Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Panduan Penting Keselamatan Anak

Gambar Hiasan Ihsan Google Pagi ni Diana nak tunaikan janji kelmarin untuk siarkan posting berkenaan ' Panduan Penting Keselamatan Anak '. Ini juga peringatan pada diri Diana sebagai seorang ibu supaya berhati-hati. Anak-anak kecil ni belum mampu berfikir macam kita yang dewasa. Hari ni kita tegur supaya jangan panjat pagar, tapi esok hari dia akan panjat lagi. Lusa pun dia akan panjat lagi. Menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memastikan keselamatan anak-anak dengan memastikan tempat tinggal selamat didiami oleh anak-anak terutamanya yang masih kecil. Jadi hari ni Diana nak kongsikan langkah-langkah keselamatan bagi ibu bapa menyediakan persekitaran yang selamat. Tidur Yang Selamat Panduan Tidur Yang Selamat Kajian menunjukkan 60 peratus kes kematian mengejut bayi boleh dielakkan sekiranya ibu bapa mempunyai maklumat dan ilmu mengenai keselamatan bayi. 1 Jangan merokok dalam bilik yang ada bayi sedang tidur. 2 Sentiasa tidurkan bayi dal

Elak Kemalangan Di Rumah

Gambar Ihsan Google Peti Kecemasan Kita tidak boleh memerhati setiap tingkah laku anak. Adakalanya tingkah laku anak boleh membawa kepada situasi berbahaya. Begitu juga dengan aktiviti harian yang melibatkan anak seperti ketika makan, mandi, bermain dan sebagainya. Sikap panik ibu bapa kerana tiada ilmu menghadapi saat kecemasan boleh membawa kepada kehilangan nyawa. Langkah Kawalan Setiap ibu atau bapa perlu tahu mengenai bantuan kecemasan dan jangan panik bila berhadapan dengan saat cemas.  Peti kecemasan mesti ada dalam setiap rumah. Banyakkan pembalut kerana bantuan kecemasan lebih fokus kepada menghentikan pendarahan sebelum dihantar ke Hospital untuk rawatan oleh pakar perubatan. Rawatan Kecemasan Melecur atau Terbakar Rawatan kecemasan sebelum ke hospital Terkena air panas atau minyak panas juga dikenali sebagai melecur. Manakala terkena api atau seterika panas dikenali sebagai terbakar. Segera alirkan air paip pada kawasan yang berkenaan supa

Rezeki Bukan Untuk Dikejar, Tetapi Di Jemput

Perkongsian ini saya ambil dari seorang kawan saya. Sebagai perkongsian untuk kita amal bersama-sama dan untuk simpanan saya. Blog saya ni kan ibarat diari untuk saya. Nama pun dah www . diaryummiadam.blogspot.com kan... Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH.Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN. Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa. Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki. Formula yang saya dapat: 1.Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Su