Orang yang jaga solat tapi tak bayar zakat, orang tu ada masalah dengan hatinya.
Orang yang suka sedekah dan keluar zakat tapi tak jaga solatnya, orang tu ada masalah pada otaknya.
Ni bukan statement diana tau. Ni ustaz yang cakap.
Jadi jaga solat dan berzakatlah serta bersedekah untuk mendapat rahmat Allah.
Selamat Bercuti Di Hujung Minggu 😍
~ NJ Hamba Allah ~
#PesanUmmiUntukAdam
#DiaryUmmiAdam
1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata, "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye .. Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Comments
Post a Comment