Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Jaga Solat dan Keluarkan Zakat

Orang yang jaga solat tapi tak bayar zakat, orang tu ada masalah dengan hatinya. Orang yang suka sedekah dan keluar zakat tapi tak jaga solatnya, orang tu ada masalah pada otaknya. Ni bukan statement diana tau. Ni ustaz yang cakap. Jadi jaga solat dan berzakatlah serta bersedekah untuk mendapat rahmat Allah. Selamat Bercuti Di Hujung Minggu 😍 ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam #DiaryUmmiAdam

THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET BACK

The More YOU GIVE The More YOU GET BACK. Sebab tu dalam Islam kita di ajar untuk bersedekah. Sedekah apa sahaja yang kita ada ikut kemampuan. Yang berduit sedekahkan duit. Yang kurang berkemampuan sedekahkan doa dan pahala dari amalan baik kita. Amalan yang paling mudah setiap hari kita lakukan adalah dengan sedekah @ hadiahkan pahala bacaan Al fatihah kepada Abah dan Mama, Arwah Nenda-nenda kita, anak-anak kita (sebut nama mereka)serta guru-guru yang pernah mengajar kita. Dan jangan lupa banyak-banyak berselawat. " Alluhumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Waala Ali Muhammad " Mudah jer kan. Tapi kalau yang berkemampuan dari segi kewangan tu jangan kedekut nak sedekah duit anda. Kena ingat bahawa setiap bahagian dari duit gaji atau keuntungan yang kita perolehi dari berniaga, ada hak orang lain di dalamnya. Itu amanah Allah untuk kita. Semoga kita semua menjadi hamba yang di sayangi Allah. Assalamualaikum dan Salam Jumaat 😊 ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam #Dia

Terapi Terbaik Bagi Seorang Ibu

Terapi Terbaik Bagi Seorang Ibu adalah saat melihat wajah anak kesayangan sedang tidur, memeluknya dan dia kembali memeluk anda. Wajah yang polos dan bersih dari dosa. Dihatinya penuh dengan kasih sayang buat orang disekeliling. Segala kemarahan  dan rasa geram di siang hari hilang begitu sahaja. Benar kata orang, mereka ahli Syurga. Semoga nuranimu kekal sedemikian selamanya. Jangan dikotori dengan debu-debu dunia. Ya Allah, peliharalah dia dari segala kejahatan, kemungkaran dan kemaksiatan. Semoga dia terpilih menjadi diantara hamba-hamba kesayangan Mu. ~ NJ Hamba Allah ~ #PesanUmmiUntukAdam #DiaryUmmiAdam

Suami Soleh Isteri Solehah

Betul...Syurga seorang isteri ada pada suaminya. Tapi syurga anak lelaki ada pada ibunya. Bila seorang ibu tidak gembira dengan sikap dan perlakuan seorang anak, tiada jaminan syurga bagi lelaki yang bergelar suami. Suami yang inginkan isteri yg solehah, perlu memberikan contoh dan teladan yang terbaik. Ibarat kata pepatah, jangan jadi ketam yang cuba mengajar anak berjalan lurus sedangkan dia sendiri tidak mampu berjalan lurus. Jodoh, pertemuan, AJAL & MAUT semuanya rahsia Allah. Kita manusia malah malaikat sekalipun tidak pernah tahu rahsia besar ini. Bila-bila masa Allah boleh tarik nikmat kehidupan, kesihatan, rupa paras, wang ringgit, kekuatan dan apa-apa sahaja kerana semuanya adalah PINJAMAN DARI ALLAH. Dan bila-bila masa sahaja, Allah boleh ambil nyawa kita. Kerana nyawa kita juga hak milik Allah dan kita hanya dipinjam ke dunia untuk buat kebaikan. Itu janji kita ketika di luh mahfuz. Tapi apa yg kita lakukan bila Allah bagi kita kesenangan? Kita lupa diri. Lupa Allah.

Hanya Dia

Bila stress kita mencari lagu untuk di dengar bukannya alunan ayat suci Al-Quran yang boleh menenangkan jiwa. Bila kesedihan kita mencari teman untuk berkongsi cerita bukannya Allah SWT yang sentiasa ada untuk mendengar cerita hambanya. Bila marah kita menjerit, maki hamun hingga mengeluarkan kata-kata kesat bukannya dengan mengambil wudhu dan solat. Bila tertipu kita berdendam dan tidak memaafkannya bukannya bersabar dan berdoa mohon hatinya insaf dan sedar akan kesilapan. Bila membenci seseorang kita lebih suka mencari keaibannya dan sebarkan bukannya cuba untuk mengenali hati budi dan mengetahui masalahnya yang sebenar. Kita sering mencari penyelesaian di tempat yang salah, dengan orang yang salah dan pada sesuatu yang tidak sepatutnya bagi penyakit hati. Tanpa kita sedari perlakuan kita sekadar menambah besar dan merumitkan lagi keadaan kerana hati kita belum lagi menemui penawar dan ubat yang sebenarnya. Bukankah sebaiknya kita segera mencari DIA Yang Maha Penyembuh, Dia Ya

Pemisah Antara Seseorang Dengan Kekufuran Adalah Solatnya

“Pemisah antara seseorang dengan kekufuran adalah solatnya..." Nabi saw bersabda: “Barangsiapa yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian dia meng "QADHA" kan, maka dia akan di SEKSA ke dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub bersamaan 80 tahun, dan satu tahun terdiri dari 360 hari. Dan sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun dunia!” Bayangkan, kalau kita tinggalkan walau hanya satu waktu solat dengan sengaja, kita akan di seksa dalam neraka selama 28,800,000 hari di dalam neraka. Ini baru satu waktu. Bayangkan berapa banyak kali dah kita tinggalkan solat dengan sengajanya, sampai dah tak ingat berapa banyak kali. Nabi saw bersabda: “Kedudukan solat di sisi islam adalah umpama kepala pada badan…” Bayangkan kalau kita tak ada kepala, rasanya boleh hidup ke tak? Memang tak lah kan. Solat adalah perkara pertama yang akan di tanya selepas iman di akhirat nanti. Yang mana, andai solat kita lepas, maka amalan lain akan mudah untuk lepas. Tapi,

Cuti Sekolah Dah Bermula

Dengan hadirnya musim cuti sekolah dan cuti krismas yang tak lama lagi tentunya ramai yang bawa anak pergi jalan. Paling tidak pun balik kampung. Bila balik kampung ni masing-masing paham jer lah. Makanan pun sedap-sedap jer dari dapur bonda. Ditambah lagi sekarang ni musim buah-buahan kat kebun abah. Memang tak berhenti mengunyahlah jawabnya. HeheπŸ˜„ Seronok memang seronok. Peruut membuncit pun bertambah seronok.πŸ˜‚ Sebab tak nak bagi semakin membuncit, pagi-pagi diana amalkan minum air kunyit dan halia yang ditambah madu dan asam jawa. Sapa yang rajin boleh amalkan. Masa kurang rajin just ambil Peppermint Ginger Plus. Banyak manfaatnya untuk yang nak cantik dalaman dan luaran tau.πŸ˜† Selepas tu diana ambil segelas Cinch Tea Mix @ teh hijau panas. Biasanya selepas lunch atau dinner diana ambil Lecithin bersama Alfalfa. Bila tak sempat restock diana just ambil 2 sudu kecil cuka epal. Makan begitu sahsja tanpa perlu dilute. Sebelum tidur diana pastikan ambil Herblax supaya keesokkan