Skip to main content

Kelebihan Solat Berjemaah


1. Sentiasa dicintai oleh Allah, kerana masjid adalah tempat yang paling disukai oleh Allah. [HR Muslim]

2. Melebihi 27 kali ganda pahala daripada solat berseorangan. [HR Muslim]

3. Walaupun tidak solat berjemaah apabila bermusafir atau sakit, tetap mendapat ganjaran pahala 27 kali ganda. [HR al-Bukhariy]

4. Ganjaran pahala akan berganda dengan bertambahnya bilangan jemaah yang solat bersamanya. [HR Abu Dawud]

5. Solat empat puluh hari secara berjemaah serta sempat Takbiratul Ihram – selamat daripada api neraka dan sifat Munafiq. [HR al-Tirmiziy]

6. Sentiasa dapat melakukan amalan yang terbaik. Ini kerana solat pada awal waktu adalah amalan yang paling baik. [HR al-Tirmiziy dan al-Hakim]

7. Solat Isya’ dan Subuh berjemaah, ganjaran pahalanya sama seperti solat separuh malam atau sepenuh malam. [HR Muslim]

8. Ganjaran pahala melakukan haji dan umrah yang sempurna – bagi yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian solat Dhuha dua rakaat. [HR al-Tirmiziy]

9. Malaikat di waktu malam dan malaikat di waktu siang berkumpul ketika solat Subuh dan Asar. [Muttafaqun ‘alayh]

10. Dijamin tidak akan masuk neraka Jahannam bagi sesiapa yang solat Asar dan Subuh secara berjemaah. [HR Muslim]

11. Dijamin masuk syurga bagi sesiapa yang solat Subuh dan Asar.[Muttafaqun ‘alayh]

12. Allah ‘Azza wa Jalla merasa kagum kepada solat yang dilakukan secara berjemaah. [HR Ahmad]

13. Orang yang menunggu solat jemaah sentiasa berada dalam solat selama mana dia berada pada tempatnya. [Muttafaqun ‘alayh]

14. Para malaikat sentiasa berdoa untuk orang yang solat berjemaah sama ada sebelum solat atau selepas solat selama mana ia berada di tempat solatnya dan tidak berhadas atau menyakiti orang lain. [Muttafaqun ‘alayh]

15. Kelebihan terlalu besar berada di saf pertama dan saf sebelah kanan. [Muttafaqun ‘alayh]. Antara kelebihan berada di saf pertama atau saf sebelah kanan ialah:

i. Sama seperti saf para malaikat. [HR Abu Dawud]
ii. Saf pertama adalah sebaik-baik saf. [HR Muslim]
iii. Allah dan para malaikat berselawat lebih banyak kepada mereka yang berada di saf pertama. [HR al-Nasa’ie]
iv. Nabi SAW berselawat sebanyak 3 kali ke atas saf pertama, dan sekali ke atas saf kedua. [HR al-Nasa’ie]
v. Allah akan menyambungkan sesiapa yang menyambungkan saf serta doa Allah dan para malaikat ke atasnya. [HR al-Nasa’ie]

16. Kelebihan menjawab azan iaitu di jamin mendapat syafaat Nabi SAW pada hari kiamat kelak. [HR al-Bukhariy]

17. Kelebihan doa antara azan dan iqamah yang tidak akan ditolak. [HR Ahmad, al-Nasa’ie dan Abu Dawud]

18. Mendapat keampunan Allah dan cinta-Nya bagi sesiapa yang mengucapkan aamin sejajar dengan ucapan aamin imam (ketika membaca al-Fatihah). [Muttafaqun ‘alayh]

19. Orang yang selalu hatinya terikat dengan masjid akan mendapat bernaung di bawah bayangan Allah pada hari kiamat kelak. [Muttafaqun ‘alayh]

20. Setiap langkah ke masjid akan diangkat satu darjat, dihapuskan satu kesalahan dan ditulis baginya satu kebaikan. [HR Muslim]

21. Ditulis kebaikan bagi setiap langkah pulang ke rumah sebagaimana ia pergi ke masjid. [HR Muslim]

22. Sesiapa yang menyempurnakan wuduknya kemudian berjalan ke masjid untuk soalt berjemaah, dosa-dosanya akan diampunkan. [HR Muslim]

23. Allah menyediakan tempat tetamu khas di syurga bagi orang yang selalu berulang-alik ke masjid. [Muttafaqun ‘alayh]

24. Mendapat ganjaran pahala berjemaah walaupun dia terlewat dan tidak sempat solat berjemaah. [HR Abu Dawud]

25. Sentiasa berada di dalam solat sehinggalah dia pulang sekiranya dia berwuduk di rumahnya, kemudian keluar untuk solat berjemaah di masjid. [HR Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim]

