Skip to main content

Rezeki Bukan Untuk Dikejar, Tetapi Di Jemput

Perkongsian ini saya ambil dari seorang kawan saya. Sebagai perkongsian untuk kita amal bersama-sama dan untuk simpanan saya. Blog saya ni kan ibarat diari untuk saya. Nama pun dah www . diaryummiadam.blogspot.com kan...

Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH.Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa. Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.


Formula yang saya dapat:


1.Networking pertama adalah DHUHA.

Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa.

2.Tahajjud.

Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3.Membaca Al-Quran.

Apa yang di cerita, bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..sebaliknya, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4. Berzikir..

Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5.Solat Berjemaah.

Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim.

Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7.Bersedekah.

Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh pn.areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

" Contoh yang dia beri semalam..
Jika inginkan pendapatan bulan ini RM50000..10% daripada RM50000 yang kita inginkan..RM5000 perlu kita sedekahkan pada bulan ini."
Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.
" Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000."
" Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH"


8.Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.

" Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang, agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak?? "
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..

9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH.

Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.Tawakal dan Usaha.

Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi pn.rina kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.

Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab perintah Allah. Dan dikatakan banyak penyakit bermula dari kaki.

BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.
BERPEGANG TEGUH PADA AL-QURAN & AS-SUNNAH.


Masa balik..beliau berlari ke arah saya dan kawan supaya membeli buku kitab selawat barakat makiyyah yang dijual oleh pihak penganjur. Beliau berpesan jika diamalkan..RESULT dia memang AMAZING.

Semoga perkongsian saya ini mendapat manfaat untuk semua.

Salam Sayang Ummi Adam

Tip Murah Rezeki
Suatu Hari Nanti Diana Akan Sampai Jua Ke Sini Bersama Abah, Mama, Mertua, Suami dan Adam...In Syaa Allah

Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...