Skip to main content

Panduan Penting Keselamatan Anak

Vitamin Untuk Anak
Gambar Hiasan Ihsan Google
Pagi ni Diana nak tunaikan janji kelmarin untuk siarkan posting berkenaan ' Panduan Penting Keselamatan Anak '. Ini juga peringatan pada diri Diana sebagai seorang ibu supaya berhati-hati. Anak-anak kecil ni belum mampu berfikir macam kita yang dewasa. Hari ni kita tegur supaya jangan panjat pagar, tapi esok hari dia akan panjat lagi. Lusa pun dia akan panjat lagi.

Menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memastikan keselamatan anak-anak dengan memastikan tempat tinggal selamat didiami oleh anak-anak terutamanya yang masih kecil. Jadi hari ni Diana nak kongsikan langkah-langkah keselamatan bagi ibu bapa menyediakan persekitaran yang selamat.


Tidur Yang Selamat


Vitamin Untuk Anak
Panduan Tidur Yang Selamat
Kajian menunjukkan 60 peratus kes kematian mengejut bayi boleh dielakkan sekiranya ibu bapa mempunyai maklumat dan ilmu mengenai keselamatan bayi.

1 Jangan merokok dalam bilik yang ada bayi sedang tidur.
2 Sentiasa tidurkan bayi dalam keadaan terlentang dan bukan meniarap atau mengiring. Jika bayi meniarap pastikan anda mengawasi posisi daripada masalah kesukaran bernafas.
3 Jangan biarkan anak terlalu panas. Bagi bayi yang masih kecil, biarkan kepalanya tanpa bertopi atau guna bantal ketika tidur.
4 Jangan tidur dengan bayi di atas sofa atau kerusi malas.
5 Tempat paling selamat untuk menidurkan bayi iaitu di dalam katil bayi dan bersama anda di dalam bilik ketika enam bulan pertamanya.

Keselamatan Semasa Bermain


Vitamin Untuk Anak
Panduan Keselamatan Ketika Bermain
1 Pilih permainan yang bersesuaian mengikut peringkat umur.
2 Pastikan lantai bebas daripada sebarang alatan mainan sekiranya bayi anda tidak bermain.
3 Pastikan mainan bersaiz kecil yang mudah tercekik dijauhi daripada anak anda.
4 Jangan letak kerusi enjut bayi pada paras yang boleh dicapai oleh anak kerana ia mungkin boleh menimpa mereka.

Keselamatan  Di Tempat Makan


Vitamin Untuk Anak
Panduan keselamatan Di tempat Makan
1 Sterilkan semua botol dan puting susu anak sehingga usianya setahun.
2 Jangan tinggalkan bayi makan atau minum bersendirian.
3 Pastikan kerusi makannya kukuh dengan ciri-ciri keselamatan yang memuaskan hati.
4 Sentiasa sisihkan sisa makanan yang tidak di makan dari mangkuk bayi.
5 Periksa tarikh luput makanan bayi yang di beli.
6 Jangan panaskan semula makanan bayi yang anda masak lebih dari sekali.
7 Sesetengah makanan jejari bayi sangat berbahaya kerana bentuknya boleh membuatkan bayi tercekik. Anggur, sosej dan tomato ceri perlu dipotong kecil dan jangan beri si comel makan bertih jagung.

Keselamatan Di Bilik Air


Vitamin Untuk Anak
Panduan Keselamatan Di Bilik Air
1 Suhu terbaik untuk memandikan bayi iaitu antara 36 - 38 darjah celcius.
2 Jangan gunakan lebih daripada 6-8 sentimeter air untuk mandikan bayi.
3 Jangan sekali-kali tinggalkan bayi mandi sendirian sementara anda mengambil tuala atau lampin walau seketika pun dan anda rasa besen mandian itu selamat untuk bayi anda.
4 Bayi boleh lemas walaupun hanya dalam air sedalam 3 sentimeter. 
5 Jangan biarkan anak berdiri atau melompat ketika mandi.

Memastikan Kediaman Yang Selamat


Vitamin Untuk Anak
Pastikan Kediaman Selamat 
1 Jangan tinggalkan bayi berseorangan tanpa pengawasan di atas katil walaupun hanya sesaat kerana kita tidak tahu bila mereka boleh berpusing dan akhirnya jatuh.
2 Jangan gantung gambar atau sebarang perhiasan yang berat di atas katil bayi.
3 Tali pintal pada bidai atau langsir boleh membahayakan si kecil terutamanya yang baru pandai berjalan. jadi pastikan mereka tidak dapat mencapainya.
4 Sentiasa lekatkan barang perhiasan yang besar dan berat pada dinding.
5 Jauhkan katil bayi, kerusi atau lain-lain perabot dari tingkap.
6 Pilih kotak alat permainan yang mempunyai penutup melekat untuk mengelakkan penutup daripada jatuh ke atas jari atau lehernya.

Sebagai ibu bapa ambillah inisiatif untuk belajar pertolongan kecemasan CPR sebagai persediaan menghadapi sebarang insiden. Untuk info yang lebih lanjut, ibu bapa boleh berhubung dengan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSM). Diana pernah dimaklumkan yang yuran kursus tersebut RM10 seorang dan peserta akan mendapat pembalut, nota dan sijil yang dikeluarkan oleh BSM.

Salam Sayang Ummi Adam



Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...