Wahai anakku,
Seandainya dirimu sering diulit dengan masalah yang bertimpa-timpa, kembalilah pada DIA.
Dahulukan DIA dalam segala hal dan segala urusan mu akan menjadi mudah dan lancar.
Setiap kali panggilan dari DIA berkumandang, janganlah lagi berlengah dengan hal dunia. Bersegeralah menjawab panggilan NYA.
Bila hatimu resah dan tidak tenteram, bukalah Qalam Allah dan bacalah beserta maknanya. Hanya dengan itu jiwamu akan beroleh ketenangan.
Bila hidupmu dalam kesempitan, luangkan masa pagi hari mu untuk menunaikan Dhuha. In syaa Allah dijanjikan cukup keperluan mu. Malah Dhuha itu satu Sedekah wahai anakku.
Bila engkau inginkan teman bicara, berTahajudlah di sepertiga malam kerana DIA sangat hampir dengan mu pada saat itu.
Bila engkau menyintai dunia, ia akan semakin lari jauh dari mu. Sebaliknya, jika Cinta DIA yang engkau kejar, seluruh isi alam akan kembali mengejar mu.
Allah berfirman : "Jika hamba-Ku mendekati-Ku satu jengkal maka Aku akan mendekatinya satu hasta, dan jika dia mendekati Ku satu hasta Aku akan mendekatinya satu depa. Jika dia datang pada-Ku dengan berjalan maka Aku akan
mendatanginya dengan berlari.
(HR. Bukhari - Hadits Qudsi)
Wahai Anakku,
Jangan mudah rasa penat dalam meraih cinta NYA kerana dunia ini tempat kita menempah tiket ke Syurga NYA.
Syurga Allah itu mahal harganya sayangku.
1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata, "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye .. Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...
Comments
Post a Comment