26. Ganjaran orang yang keluar untuk solat berjemaah dalam keadaan berwuduk sama seperti orang yang melakukan haji. [HR Abu Dawud]

27. Para malaikat berebut-rebut untuk menulis ganjaran pahala bagi orang yang berjalan ke masjid dan ia bersih daripada dosa-dosa seperti bayi yang baru dilahirkan. [HR al-Tirmiziy]

28. Mendapat cahaya yang penuh pada hari kiamat bagi sesiapa yang berjalan dalam kegelapan ke masjid. [HR Abu Dawud dan al-Tirmiziy]

29. Dapat melakukan solat sunat rawatib qabliyyah (sebelum) dan ba’diyyah (selepas) yang besar ganjaran pahalanya.

i. Dua rakaat solat sunat Subuh adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya. [HR Muslim]
ii. Dua belas rakaat (sunat) setiap hari dan malam [4 sblm Zohor, 2 selepas Zohor, 2 selepas Maghrib, 2 selepas Isya’ dan 2 sebelum Subuh], dibina untuknya sebuah istana di syurga. [HR Muslim]
iii. Empat rakaat sebelum solat Zohor dan empat rakaat selepasnya, Allah mengharamkannya daripada api neraka. [HR Abu Dawud, al-Nasa’ie, al-Tirmiziy dan Ibnu Majah]

30. Didiklah anak-anak dengan cara solat yang betul sebagaimana yang diperintah oleh Rasulullah SAW: “Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat.”

Tuntasnya, Islam menyeru dan menggalakkan seluruh kaum lelaki Muslimin untuk solat berjemaah pada setiap waktu di masjid, tidak terkecuali kepada sesiapa sahaja. Ini kerana manusia yang paling mulia iaitu Rasulullah SAW, mengikut sirah – baginda tidak pernah tinggal solat berjemaah sepanjang hidup baginda, dan baginda tidak pernah jadi ma’mum, sentiasa jadi imam. Ini bermakna Nabi SAW sentiasa peka dengan solat berjemaah di masjid, kerana tidak mahu terlepas ganjaran solat berjemaah tersebut.

Sekiranya anda betul-betul inginkan kebaikan yang berlipat ganda, datanglah solat berjemaah di masjid. Sekiranya ada keperluan dan ada perkara yang menhalangi anda untuk solat di masjid, solatlah berjemaah di rumah, bersama dengan keluarga. Binalah ukhwah (persaudaraan) dan kasih sayang melalui solat jemaah. Si anak boleh menjadi imam kepada ibubapanya setelah meningkat dewasa.

Sepatutnya tidak ada alasan yang menyebabkan anda tidak boleh bertandang ke masjid. Para sahabat dahulu berjalan dalam kegelapan dan perlu melalui jalan yang sukar dan jauh semata-mata untuk solat berjemaah di masjid bersama Nabi. Itulah usaha mereka. Pada zaman itu tiada kereta, hanyalah binatang tunggangan atau terpaksa berjalan kaki untuk mencapai ke suatu destinasi.

Kita pada zaman moden ini mempunyai kenderaan, jadilah menfaatkanlah ia untuk kebaikan, dengan menghadiri solat berjemaah di masjid. Insya ALLAH, Allah akan sentiasa membantu dan memudahkan urusan anda. Segala urusan yang ingin dilaksanakan terasa mudah setelah solat berjemaah bersama-sama di masjid.

Yang paling penting bagi seorang Muslim ialah menyampaikan dan mengajak saudaranya ke arah kebaikan. Justeru, saya memohon dengan segala kerendahan hati, agar anda dapat mengajak ayah dan adik-beradik untuk solat berjemaah di masjid. Pujuk mereka, dan beritahu mereka tentang seribu satu kelebihan yang ada pada solat jemaah.

Mereka merupakan orang yang paling kita sayang, paling kita cintai. Jadi, sekiranya kita sayang mereka dengan kasih sayang yang tulus ikhlas kerana Allah, pastinya kita mahu mereka condong ke arah kebaikan yang diredhai Allah. Ajak dan pujuklah ayah-ayah dan adik-beradik anda untuk merebut pahala yang berlipat ganda ini. Tunjukkan hadith-hadith dan berikan mereka kata-kata semangat.

Pada masa yang sama, anda sendiri mestilah melazimi solat berjemaah di masjid. Paling tidak pun, ajaklah mereka untuk solat berjemaah di rumah anda sendiri, supaya datangnya keberkatan daripada Ilahi. Sudah tentu keluarga kita mempunyai kenderaan yang mereka gunakan setiap hari. Jadi apa salahnya kalau kenderaan yang sama digunakan untuk memacu ke masjid yang berdekatan.

