Skip to main content

Elak Kemalangan Di Rumah

Diari Ummi Adam
Gambar Ihsan Google Peti Kecemasan

Kita tidak boleh memerhati setiap tingkah laku anak. Adakalanya tingkah laku anak boleh membawa kepada situasi berbahaya. Begitu juga dengan aktiviti harian yang melibatkan anak seperti ketika makan, mandi, bermain dan sebagainya.


Sikap panik ibu bapa kerana tiada ilmu menghadapi saat kecemasan boleh membawa kepada kehilangan nyawa.

Langkah Kawalan



  • Setiap ibu atau bapa perlu tahu mengenai bantuan kecemasan dan jangan panik bila berhadapan dengan saat cemas. 
  • Peti kecemasan mesti ada dalam setiap rumah. Banyakkan pembalut kerana bantuan kecemasan lebih fokus kepada menghentikan pendarahan sebelum dihantar ke Hospital untuk rawatan oleh pakar perubatan.


Rawatan Kecemasan


Melecur atau Terbakar


Diari Ummi Adam
Rawatan kecemasan sebelum ke hospital
Terkena air panas atau minyak panas juga dikenali sebagai melecur. Manakala terkena api atau seterika panas dikenali sebagai terbakar.

Segera alirkan air paip pada kawasan yang berkenaan supaya kecederaan tidak bertambah teruk. Rawatan kecemasan bertujuan mengurangkan kebakaran tisu di dalam segera hantar ke wad kecemasan untuk rawatan lanjut.

Jangan letak sebarang ubat di tempat melecur atau terbakar. 

Kedua-dua kecederaan ini akan membuatkan kulit jadi mengelembung. Jangan cucuk untuk memecahkan gelembung tersebut kerana ia berguna untuk merawat luka. Gelembung tersebut akan surut sendiri dan tidak meninggalkan parut jika tidak berlaku sebarang jangkitan kuman.

Luka


Diari Ummi Adam
Pendarahan perlu dihentikan untuk mengelakkan kehilangan darah
Sekiranya luka berdarah, maka pendarahan perlu dihentikan dengan membalut kawasan luka. 

Jangan letak sebarang ubat kerana dibimbangi terkena jangkitan kuman. Disamping itu akan menyukarkan tugasan doktor untuk merawat sebaik tiba di hospital.

Untuk luka kecil yang hanya ada kesan calar, bolehlah guna ubat kuning (acriflavine lotion) jika perlu.

Jatuh Hingga Meninggalkan Kesan Lebam atau Kecederaan Dalaman


Diari Ummi Adam
Tuaman Ais
Rawat dengan tuaman ais kerana ia boleh mengurangkan kesakitan, bengkak dan mengecutkan salur darah yang terkoyak.

Jika bayi jatuh dari katil, perhatikan keadaannya dalam tempoh 24 jam. Jika bayi menunjukkan simptom loya dan muntah, biasanya dalam masa empat hingga lima jam selepas terjatuh, segera bawa ke hospital kerana ia menunjukkan tanda-tanda awal kecederaan otak.

Jatuh Hingga Mengakibatkan Patah


Diari Ummi Adam
Rawatan Tuap Bagi Mengelakkan Kecederaan Lebih Parah
Kaki atau tangan yang mengalami sakit dan sukar untuk digerakkan atau bengkak, maka anggap sahaja ia patah. 

Rawatan tuap perlu dilakukan iaitu dengan meletakkan kayu, surat khabar, gulungan kotak, atau apa-apa objek keras supaya tulang yang patah tidak bergerak dan dapat meminimakan kecederaan dan kesakitan. Segera bawa ke Hospital untuk rawatan.

Lemas


Diari Ummi Adam
Pertolongan CPR

Diari Ummi Adam
Cara CPR untuk 1 tahun ke bawah

Situasi lemas boleh berlaku di dalam baldi atau sebarang bekas yang dipenuhi air di bilik air. Jika ia berlaku, terus angkat kanak-kanak. Periksa dadanya dan jika masih turun naik ia bermakna dia hidup lagi dan jika tiada turun naik, anggap ia sudah meninggal tetapi segera mulakan bantuan CPR dengan memberi 30 tekanan di dada.

Usia satu hingga lapan tahun, gunakan satu tapak tangan dan tekan di paras payudara dengan kiraan 30 tekanan dan dua kali hembusan.

Usia setahun ke bawah, gunakan dua jari dan tekan di paras payudara dengan kiraan 30 tekanan dan dua kali hembusan.


Jangan lupa ikuti 'Panduan Penting Keselamatan Anak' yang akan Diana siarkan esok hari.

Salam Sayang Ummi Adam


Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Nordiana Jami (874819)
Msg / Whatsapp : 014 – 6928 253
Email : nordiana.jamil@gmail.com







Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...