Skip to main content

AJAIBNYA SOLAT SUBUH

AJAIBNYA SOLAT SUBUH

Syaitan itu mengikat kepala manusia dengan tiga ikatan, ketika dia tidur. Syaitan berkata, “Engkau ada malam yang panjang maka tidurlah terus!” Apabila orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah, maka terurailah satu ikatan. Selanjutnya apabila dia terus berwudhuk, terurailah pula ikatan kedua. Apabila dia bersolat, maka terurailah ikatan keseluruhannya. Apabila terurai semuanya, insan itu memulakan hari dengan bersemangat serta berhati gembira. Namun apabila berlaku sebaliknya, dia memulakan hari dengan menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.


Disaksikan oleh Malaikat


“ Dirikanlah solat selepas gelincir matahari hingga genap malam dan solat subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh para malaikat” – (Al-Israk : 78)

Bukan sembarangan makhluk yang menyaksikannya tetapi malaikat iaitu hamba Allah yang mulia. Allah juga memberi keistimewaan kepada solat subuh dengan menjadikannya sebagai waktu pertemuan para malaikat, iaitu penjaga pada waktu malam dan siang.

Rasulullah SAW menyatakan, “ Kemudian naiklah para malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Tuhan bertanya kepada mereka padahal Dia lebih mengetahui keadaan mereka, “Bagaimana keadaan para hamba-Ku ketika kalian tinggalkan mereka?” Mereka menjawab,” Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami temui mereka dalam keadaan solat juga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Keadaan yang bagaimana menjadi pilihan kita? Solat subuh dengan disaksikan oleh para malaikat ataupun tertidur lalu dikencing oleh syaitan? Pilihan di tangan kita untuk mencari ajaibnya solat subuh.

Dimurahkan Rezeki


Orang soleh pada zaman dahulu tidak biasa tidur pada waktu pagi. Suatu ketika, Rasulullah SAW solat berjemaah di masjid. Selesai solat, baginda kembali ke rumah dan mendapati puterinya, Fatimah, sedang tidur. Baginda berkata sambil menggerakkan badan Fatimah,”Wahai Fatimah, bangunlah dan saksikan rezeki Tuhanmu kerana Allah membahagi-bahagikan rezeki para hamba-Nya dari waktu solat subuh sampai terbitnya matahari”. (Riwayat Al-Baihaqi)

Rasulullah SAW pernah berdoa,”Ya Allah, berikanlah berkat kepada umatku pada pagi hari mereka”. (Riwayat Abu Daud)

Mendirikan solat subuh pada waktunya adalah antara bentuk ketakwaan kepada Allah. Allah berjanji memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka kepada orang yang bertakwa. “ Orang yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar daripada segala perkara yang menyusahkannya. Dan member rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya”. (At-Talaq : 2-3)

Orang yang bertakwa, Allah selamatkan mereka daripada kesukaran di dunia dan di akhirat. Keduanya Allah memberi kelapangan dan rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka. Orang yang memulakan harinya dengan solat subuh nescaya dapat meningkatkan produktivitinya di dunia. Pahala yang akan diterimanya di akhirat tentu lebih baik lagi seperti firman Allah SWT ,” Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik untuk orang yang beriman serta bertakwa” (Surah Yusuf : 57). Demikianlah ajaibnya solat subuh dalam kehidupan umat Islam.

Mendapat Perlindungan Daripada Allah


Orang yang mendirikan solat subuh mendapat perlindungan daripada allah sepanjang hari. Demikian janji Rasulullah SAW. Baginda menjeleskan,” Orang yang melaksanakan solat subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Maka, jangan Allah menarik kembali jaminan-Nya kepada kamu dengan sebab apa-apa pun, kerana sesiapa yang allah cabut jaminan daripadanya dengan sebab apa-apa pun, maka pasti akan tercabut. Kemudian allah benamkan wajahnya dalam neraka jahanam. (Riwayat Muslim).

Apa makna jaminan Allah? Maknanya adalah lindungan, penjagaan dan peliharaan Allah. Ia adalah perlindungan yang besar maknanya bagi seorang hamba, kerana ia datang terus daripada pencipta yang Maha Kuasa. Apabila Dia menhendaki sesuatu, Dia hanya menyatakan ‘Kun’(jadilah) makajadilah ia.

Bagi Ibu bapa yang bimbang perihal masa depan anak-anak, dirikanlah solat subuh dan perintahkanlah mereka melaksanakannya. Supaya semuanya dalam jaminan Allah. Bagi mereka yang sedang dalam perjalanan atau merantau di negeri orang dan berasa kesunyian, mulakan hari dengan solat subuh. Bagi pemuda-pemuda yang takut terkena fitnah wanita dan bagi mereka yang bimbang perihal kezaliman orang jahat, mulakan hari dengan solat subuh. Tentu saudara berada dalam jaminan Allah.

Dengan izin Allah, semua itu dapat diperolehi dengan dua rakaat solat subuh. Yakinlah, Allah adalah sebaik-baik penolong. Oleh itu kita perlu segera meninggalkan tempat tidur dan buang rasa malas bagi memulakan hari dengan 2 rakaan subuh untuk menikmati ajaibnya solat subuh.

