Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Seronoknya Jadi Ibu Sepenuh Masa

Seronok sebab bila-bila masa je kitaorang boleh bercuti tanpa perlu minta izin Bos Seronok ke jadi ibu sepenuh masa ni? Rata-rata insan yang bergelar ibu pasti ingin menjadi ibu sepenuh masa kan...? Jika ikutkan rasa hati, tiada seorang pun ibu yang sanggup berjauhan dari anak-anak dan menghantar anak ke rumah pengasuh. Terutamanya ibu yang baru habis pantang dan dah nak mula bekerja. Sedihnya rasa hati terpaksa tinggalkan buah hati kesayangan pada pengasuh. Kejap-kejap asyik tengok gambar anak. Kejap lagi telefon pengasuh tanya khabar berita anak. Makan pun tak lalu. Kerja pun tak fokus. Resah je tunggu waktu tamat kerja. Walaupun Diana tidak pernah melalui saat sedemikian, tetapi sebagai seorang ibu naluri hati kita tetap sama. Alhamdulillah Diana berpeluang menjadi ibu sepenuh masa. Diana tak perlu menghadapi masalah mencari pengasuh anak, tak perlu keluar rumah seawal 6 pagi dan bergegas hantar anak ke rumah pengasuh sebelum menempuh traffic jam. Tak perlu berdepan dengan

AJAIBNYA SOLAT SUBUH

Syaitan itu mengikat kepala manusia dengan tiga ikatan, ketika dia tidur. Syaitan berkata, “Engkau ada malam yang panjang maka tidurlah terus!” Apabila orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah, maka terurailah satu ikatan. Selanjutnya apabila dia terus berwudhuk, terurailah pula ikatan kedua. Apabila dia bersolat, maka terurailah ikatan keseluruhannya. Apabila terurai semuanya, insan itu memulakan hari dengan bersemangat serta berhati gembira. Namun apabila berlaku sebaliknya, dia memulakan hari dengan menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas. Disaksikan oleh Malaikat “ Dirikanlah solat selepas gelincir matahari hingga genap mala m dan solat subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh para malaikat” – (Al-Israk : 78) Bukan sembarangan makhluk yang menyaksikannya tetapi malaikat iaitu hamba Allah yang mulia. Allah juga memberi keistimewaan kepada solat subuh dengan menjadikannya sebagai waktu pertemuan para malaikat, iaitu penjaga pada waktu malam dan siang.

Setiap Kita Adalah Istimewa

Setiap Kita Adalah Istimewa Allah ciptakan kita dengan pelbagai sifat, rupa dan ragam. Perbezaan inilah yang mewarna warnikan kehidupan kita. Hidup ini pastinya kurang menarik jika hanya ada satu warna sahaja. Jika semuanya sama, tiadalah istilah sedih dan gembira, suka dan duka, ketawa dan menangis... Pandang setiap yang berlaku dengan pandangan yang positif. Setiap ujian yang Allah beri sebagai suatu pengajaran kehidupan untuk kita menjadi lebih baik. Kesusahan dan kesedihan adalah warna warni yang menarik dalam hidup sebenarnya jika kita melihat dari sudut hati. Belajar untuk redha dan bersyukur kerana setiap kali selepas kita melalui fasa kesusahan dan kesedihan, kita akan lebih bersemangat untuk meneruskan matlamat dan erti hidup dimuka bumi Allah ini. Biasa dengarkan orang Sarawak selalu kata " Agik Idup Agik Ngelaban". Selagi hidup selagi itu tidak akan ada istilah berputus asa. Selagi hidup selagi itu kita akan terus berusaha. Hidup ini indah sebenarnya