Akhir sekali, ambil hadith ini sebagai pembakar semangat. Dariapada Abu Hurayrah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang Munafiq adalah solat Subuh dan Isya’, dan jikalau mereka mengetahui (kebaikan dan kelebihan solat berjemaah) pada kedua-duanya, sudah pasti mereka akan mendatangi kedua-duanya walaupun dalam keadaan merangkak.” [Muttafaqun ‘alayh]

Umar bin al-Khattab juga pernah menyebut:

“Barangsiapa yang mahukan ganjaran pahala, balasan baik dan pasar akhirat, maka datanglah ke masjid. Dan barangsiapa yang hendak berjual beli atau percakapan (kosong), maka datanglah ke pasar-pasar dunia.”

Salam Sayang Ummi Adam

Comments

Popular posts from this blog

Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur

Bahan-Bahan Yang Boleh Dapat Dari Dapur Semalam tengok Wanita Hari ini (WHI). Tajuk utama WHI semalam Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur. Layan jer lah. Menurut Diana Rafar, petua ini khas turun-temurun dari warisan keluarganya. Dan dia sendiri memang amalkan mandi air rebusan herba paling tidak dua kali seminggu. Paling tidak pun akan bersauna dengan menggunakan air mandian rebusan herba tu. Elok juga mandi air rebusan herba ni semasa demam, selsema dan batuk sebab membantu mempercepatkan proses untuk sihat.  Ramuan herba dan semulajadi yang fresh ni memang banyak khasiatnya. Cuma kebanyakkan kita orang muda zaman sekarang tidak tahu kaedah yang betul. Kalau nak tahu, lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, meransang otot dan banyak digunakan sebagai bahan menguatkan tenaga. Dari pengalaman diana sendiri, amalan minum air halia, mandian air rebusan herba, urutan dan berlulur menjadikan badan kita rasa lebih segar

Dia Yang Pertama

Terasa cepat nya masa berlalu. Dia yang pertama menghuni rahim ini. Dia yang pertama memanggilku ummi. Dia yang selalu memberi senyuman dan pelukan saat ummi berduka. Dia yang tak kenal erti dendam walaupun sering dimarahi. Tiada yang kedua buat ummi. Insan yang banyak mengajar ummi erti kehidupan bergelar ibu. Minggu ni minggu terakhir abang adam menduduki ujian kelas 5 tahun. Ummi sentiasa mendoakan kejayaan abang adam di dunia dan akhirat. Sangat peramah dan suka berkawan. Rakan niaga ummi yang terbaik. Abang adam dah kenal ABC, Alif Ba Ta, kenal 1 - 100, tambah dan tolak. Dan yang paling ummi bangga walaupun tiada asas agama di tadika, abang adam mampu hafal ✔Doa makan ✔Doa masuk toilet ✔Doa Tidur ✔Berselawat ✔Mengucap 2 kalimah syahadah ✔Surah Al fatihah ✔Surah 3 qul ✔Zikir-zikir ✔Bacaan pendek dalam solat hanya dengan mendengar dari ummi dan ketika kita solat berjemaah. Mungkin orang lain rasa alah apa yang nak dibanggaka

Bagaimana Mahu Redha dan Bersangka Baik Dengan Allah?

Teori Untuk Redha dan Bersangka Baik Dengan Allah Dalam kehidupan seharian baik dalam urusan rumahtangga, kerjaya, bisnes, anak-anak dan orang-orang disekeliling, kita tidak mampu untuk lari dari ujian. Pasti ada ujian dari Allah untuk kita. Bila ujian bertimpa-timpa, pasti ada pertanyaan dari hati... Apakah hati masih mampu bersangka baik denganNya ? Apakah bibir masih mampu mengukir senyuman ? Apakah air mata masih bisa tertahan ? Terlalu banyak persoalan dan jawapan ada pada hati. Terpanggil untuk bercerita, bercerita tentang redha dan bersangka baik. Bersangka pada Allah. Sungguh saya bukan lah manusia tanpa dosa, malah sayalah pendosa tanpa noktah. Namun Allah membentuk saya dengan tarbiah kasih sayangnya. Jujur, bila mana satu-satu ujian hadir, bohong jika saya kata hati ini tidak bertanya Mengapa dan Kenapa saya ? Namun, bila ia selalu hadir, saya belajar dengan sendirinya, belajar untuk lihat segalanya dalam prespektif lebih luas. Jika mahu dihitung air mata