Skip to main content

Apa Itu Injap Jantung Rosak dan Aneurysm Aorta Abdomen

Apa Itu Injap Jantung Rosak dan Aneurysm Aorta Abdomen

Hari Ahad minggu lepas Diana bawa Adam menziarahi cousin abah di Institut Jantung Negara (IJN). Sudah tiga minggu mereka berdua di sini rupanya. Diana pun baru dapat tahu apabila abah hubungi Diana pada hari Jumaat minggu lepas. Sebelum kesana Diana hanya membayangkan yang uncle menjalani ' Pembedahan Pintasan Koronari ' atau lebih dikenali sebagai ' Koronari Bypass '. Sebab itu yang paling biasa kita ketahui. Setelah dengar cerita yang sebenar dari aunty tentang sakit uncle, barulah Diana faham rupa-rupanya ada juga masalah ' Injap Jantung Rosak dan Aneurysm Aorta Abdomen '.

Sebelum ini uncle pernah menjalani Prosedur 'ballooning', Pembedahan Pintasan Koronari dan Pembedahan Membaiki Injap Yang Rosak. Alhamdulillah dia sihat selepas menjalani rawatan. Tetapi selepas beberapa tahun, dia mendapat serangan jantung lagi sekali. Semasa di Kuching, hospital menjalankan sekali lagi Prosedur Ballooning, tetapi pada kali ini tidak ada apa-apa perubahan positif yang dia rasakan. Gerak hatinya merasakan ini ada kaitan dengan injap jantung. 

Apa Itu Injap Jantung Rosak dan Aneurysm Aorta Abdomen
Gambar Ihsan Google MRI
Di pendekkan cerita, berangkatlah mereka sekeluarga ke Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan di IJN. Selepas dibuat pemeriksaan MRI serta beberapa pemeriksaan yang teliti oleh doktor di IJN, doktor mengesahkan uncle diana ada masalah pada injap jantung keduanya dan Aneurysm Aorta Abdomen. 

Apa itu Aneurysm Aorta Abdomen?
Secara ringkasnya Diana ceritakan bahawa terdapat pembengkakan pada salur darah utama aorta yang menyebabkan dinding aorta semakin menipis. Jika dibiarkan, aorta ini akan bocor dan boleh menyebabkan penurunan tekanan darah seterusnya kematian. Nanti diana akan ceritakan dengan lebih terperinci lagi dalam entry berikutnya.

Apa Itu Injap Jantung Rosak dan Aneurysm Aorta Abdomen
Aneurysm Aorta Abdomen

Doktor yang membuat pemeriksaan mengatakan peluang untuk pembedahan ini berjaya adalah 50-50. Anda bayangkanlah bagaimana perasaan seorang isteri dan anak-anak apabila di beritahu oleh doktor yang akan menjalankan pembedahan keatas ayah mereka, bahawa peluang untuk berjaya hanya 50-50. Bayangkanlah...

Malah doktor yang terlibat menegaskan bahawa pembedahan ini adalah pembedahan yang 'VERY, VERY MAJOR OPERATION'. 

Kebiasaan pembedahan mengambil masa 4 jam. Untuk pembedahan uncle diana ni mengambil masa 11 jam. Bermula dari pukul 8:00 pagi hingga 7:00 petang barulah selesai pembedahan tersebut. Malah doktor yang terlibat mengakui pembedahan kali ini memang memenatkan kerana ia melibatkan tiga perkara yang perlu di perbaiki. Anda bayangkanlah jantung yang hanya sebesar penumbuk anda, dengan salur darahnya yang sangat halus dan memerlukan penelitian yang sangat terperinci, Pastinya ia bukan satu tugas yang mudah. Malah sebaik sahaja mereka masuk ke bilik bedah, mereka membawa harapan keluarga pesakit untuk melihat pesakit yang dibedah akan kembali selamat dan sihat.

Apa Itu Injap Jantung Rosak dan Aneurysm Aorta Abdomen
Gambar Ihsan Google
Diana akui, ia memang satu tugasan yang sangat rumit. Tahniah buat doktor-doktor pakar jantung di Institut Jantung Negara. Anda semua insan yang hebat. Berjaya atau tidak sesuatu pembedahan, itu ketentuan Allah SWT. Sekurang-kurangnya, doktor-doktor pakar ini telah berusaha sebaik mungkin dalam menjalankan tugas mereka. Teruskan usaha murni anda. Semoga Allah membalas kebaikan mereka yang bergelar doktor.

Berbalik pada kisah tadi, hampir seminggu juga uncle tidak sedar dan berada dalam Intensive Care Unit (ICU). Alhamdulillah semasa Diana datang melawatnya hari Ahad yang lepas, dia sudah boleh duduk dan bangun dari katil cuma tidak berapa bertenaga lagi untuk berjalan. Sekali sekala apabila hendak batuk, kelihatan amat payah untuk uncle kerana luka akibat pembedahan pada dada masih baru lagi. Dia nampak bersemangat nak bercerita pada kami, tetapi kami minta supaya dia berehat dan jangan bercakap sangat kerana masih semput lagi. Bimbang juga bila melihat uncle sukar untuk bernafas bila bercakap terlalu lama.

Sekali sekala uncle akan minta aunty untuk bawa dia berjalan dengan menggunakan kerusi roda. Bagi Diana, uncle seorang yang kuat semangat untuk meneruskan kehidupan. Sangat sabar dengan sakit yang dideritainya. Bukan mudah sebenarnya. Hanya yang pernah duduk di tempat dia akan memahami situasi yang dia lalui. Diana doakan uncle segera sembuh dan boleh balik ke Kuching semula berjumpa dengan anak-anak, cucu dan keluarga yang sangat menanti kepulangan uncle dan aunty.

Nantikan untuk entry seterusnya Diana akan bercerita tentang Apa Itu Injap Jantung Rosak dan Aneurysm Aorta Abdomen.

Salam Sayang Ummi Adam


Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Nordiana Jamil
Msg / Whatsapp : 014 – 6928 253
Email : nordiana.jamil@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...