Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Tiada Istilah Mee Segera Dalam Kehidupan

Dalam satu perlumbaan di antara sebuah Ferrari dan Honda Accord dari Kuala Lumpur ke Singapore,rasa-rasanya siapa yang sampai dulu? Secara logic akalnya mesti Ferrari yang memenangi perlumbaan tersebut kan... Begitu juga dengan reality kehidupan. Kalau nak berjaya, nak ada Impian besar...Cita-cita besar...Kejayaan yang hebat, maka cabarannya juga besar dan hebat. Usaha untuk berjaya juga perlu setimpal dengan apa yang anda impikan. Tiada istilah goyang kaki dan duduk berangan, kemudiaan kejayaan datang bergolek. Diana masih ingat kata-kata abah yang satu ni hingga ke hari ni. Masa tu kita orang duduk berbual tentang seseorang yang memang kayalah kat Sarawak. Dan lahirlah kata-kata ni dari mulut abah, “ Tiada istilah mudah untuk berjaya. Lain lah jika awak memang di lahirkan sebagai anak orang yang paling kaya. Syarikat bernilai berjuta atas nama awak pun dah wujud sejak awak masih di dalam perut ibu. Segala asset dah tersedia untuk awak”. Diana akui memang benar apa yang abah

Keutamaan Memiliki Sahabat Mukmin

Salam Sayang Ummi Adam

NILAI SEBUAH DOA

Allah SWT sentiasa menyediakan berbagai jalan pada hamba Nya agar makin dekat kepada Nya. Sedikit pun Dia tidak bermaksud zalim pada hamba Nya kerana Maha Suci Allah dari sikap zalim. Lakukan perubahan diri apabila kita mempunyai keinginan . Sebagai contoh; apabila kita ingin mendapat tempat yang layak di dalam masyarakat, jangan fikirkan nama kita agar segera harum. Cuba renungkan...misalnya pakaian yang kita pakai tadi. Adakah ia kelihatan kotor dan tidak kemas? Jika sedemikian, gantikan dengan yang lebih bersih, rapi dan kemas. Di samping itu, jika sebelum ini kita jarang bersilaturrahim dengan jiran tetangga. Mulalah untuk mengenali jiran tetangga dan rajin ke surau atau masjid di kawasan perumahan kita. Kerana disanalah kebiasaanya masyarakat berkumpul dan kenal mengenali antara satu sama lain. Jangan sekali-kali kita buruk sangka kepada Allah, kalau Allah menghalangi keinginan kita . Sekiranya kita memang layak untuk sesuatu yang kita minta, tentu Allah akan memberikannya.

Kesihatan Payudara

Ramai wanita yang mahu buah dada yang cantik dan tegang. Namun begitu, perincian apa yang cantik dan macam mana yang tegang adalah tidak nyata. Setiap wanita perlu tahu, buah dada adalah berbeza bagi setiap wanita, daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. Hanya kerana melihat gambar seorang model iklan dengan buah dada yang cantik, seseorang wanita mahu menurutnya. Buah dada anda adalah sesuai dan sempurna untuk diri anda. Terima buah dada anda, jaga dan belai buah dada itu sebaiknya. Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan bentuk dan saiz buah dada. Jangan memakai coli yang saiz terlalu kecil, ini akan membuat anda tidak selesa. Apabila memakai coli yang kecil dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil.Juga jangan terlalu besar sehingga buah dada tidak masuk dengan kemas dalam coli, ia juga menimbulkan rasa tidak selesa. Bahagian tengah coli, penyambung antara dua mangkuk coli, apabila dipakai sepatutnya selasa

Menentukan Kesuburan Wanita : Mengalakkan Kehamilan dengan mengetahui pusingan kitar haid wanita

Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun. Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga. Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja. Oleh sebab itulah, apabila wanita yang setelah sekian lama mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak, harus diperiksa kesuburannya dengan melakukan beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu. Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk menentukan pengeluaran benihnya sama ada normal ataupun tidak. Terdapat beberapa cara bagi menentukan seseorang wa