![]() |
Gambar Google |
![]() |
Saya Bayi Susu Ibu... |
Nasihat Diana untuk Mom To Be atau Bakal Ibu yang sedang hamil, rajinkan diri membaca dan cari ilmu penyusuan sebelum saat kelahiran. Tak kisahlah dari internet atau buku. Masa ini lah kita paling ada masa untuk belajar dan menambah ilmu terutamanya buat ibu muda yang hamil anak sulong yang tiada pengalaman apatah lagi jika anda tinggal berjauhan dari ibu bapa dan tiada sesiapa yang akan menjaga anda sepanjang tempoh berpantang. Ini nasihat Diana sebab Diana telah lalui saat berpantang bersendirian dan ia memang bukan mudah jika anda tidak kuat semangat dan tiada ilmu berpantang, penyusuan dan sebagai seorang ibu. Panjang melelat pula walhal nak cerita susu ibu dan kebaikannya. Diana suka berkongsi cerita supaya boleh dijadikan panduan buat adik-adik yang bakal jadi ibu.
Menyusui merupakan satu keputusan yang datang dari naluri seorang ibu yang ingin berikan kebaikan susu ibu pada bayi mereka malah buat ibu juga. Biasanya selepas melahirkan, seorang ibu tak sabar nak turunkan berat badan dan mula mengambil ubat kurus serta menghadkan pemakanan. Itu amalan yang SALAH dan PALING TIDAK TEPAT jika ibu BERNIAT susukan bayi.
Tahukah anda bahawa dengan memberikan susu ibu dengan cara yang betul, ibu dapat menurunkan berat badan dengan kadar yang lebih cepat semasa tempoh berpantang dan bayi ibu pula lebih sihat daripada bayi yang menyusu susu ibu secara tidak konsisten dan mengambil susu lembu. Ramai yang mengambil ringan kebaikan susu ibu untuk diri sendiri dan bayi sebab mereka tidak ada rasa kesabaran dan niat hendak menyusukan bayi hanya sebab ikut-ikutan sahaja. Diana suka ingatkan buat adik-adik yang bakal jadi ibu supaya buatlah niat dari awal kehamilan lagi kerana niat yang betul sangat membantu kejayaan ibu menyusukan bayi sehingga usia dua tahun. Banyakkan berzikir dan berdoa. Allah mendengar setiap niat yang baik.
Kenapa penjagaan dan diet pemakanan penting semasa tempoh kehamilan dan berpantang? Ini kerana jumlah susu ibu yang dihasilkan semasa menyusui dipengaruhi oleh faktor saiz simpanan lemak yang terkumpul sepanjang tempoh kehamilan dan diet sepanjang tempoh menyusui bayi. Oleh sebab itu seawal kehamilan lagi, ibu perlu menyediakan badan ibu dengan pemakanan yang sihat dan suplemen. Sel-sel badan ibu yang sihat pasti akan menghasilkan sel-sel badan bayi yang sihat juga kan...Bab ni diana akan cerita lebih terperinci dalam entry yang akan datang.
Air susu ibu sebaiknya diberikan segera setelah bayi lahir. Air susu pertama yang bertahan sekitar 4-5 hari mengandungi kolostrum. Ia kaya dengan zat antibodi, berwarna jernih kekuningan dan agak pekat. Kolostrum ni dapat mengurangkan risiko terjadinya alergi padi tubuh bayi. kulit bayi ni sangat sensitif pada persekitaran. Tak caya tengoklah bayi ibu bila lahir nanti. Kolostrum yang terhasil pada setiap hari sekitar 10-100 cc, secara puratanya 30cc.Air susu sebenar akan keluar selepas hari kelima melahirkan anak. Jadi jangan cepat berputus asa bila susu sedikit dan tak keluar lagi ya.
Untuk mengetahui bahawa bayi menyusu dengan betul atau tidak, pun ada caranya. Antara tips yang diana boleh kongsikan kat sini ialah;
1. Mulut bayi terbuka lebar dengan bibir melipat keluar.
2. Dagu dan hidung bayi menempel pada payudara ibu.
3. Bayi memasukkan sebanyak mungkin bahagian areola ke dalam mulutnya. Jika bayi sekadar menghisap di puting, di khuatiri puting ibu akan mudah luka dan susu tak keluar banyak.
