku mendekati-Ku satu jengkal maka Aku akan mendekatinya satu hasta,

Cara Tidur Yang Diamalkan Rasulullah SAW

Cara Tidur Yang Diamalkan Rasulullah SAW 1. Tidur di awal malam sesudah menunaikan solat Isyak jam 10:00 atau 11:00 malam dengan keadaan berwudhu. 2. Bangkit di awal separuh kedua malam jam 1:00 atau 2:00 pagi, bersugi, berwudhu dan solat Tahajud. 3. Kemudian tidur semula dan bangkit sebelum terbit fajar. Terbit fajar disini bermaksud sebelum subuh supaya boleh mengerjakan solat Qabliyah Subuh. 4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus dan makanan cepat hadam. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya. Waktu - waktu Yang Tidak Dianjurkan Untuk Tidur 1. Awal - awal pagi setelah terbit matahari. 2. Selepas masuk waktu Asar. 3. Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya separuh dari badan. Bahaya Tidur Di Siang Hari Di Dalam Keadaan Cuaca Yang Panas 1. Mengundang penyakit kulit. 2. Merosakkan warna kulit. 3. Melemahkan jantung. 4. Menambahkan tekanan perasaan. 5. Melemahkan