Skip to main content

ANEMIA

ANEMIA


Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan di mana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin.


Anemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Sebab-sebab Anemia


1. Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik). Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah. Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.

2. Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum. Ini mungkin disebabkan oleh :

a.) Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin.

b.) Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan keperluan zat besi di mana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.

c.) Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.

d.) Faktor toksik seperti penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal serta ubat-ubatan.

e.) Kekurangan hormon di mana paras hormon tiroid rendah.

f.) Serangan tulang sum-sum seperti kanser darah dan penyakit tulang sum-sum.

g.) Gangguan pembentukan sel darah merah disebabkan oleh Talasemia.

3. Kemusnahan sel darah merah yang berlebihan. Mungkin disebabkan oleh jangkitan atau pengambilan ubat-ubatan.

Jenis Anemia Yang Biasa Berlaku Ada 2 Jenis iaitu :


1. Anemia disebabkan kekurangan zat besi.

2. Talasemia

Tanda-Tanda Dan Gejala

ANEMIA
Simptom Pesakit Anemia

Ramai orang yang mengidap Anemia dan tidak mengetahui tanda-tanda mereka pengidap Anemia. Antara gejala-gejalanya ialah:

1. Keletihan setiap masa.

2. Pening

3. Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.

4. Kulit pucat

5. Kadar denyutan jantung yang cepat.

6. Kurang daya ingatan.

7. Kurang berat badan.

ANEMIA

Komplikasi


Jika Anemia sangat teruk ia akan menyebabkan:

1. Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.

2. Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada di dalam kandungan.

Kaedah Rawatan


Antara tanda seseorang itu sihat ialah apabila sistem peredaan darahnya dalam keadaan normal. Biasanya bagi orang dewasa bacaan normal tekanan darah ialah 120/80 mmHg. Manakala tekanan darah rendah (peredaran darah berjalan agak perlahan), ialah 100/70 mmhg.

Darah adalah sistem pengangkutan yang sungguh efisien di dalam tubuh manusia. Setiap hari dianggarkan lebih 150 ribu kilometre darah mengalir ke seluruh tubuh manusia dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki. Antara fungsinya ialah membawa segala tenaga dan oksigen untuk disampaikan kepada setiap sel dan organ. Oleh itu, jika darah seseorang pesakit itu mengalir perlahan, maka tenaga dan oksigen juga akan lambat untuk sampai ke destinasinya. Akhirnya tubuh akan menjadi pucat, lemah dan tidak bermaya.

Biasanya doktor menyarankan kepada pesakit untuk minum 8 hingga 10 gelas air kosong sehari. Ini bertujuan supaya air yang kita minum dapat melancarkan peredaran darah dan dapat mengimbangi kadar asid dalam badan.

ANEMIA

Anemia mempunyai pelbagai jenis. Antaranya, kekurangan pengeluaran darah merah yang disebabkan oleh kekurangan zat ferum, Vitamin B12 dan folate (folic acid) di dalam badan. Manakala tanda orang yang menghidap Anemia pula ialah cepat berasa letih, pucat dan kurang bermaya sehingga menjejaskan fungsi jantung. Di mana kadang-kadang jantung berdenyut dengan perlahan dan kadang-kadang berdenyut dengan cepat sehingga penghidap penyakit Anemia mudah berdebar-debar.

Kebiasaanya Diana akan sarankan penghidap Anemia untuk mengambil Vita-Lea Iron Formula dan B Complex sebagai vitamin tambahan.

Vita-Lea Iron Formula Shaklee adalah multivitamin dan multimineral yang pertama dicipta di dunia. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Tablet Vita-Lea disalut dengan serbuk nutrisi Spirulina. Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas pada usus kecil.

ANEMIA


Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea Shaklee telah dipilih oleh Centre for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multivitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000. Dan pada tahun ini 2015, Vita-Lea Shaklee menyambut ulangtahunnya yang ke -100 tahun.

B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12 dan 100% Asid Folik dan Biotin). Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada Vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna sebagaimana yang dinyatakan oleh RDA ia perlu diambil pada masa yang sama. 

ANEMIA


Vitamin B Complex Shaklee adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan di dalam tubuh sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Para saintis Shaklee telah mencipta Asid Folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana Asid Folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 99% Asid Folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik. Nasihat Diana, elakkan mengambil B Complex yang menawarkan rumusan sustain release.

Selain dari mencegah dan membantu masalah Anemia, B Complex juga membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Ia membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan. Kalau nak kurus, ambillah B Complex dengan cara yang betul dan anda akan dapat lihat hasilnya. Selain itu B Complex juga membantu :

1. Melawan Tekanan

2. Membantu menenangkan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

3. Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak.

4. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang pada bayi dalam kandungan.

5. Membantu membaiki masalah kulit kepala berkelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

6. Membantu meredakan senggugut terutamanya bagi mereka yang mengambil ubat hormone dan ubat tahan sakit.

7. Membantu mencegah kerekahan mulut dan jangkitan lidah serta nafas berbau.

Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil B Complex setiap hari.

Ramai juga yang membeli dari pengedar lain tetapi bertanya cara pengambilan dari Diana mengadu paras Haemoglobin mereka tiada peningkatan selepas mengambil Vitalea dan B Complex. Pada Diana anda sebenarnya mendapat nasihat cara pengambilan yang kurang tepat menyebabkan anda tidak mendapat hasil yang di kehendaki. Anda memiliki produk yang berkualiti dan bagus tetapi sayangnya anda tidak tahu cara yang betul untuk kembalikan kesihatan anda. Oleh itu penting untuk anda memilih penasihat kesihatan yang terlatih untuk memberikan panduan yang tepat.

Salam Sayang Ummi Adam


Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Nordiana Jamil
Msg / Whatsapp : 014 – 6928 253
FB : Nordiana Jamil
Email : nordiana.jamil@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...