Skip to main content

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat adik iparku Amin dan Nabilla. Semoga jodoh kalian berdua berkekalan di dunia hingga ke Syurga dan semoga majlis kenduri kesyukuran pada esok hari di kedua-dua rumah pengantin berjalan dengan lancar.


Doa Kak Long Buat Amin dan Nabilla...

Bismillahirahmanirahim.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Hanya Engkau yang kami sembah Dan hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan,Berkatilah majlis perkahwinan ini, Limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini, Amin dan Nabilla. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,Jadikanlah rumahtangga Amin dan Nabilla ini Seindah rumahtangga Adam dan Hawa,Setabah Ibrahim dan Siti Hajar,Sebahagia Yusof dan Zulaikha,Sesetia Sulaiman dan Balqis,Sesuci Muhammad dan Siti Khadijah,Murahkanlah rezeki mereka,Panjangkanlah umur mereka,Dekatkanlah mereka kepada kebaikan,Jauhkanlah mereka dari keburukan danKurniakanlah mereka kesenangan di dunia hingga ke syurgaMu.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,Limpahkanlah barakah dan rahmat keatas Amin dan Nabilla, Jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatan terhadap Mu, Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta Berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia hingga ke syurgaMu. Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Berkatilah kedua-dua mempelai ini,Jadikanlah keturunan keduanya sebagai keturunan orang baik-baik sehingga ke hari kiamat,Hindarkanlah kedua-duanya daripada segala musibah, mala petaka dan bala bencana, penularan penyakit dan berbagai cubaan. Dengan limpah rahmatMU Ya Allah, Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah,Kekalkanlah jodoh mereka di dunia hingga ke syurga dan Sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Salam Sayang Ummi Adam

Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...