4. Bayi menyusu dengan teratur dan mendalam dan berhenti seketika.
5. Puting susu ibu terasa lebih selesa selepas beberapa kali susuan pertama.
Manakala cara penyusuan yang tidak betul atau kurang tepat pula;
1. Kepala bayi tidak selari dengan badannya.
2. Bayi menyusu hanya pada puting susu ibu iaitu mulut bayi tidak masuk sepenuhnya aerola.
3. Bayi menyusu main-main, tidak bersungguh-sungguh dan kadar ritmanya tidak teratur.
4. Ibu boleh mendengar bunyi "cik-cik".
![]() |
Kedudukan mulut bayi yang menyusu menutupi aerola |
Kenapa hospital dan klinik kerajaan dan swasta sekarang ini sangat menggalakan ibu untuk menyusu bayi dengan susu ibu? Sebabnya kerana air susu ibu memiliki banyak kebaikan. Air susu ibu yang pertama (kolostrum) mengandungi zat kekebalan tubuh untuk melindungi bayi dari pelbagai penyakit terutama cirit-birit dan gangguan saluran pernafasan. Pernah dengarkan kes bayi meninggal dunia disebabkan tersedak susu. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding dengan susu yang dikeluarkan secara komersial oleh kilang. Bayi yang menyusu susu ibu secara terus kurang berisiko untuk tersedak susu.
Air susu ibu sangat membantu meningkatkan kecerdasan anak. Berbanding bayi yang tidak mendapatkan air susu ibu, bayi yang menyusu susu ibu lebih kuat tulangnya dan cepat berjalan. Air susu ibu mengandungi tenaga dan gizi yang paling sempurna serta cecair yang sesuai dengan keperluan bayi hingga berusia dua tahun. Malah air susu ibu juga bersih, sihat, selamat, tidak perlu dipanaskan, tidak basi, mudah dicerna dan sentiasa tersedia dalam suhu yang sesuai untuk bayi. Masya Allah, sungguh hebatkan ciptaan Allah.
Di permulaan tadi Diana ada bagitahu yang penyusuan ni bukan sahaja baik untuk bayi tetapi untuk ibu juga sebenarnya.
Bayi yang minum air susu ibu;
1. Mempunyai daya tahan tubuh lebih kuat dan tidak mudah sakit. Malah membesar dengan lebih sihat dan kuat.
2. Susu ibu mengandungi gizi yang bersesuai dengan keperluan bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sempurna. Mengandungi DHA (Decosahexanoic Acid) dan AA (Arachidonic Acid) yang merupakan asid lemak tak tepu yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel otak yang bermanfaat untuk kecerdasan bayi.
3. Susu Ibu mengandungi kekebalan untuk bayi daripada jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit-birit, batuk, selesema, radang tekak dan gangguan pernafasan.
4. Susu ibu selamat dari risiko malnutrisi dan kekurangan zat besi yang menyebabkan penyakit rabun malam. Jadi tiada istilah bayi obesiti ya.
5. Pertumbuhan gigi, lelangit dan rahang anak yang minum susu ibu akan berkembang sempurna ketika proses menghisap payudara ibu ketika menyusu.
![]() |
Sihatkan saya ni...Saya bayi susu ibu tau.. |
Masa hamil adalah masa yang paling seronok bab makan sebab masa tu kalau badan naik pun tak kisah. Malah rasa bangga sebab kita gemuk kerana ada isi. Bukan gemuk lemak saja. Tapi selepas melahirkan, mula risau dan nak cepat-cepat turunkan berat badan. Kalau ibu-ibu nak tahu, penyusuan sangat baik dan banyak kebaikannya termasuklah membantu ibu untuk dapat semula bentuk badan ideal. Malah jika ibu benar-benar berpantang dan menyusui bayi ibu, badan ibu lebih cantik dari zaman anak dara.
Kebaikan menyusui bayi pada ibu;
1. Dapat menjalinkan ikatan kasih sayang antara bayi dan ibu (bonding).
2. Mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Luka cepat sembuh juga tau.
3. Mempercepatkan pemulihan kesihatan ibu dan mengecutkan rahim yang bengkak.
4. Membantu menjarakkan kehamilan.
5. Mengurangkan risiko kanser payudara.
6. Lebih praktikal kerana susu ibu lebih mudah dan sesuai setiap masa. Tak perlu susah nak bekal susu dan bawa air panas kan.
7. Tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli susu formula dan kelengakapannya.
8. Tidak membazirkan masa dan tenaga untuk menyediakan susu botol seperti merebus air dan mencuci botol.
9. Tidak perlu mengeluarkan belanja dan mengambil cuti sakit kerap untuk menjaga dan mengubati anak yang sering sakit kerana pemberian susu botol.
Bukan itu sahaja, Ganjaran yang Allah beri pada kita sebagai ibu menyusukan bayi sangat besar.
1. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
2. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa.
3. Wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
Hakikatnya nak berjaya dalam penyusuan tidak semudah yang disangka. Sebab itulah gajarannya sangat besar Allah berikan pada ibu-ibu yang berjaya. Terlalu banyak liku yang perlu dilalui dan diharungi dengan sabar dan istiqamah. Andai ibu pilih untuk PUTUS ASA, bermakna tiada harapanlah untuk ibu mencapai kejayaan tersebut. Manakala sekiranya ibu pilih untuk REDAH dan FIGHT, sesukar mana pun jalan, selama mana pun tempoh masa yg perlu diambil, percayalah, ibu pasti boleh.
Comments
Post a Comment