Skip to main content

Suami Soleh Isteri Solehah

Betul...Syurga seorang isteri ada pada suaminya. Tapi syurga anak lelaki ada pada ibunya. Bila seorang ibu tidak gembira dengan sikap dan perlakuan seorang anak, tiada jaminan syurga bagi lelaki yang bergelar suami.

Suami yang inginkan isteri yg solehah, perlu memberikan contoh dan teladan yang terbaik. Ibarat kata pepatah, jangan jadi ketam yang cuba mengajar anak berjalan lurus sedangkan dia sendiri tidak mampu berjalan lurus.

Jodoh, pertemuan, AJAL & MAUT semuanya rahsia Allah. Kita manusia malah malaikat sekalipun tidak pernah tahu rahsia besar ini. Bila-bila masa Allah boleh tarik nikmat kehidupan, kesihatan, rupa paras, wang ringgit, kekuatan dan apa-apa sahaja kerana semuanya adalah PINJAMAN DARI ALLAH.

Dan bila-bila masa sahaja, Allah boleh ambil nyawa kita. Kerana nyawa kita juga hak milik Allah dan kita hanya dipinjam ke dunia untuk buat kebaikan. Itu janji kita ketika di luh mahfuz.

Tapi apa yg kita lakukan bila Allah bagi kita kesenangan? Kita lupa diri. Lupa Allah. Lupa nak solat. Lupa tanggungjawab. Lupa pada amanah yang Allah beri.

Last but not least, pintu taubat sentiasa terbuka. Bertaubat selagi masih bernyawa. Kita tidak pernah tahu bila masa Allah nak ambil nyawa kita.

Menyesal didunia masih berguna. Menyesal dalam kubur tiada gunanya.

Notes: Tersentap seketika bila memikirkan jika saat ini Allah ambil diri ini sedangkan amal ibadah ku masih kurang dan tidak sempurna. Seksanya bila di neraka. Rasa takut sangat bila fikirkan yang amalan ku tidak seberapa. Adakah Allah terima amalan-amalan ku selama ini😂. Ya Allah ampunkanlah hambamu ini. Terimalah taubatku Ya Allah😂

~ NJ Hamba Allah ~
#PesanUmmiUntukAdam
#DiaryUmmiAdam


Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...