Cara Tidur Yang Diamalkan Rasulullah SAW
1. Tidur di awal malam sesudah menunaikan solat Isyak jam 10:00 atau 11:00 malam dengan keadaan berwudhu.
2. Bangkit di awal separuh kedua malam jam 1:00 atau 2:00 pagi, bersugi, berwudhu dan solat Tahajud.
3. Kemudian tidur semula dan bangkit sebelum terbit fajar. Terbit fajar disini bermaksud sebelum subuh supaya boleh mengerjakan solat Qabliyah Subuh.
4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus dan makanan cepat hadam. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
Waktu - waktu Yang Tidak Dianjurkan Untuk Tidur
1. Awal - awal pagi setelah terbit matahari.
2. Selepas masuk waktu Asar.
3. Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya separuh dari badan.
Bahaya Tidur Di Siang Hari Di Dalam Keadaan Cuaca Yang Panas
1. Mengundang penyakit kulit.
2. Merosakkan warna kulit.
3. Melemahkan jantung.
4. Menambahkan tekanan perasaan.
5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6. Melembapkan otak.
Cara Menghindarkan Lesu Selepas Bangkit Dari Tidur
1. Bersihkan tubuh terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2. Hindarkan dari tidur lewat malam.
3. Lakukan senaman di atas katil setelah terjaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum sarapan. Tetapi janganlah selepas bangun dari tidur. Bersihkan mulut terlebih dahulu.
5. Cucilah muka terutamanya bahagian kelopak mata dengan air suam.
6. Ambil wudhu dan solat Qabliyah Subuh dan seterusnya solat Subuh.
Rujukan : 57 Penyakit Berbahaya & Rawatannya.
1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata, "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye .. Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...
Comments
Post a Comment