Solat Subuh Sama Nilainya Dengan Solat Tahajud Sepanjang Malam


Uthman bin affan melaporkan, Rasulullah SAW bersabda, “ Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, maka seakan-akan dia solat setengah malam, dan sesiapa solat subuh berjemaah, maka seakan-akan dia solat sepanjang malam” (Riwayat Muslim). “Sekiranya manusia mengetahui pahala solat Isyak dan subuh, nescaya mereka melaksanakan kedua-dua solat itu walaupun terpaksa merangkak” (Riwayat Al-Bukhari).

Persoalannya mampukah kita melaksanakan solat tahajud sepanjang malam setiap hari? Saya yakin kita tidak mampu. Namun dengan kurnia Allah, Dia memberikan pahala yang besar ini apabila kita melaksanakan solat Isyak dan subuh berjemaah.

Betapa ajaibnya solat subuh dan hebatnya ganjaran pahala solat subuh disisi Allah. Namun mengapa majoriti manusia manusia tidur ketika azan subuh? Mengapa mereka meninggalkan kebaikan ini?

Sumber Cahaya Pada Hari Kiamat


Rasulullah SAW bersabda, “ Berikan khabar gembira kepada orang yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid dengan cahaya yang begitu terang pada hari kiamat.” (Riwayat abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Dalam kegelapan bermaksud, waktu solat Isyak dan Subuh. Cahaya yang diberikan kepada orang beriman pada Hari Kiamat dikatakan berbeza bagi setiap satunya. Mereka mendapat cahaya yang sesuai dengan kadar amalan mereka di dunia. Di sinilah solat Subuh memainkan peranan. Pada Hari Kiamat, Allah memberikan cahaya yang sempurna kepada kaum lelaki beriman yang solat subuh berjemaah di masjid. Allah juga memberikan pahala yang sama kepada kaum wanita yang solat subuh tepat pada waktunya di rumah.

Ajaibnya solat subuh ini, cahaya bukan hanya menerangi orang beriman di kubur dan pada hari kiamat, tetapi juga di dunia. Cahaya itu menyinari orang beriman sehingga dia dapat membezakan antara kebenaran dankebatilan serta dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan serta yang benar dan salah. Semoga Allah member kita cahaya di dunia, di alam kubur, dan di akhirat. Sesungguhnya Dia yang memiliki kekuasaan bagi melakukan semua itu.

Penyebab Masuk Ke Syurga dan Selamat Dari Seksa Neraka


Rasulullah SAW menyatakan, “ Orang yang solat bardaini, iaitu dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Riwayat Al-Bukhari)

Maksud solat bardaini adalah solat subuh dan asar. Dua waktu dingin bermaksud, kedua-duanya dilaksanakan di hujung hari, iaitu pagi dan petang, pada saat suasana sejuk dan matahari tidak lagi terik. Ini adalah janji allah yang di wahyukan kepada Rasulullah SAW.

Tidak ada yang ragu-ragu perihal janji ini kecuali orang yang dalam hatinya sudah tiada keimanan. Tidak perlu ragu-ragu kerana ragu-ragu itu datangnya dari syaitan. Kita bulatkan tekad mahu menikmati syurga. Ini janji Allah, orang yang solat subuh dan asar akan masuk syurga. Ini adalah puncak keinginan, kejayaan sebenar dan kemenanganyang besar orang beriman. Tidakkah kita nampak lagi ajaibnya solat subuh?

Dapat Melihat Allah


Siapakah orang yang di beri peluang keemasan bagi melihat wajah Allah? Nikmat itu hanya di berikan kepada orang Mukmin dan orang yang masuk Syurga. Sebaliknya orang kafir ataupun Muslim yang di seksa di neraka atas dosa dan maksiat yang dilakukannya, tidak diampuni dan tidak diberi nikmat memandang Allah. Hanya orang beriman yang masuk syurga sahaja yang akan melihat Allah.

Bagaimana cara bagi mencapainya? Caranya adalah menjaga solat asar dan subuh.


Mengapa dikhususkan solat asar dan subuh sahaja? Ini kerana pada 2 waktu itu orang lebih suka berehat. Waktu subuh bagi meneruskan rehat malam dan waktu asar bagi berehat selepas melakukan pelbagai perkara termasuk berjual beli di pasar.

SubhanaAllah, nikmat yang besar ini ada dalam solat subuh. Adakah terdapat manusia yang hatinya tidak bangkit selepas mengetahui kelebihan yang agung ini? Hanya orang yang lalai dan hatinya sudah mati sahaj yang masih tidak mahu bergerak bagi mendirikan solat subuh. Semoga kita yang sudah mengetahui ajaibnya solat subuh dan cara bagi melihat allah di akhirat kelak, di kuatkan tekad bagi mengamalkannya.

“ Ya Allah, sibukkanlah kami dengan-Mu dan jangan Engkau sibukkan kami dengan perkara selain-Mu. Ya Allah, jangan haramkan kami daripada nikmat melihat wajah-Mu yang mulia. Amin Ya Rabbal Alamin”

AJAIBNYA SOLAT SUBUH
Sama-sama mau ingatlah...hehe

Salam Sayang Ummi Adam


Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...