Tidak Perlu Pembedahan Kosmetik Kalau Nak Cantik

Sumber Google Semua wanita mengimpikan kulit wajah dan tubuh yang putih bersih, gebu, anjal dan berseri-seri. Media pula sentiasa mengambarkan wanita yang langsing, tinggi lampai, rambut ikal mayang mengurai, pipi gebu, bibir merah bak delima, hidung mancung, kulit gebu dan anjal sebagai simbol kecantikan dan keanggunan. Malangnya bukan semua wanita dikurniakan dengan tubuh sedemikian. Sebagai merealisasikan keinginan ini, wanita sanggup menghabiskan wang ringgit untuk membuat suntikan botox dan Vitamin C. Tak kurang juga yang sanggup melakukan pembedahan kosmetik semata-mata untuk mendapat wajah dan rupa paras yang diimpikan.  Sebenarnya untuk mendapatkan kecantikan yang diidamkan, anda tidak perlu berhabisan ribuan ringgit melakukan suntikan botox dan Vitamin C serta pembedahan kosmetik. Mungkin anda tidak sabar untuk mendapatkan hasil yang cepat, tetapi anda juga berdepan dengan risiko barah kulit dan kanser yang boleh membahayakan nyawa anda. Ruginya bila anda sudah berhabis

Bagaimana Mahu Redha dan Bersangka Baik Dengan Allah?

Teori Untuk Redha dan Bersangka Baik Dengan Allah Dalam kehidupan seharian baik dalam urusan rumahtangga, kerjaya, bisnes, anak-anak dan orang-orang disekeliling, kita tidak mampu untuk lari dari ujian. Pasti ada ujian dari Allah untuk kita. Bila ujian bertimpa-timpa, pasti ada pertanyaan dari hati... Apakah hati masih mampu bersangka baik denganNya ? Apakah bibir masih mampu mengukir senyuman ? Apakah air mata masih bisa tertahan ? Terlalu banyak persoalan dan jawapan ada pada hati. Terpanggil untuk bercerita, bercerita tentang redha dan bersangka baik. Bersangka pada Allah. Sungguh saya bukan lah manusia tanpa dosa, malah sayalah pendosa tanpa noktah. Namun Allah membentuk saya dengan tarbiah kasih sayangnya. Jujur, bila mana satu-satu ujian hadir, bohong jika saya kata hati ini tidak bertanya Mengapa dan Kenapa saya ? Namun, bila ia selalu hadir, saya belajar dengan sendirinya, belajar untuk lihat segalanya dalam prespektif lebih luas. Jika mahu dihitung air mata

Kelebihan Solat Berjemaah

1. Sentiasa dicintai oleh Allah, kerana masjid adalah tempat yang paling disukai oleh Allah. [HR Muslim] 2. Melebihi 27 kali ganda pahala daripada solat berseorangan. [HR Muslim] 3. Walaupun tidak solat berjemaah apabila bermusafir atau sakit, tetap mendapat ganjaran pahala 27 kali ganda. [HR al-Bukhariy] 4. Ganjaran pahala akan berganda dengan bertambahnya bilangan jemaah yang solat bersamanya. [HR Abu Dawud] 5. Solat empat puluh hari secara berjemaah serta sempat Takbiratul Ihram – selamat daripada api neraka dan sifat Munafiq. [HR al-Tirmiziy] 6. Sentiasa dapat melakukan amalan yang terbaik. Ini kerana solat pada awal waktu adalah amalan yang paling baik. [HR al-Tirmiziy dan al-Hakim] 7. Solat Isya’ dan Subuh berjemaah, ganjaran pahalanya sama seperti solat separuh malam atau sepenuh malam. [HR Muslim] 8. Ganjaran pahala melakukan haji dan umrah yang sempurna – bagi yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian solat Dhuh

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat adik iparku Amin dan Nabilla. Semoga jodoh kalian berdua berkekalan di dunia hingga ke Syurga dan semoga majlis kenduri kesyukuran pada esok hari di kedua-dua rumah pengantin berjalan dengan lancar. Doa Kak Long Buat Amin dan Nabilla... Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,  Hanya Engkau yang kami sembah  Dan hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan, Berkatilah majlis perkahwinan ini,  Limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini, Amin dan Nabilla.  Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu,  Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Jadikanlah rumahtangga Amin dan Nabilla ini  Seindah rumahtangga Adam dan Hawa, Setabah Ibrahim dan Siti Hajar, Sebahagia Yusof dan Zulaikha, Sesetia Sulaiman dan Balqis, Sesuci Muhammad dan Siti Khadijah, Murahkanlah rezeki mereka, Panjangkanlah umur mereka, Dekatkanlah me