Skip to main content

NILAI SEBUAH DOA

NILAI SEBUAH DOA

Allah SWT sentiasa menyediakan berbagai jalan pada hamba Nya agar makin dekat kepada Nya. Sedikit pun Dia tidak bermaksud zalim pada hamba Nya kerana Maha Suci Allah dari sikap zalim.


Lakukan perubahan diri apabila kita mempunyai keinginan. Sebagai contoh; apabila kita ingin mendapat tempat yang layak di dalam masyarakat, jangan fikirkan nama kita agar segera harum. Cuba renungkan...misalnya pakaian yang kita pakai tadi. Adakah ia kelihatan kotor dan tidak kemas? Jika sedemikian, gantikan dengan yang lebih bersih, rapi dan kemas. Di samping itu, jika sebelum ini kita jarang bersilaturrahim dengan jiran tetangga. Mulalah untuk mengenali jiran tetangga dan rajin ke surau atau masjid di kawasan perumahan kita. Kerana disanalah kebiasaanya masyarakat berkumpul dan kenal mengenali antara satu sama lain.

Jangan sekali-kali kita buruk sangka kepada Allah, kalau Allah menghalangi keinginan kita. Sekiranya kita memang layak untuk sesuatu yang kita minta, tentu Allah akan memberikannya. Sesungguhnya Allah tidak pernah memberikan suatu amanah melainkan pasti menyediakan kita kemudahan untuk melaksanakannya. Baik di dalam urusan kenaikan pangkat, kerjaya, perniagaan, jodoh, anak dan sebagainya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Jadi bermuhasabahlah dengan kekurangan diri kita. Perbaiki kekurangan dan usaha buat yang terbaik. In syaa Allah, pasti Allah tunjukkan jalan kejayaan.

Perkara yang paling penting ketika kita berdoa ialah bukan ijabahnya doa, bukan tercapai apa yang kita hajat atau lenyapnya kesulitan yang menimpa. Tetapi yang paling utama adalah berapa banyak sudah kita melakukan perubahan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Berapa banyak masa yang kita luangkan untuk bersama Allah berbanding dengan masa yang kita peruntukkan pada manusia? Renungkan dalam diri anda...


Ramai dikalangan kita yang telah berpuluh tahun hidup, hidup dalam kemewahan, wang ringgit melimpah ruah, hidup sebagai orang ternama, pujian dan penghargaan bertali arus, namun jiwa tetap kosong dan merasa hampa. Itu kerana mereka mendapatkannya tanpa berdoa, tanpa berkomunikasi dengan Allah. Akibatnya, semua nikmat tersebut tidak dirasakan sebagai bentuk kasih sayang dari Allah SWT. Tidak pernah sujud syukur walau sekalipun sebagai tanda terima kasih pada Allah.

Fahamilah secara mendalam bahawa kekayaan sebenar adalah bila anda mengenal Allah SWT. Tuhan yang Maha Kaya, Maha Berkuasa dan Maha Agung. Allah Maha Besar!!!

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak pernah lupa memberi. Ambil contoh, kita tidak berdoa meminta makanan, tetapi ada sahaja makanan untuk kita. Kita tidak berdoa memohon baju, tetapi Allah menyediakan jalan agar kita berpakaian.

Setiap orang memiliki 24 jam sehari. Cubalah untuk bahagikan 8 jam untuk bersama Allah, 8 jam untuk bekerja dan 8 jam untuk berehat. Dan jika anda ingin jadi orang yang luar biasa hebat, peruntukkan 70% masa anda untuk Allah dan 30% untuk manusia. Itulah pesanan oleh guru saya. In syaa Allah semoga istiqamah dalam beribadah. Nampak sukarkan? Setiap Impian Besar, Cabaran juga Besar. Tiada jalan pintas untuk berjaya.

Salam Sayang Ummi Adam

Comments

Popular posts from this blog

Dia Yang Pertama

Terasa cepat nya masa berlalu. Dia yang pertama menghuni rahim ini. Dia yang pertama memanggilku ummi. Dia yang selalu memberi senyuman dan pelukan saat ummi berduka. Dia yang tak kenal erti dendam walaupun sering dimarahi. Tiada yang kedua buat ummi. Insan yang banyak mengajar ummi erti kehidupan bergelar ibu. Minggu ni minggu terakhir abang adam menduduki ujian kelas 5 tahun. Ummi sentiasa mendoakan kejayaan abang adam di dunia dan akhirat. Sangat peramah dan suka berkawan. Rakan niaga ummi yang terbaik. Abang adam dah kenal ABC, Alif Ba Ta, kenal 1 - 100, tambah dan tolak. Dan yang paling ummi bangga walaupun tiada asas agama di tadika, abang adam mampu hafal ✔Doa makan ✔Doa masuk toilet ✔Doa Tidur ✔Berselawat ✔Mengucap 2 kalimah syahadah ✔Surah Al fatihah ✔Surah 3 qul ✔Zikir-zikir ✔Bacaan pendek dalam solat hanya dengan mendengar dari ummi dan ketika kita solat berjemaah. Mungkin orang lain rasa alah apa yang nak dibanggaka...

CoQ10 Shaklee Meningkatkan Kesihatan Jantung

Sekiranya anda mengambil ubat statin yang menurunkan kolesterol seperti Lipitor, Zocor, Crestor atau Pravachol dan ingin mengekalkan gaya hidup aktif, hari ni kakD nak bagitau berita penting untuk dikongsi dengan anda semua. Apabila ujian darah menunjukkan tahap kolesterol LDL yang tinggi, kebiasaanya doktor akan memberikan kita ubat statin untuk membantu mengawal paras kolesterol ni. Sememangnya ubat-ubatan ini kelihatan membantu menghasilkan bacaan kolesterol yang lebih stabil selepas itu. tetapi kini ramai pakar mempercayai bahawa ubat statin ini tetap ada side effect yang boleh memberi mudarat untuk kesan jangka panjang. Ubat dari jenis statin ini datang dengan senarai kesan sampingan yang sangat panjang.  Kesan sampingan yang dikaitkan dengan ubat statin termasuk dari sakit otot dan  diabetes jenis 2 serta kegagalan jantung. Statin Mengurangkan Nutrisi Vital Keperluan Tubuh Anda Secara umumnya ramai yang telah mengetahui bahawa pengambilan statin mengurangk...

Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur

Bahan-Bahan Yang Boleh Dapat Dari Dapur Semalam tengok Wanita Hari ini (WHI). Tajuk utama WHI semalam Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur. Layan jer lah. Menurut Diana Rafar, petua ini khas turun-temurun dari warisan keluarganya. Dan dia sendiri memang amalkan mandi air rebusan herba paling tidak dua kali seminggu. Paling tidak pun akan bersauna dengan menggunakan air mandian rebusan herba tu. Elok juga mandi air rebusan herba ni semasa demam, selsema dan batuk sebab membantu mempercepatkan proses untuk sihat.  Ramuan herba dan semulajadi yang fresh ni memang banyak khasiatnya. Cuma kebanyakkan kita orang muda zaman sekarang tidak tahu kaedah yang betul. Kalau nak tahu, lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, meransang otot dan banyak digunakan sebagai bahan menguatkan tenaga. Dari pengalaman diana sendiri, amalan minum air halia, mandian air rebusan herba, urutan dan berlulur menjadikan badan kita rasa lebih s...