Skip to main content

DOA YANG DIMAKBULKAN ALLAH

DOA YANG DIMAKBULKAN ALLAH

Apakah doa itu? Adakah ia yang sentiasa kita ucapkan dalam solat? Yang disuarakan penuh kekhusyukkan bahkan dengan air mata? Sekadar itukah?


Doa hakikatnya adalah pemangkin untuk kita mengubah diri. Hidup ni bukan sekadar hitam putih seperti televisyen zaman dulu. Ia juga tidak setenang seperti air di laut mati. Kehidupan kita ni sentiasa bergerak dan berubah. Penuh dengan cabaran dan pergolakkan. Menerusi hakikat itulah Allah SWT menguji hamba Nya untuk melihat sama ada kita tetap beriman atau sebaliknya.

Allah SWT menguji kita dengan ujian musibah untuk memperelokkan peribadi kita. Kebanyakkan orang yang ditimpa musibah, pasti akan kembali kepada Allah dan lebih masanya untuk Allah. Bukankah ini suatu perubahan diri yang lebih bagus?

Ibn Atha’ilah dalam kitabnya Al-Hikam “ Bagaimana engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tidak mengubah dirimu? Dari kebiasaanmu? Kita banyak meminta sehingga membuat kita tidak sempat menilai diri sendiri. Walhal sekiranya kita meminta dan melakukan perubahan diri, barulah Allah akan memberi apa yang kita minta. Doa adalah pengiring agar kita dapat mengubah cara hidup kita. Jika kita tidak pernah mahu mengubah diri menjadi lebih baik sudah tentu ada yang tak kena dalam permintaan kita.”

Andaikata setelah berdoa, kehidupan masih juga terus menerus sempit, pengajian tidak cemerlang memperolehi kepujian dekan, hutang tidak juga berkurang, pasti ada yang salah dengan diri kita.

Apa yang terjadi bukan kerana Allah tidak mengabulkan permintaan kita dan bukan juga kerana Allah tidak mendengar doa hamba-hamba Nya. Apa yang pasti adalah, kerana hamba itu sendiri yang tidak mahu mengubah kebiasaan buruk dan malas untuk meningkatkan amal ibadah serta tiada masa untuk berdamping dengan lebih erat dengan Allah SWT.

Cuba hayati firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah Ayat 186 ini ;

“ Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya padamu tentang Aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada Ku agar mereka selalu berada di dalam kebahagiaan.”

Muhasabahlah diri...Lihat kekurangan-kekurangan kita. Fikirkan apa yang mesti kita lakukan agar Allah berkenan mengabulkan doa kita.

Sebagai contoh:

Kita meminta hasil jualan yang hebat, tetapi kita tidak pernah berusaha memperkenalkan produk, tidak gunakan blog, FB, dan iklan untuk tujuan pemasaran. Maka doa kita adalah doa yang hampa.

Pelajar misalnya ingin dimudahkan lulus peperiksaan tetapi tidak meningkatkan usaha untuk belajar, maka jangan salahkan sesiapapun apabila pelajar terbabit tetap mengalami kesukaran dalam menjawab soalan peperiksaan.

Seorang ibu misalnya mengharapkan anak dan suaminya menjadi soleh. Tetapi solat si ibu masih biasa-biasa sahaja. Langsung tiada peningkatan. Maka jangan salahkan sesiapa ketika suami dan anak tidak mahu berubah seperti yang diharapkan.

Tidak cukup dengan hanya berdoa sahaja. Kita juga perlu melihat setiap kekurangan dalam diri kita. Kita WAJIB berubah dari apa yang dapat kita ubah.

Apa kata mulakan perubahan pertama dengan Solat Tahajud di seperdua malam atau sepertiga malam. Untuk mudah bangun Solat Tahajud, biasakan untuk tidur awal. Sebaiknya dalam jam 9:30 malam supaya mudah terjaga. Sebelum tidur, ambil air sembahyang. Apabila diatas katil, bertasbihlah terlebih dahulu dan berdoa minta Allah permudahkan untuk kita bangun pada sekian-sekian waktu untuk Solat Tahajud. In syaa Allah, anda boleh lakukannya. Yang penting kuatkan semangat.

Perubahan yang kedua, didik diri untuk mula rajin berpuasa sunat.

Perubahan yang ketiga, kurangkan bercakap perkara yang kurang bermanfaat termasuklah di Facebook @ FB. Tidak perlu hendak diceritakan segala perihal peribadi di FB dan ketidakpuasan hati terhadap orang disekeliling kita. Cuba fikir, jika ada yang terasa hati dari posting-posting anda, tidakkan akan menimbulkan fitnah dan dosa? Bagaimana kita nak Allah redha pada kita jika dalam masa yang sama kita menyakitkan hati orang lain? Renung-renungkan lah sahabat sekalian.

Perubahan yang keempat, jaga tingkah laku dan keperibadian agar terhindar dari maksiat. Maksiat ini bukan sekadar bila anda melakukan zina, persetubuhan dengan bukan mahram dan minum arak. Maksiat ini luas pengertiannya. Perhatikan dari segi pakaian yang kita pakai, tempat yang kita sering kunjungi hingga mendatangkan maksiat, pandangan mata yang tiada batasan, makanan dan minuman yang kita ambil, website, blog dan FB yang kita kunjungi yang boleh mengundang maksiat, dan banyak lagilah jika hendak di huraikan. Apalah bezanya jika “Berdoa tiada henti, Maksiat juga tiada henti”. Jadi jangan salahkan sesiapa jika doa anda ibarat gema tong kosong yang melantung begitu sahaja.

Siapa pun yang ingin doa di makbulkan Allah SWT, jangan perhatikan apa yang kita minta. Tetapi perhatikanlah apa yang kita dapat ubah dulu dari diri kita sendiri.

Perubahan yang kelima, mulalah rajin untuk mengunjungi masjid dan solat di dalamnya. In syaa Allah dengan rajinnya kita ke masjid, Allah akan memudahkan kita dalam segala hal. Bagi wanita lakukan perubahan dengan solat di awal waktu. Setiap laungan azan itu adalah panggilan dari Allah SWT untuk kita. Jadi mengapa kita melambatkan panggilan Allah?

Sebab boleh jadi kesulitan hidup, musibah yang memanjang atau hutang yang banyak itu Allah adakan bagi kita sebab kelalaian kita dari mengingati Nya. Allah inginkan melalui kesulitan tersebut kita kembali mengingati Nya. Dengan itu, kita akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan ibadah. Tetapi lakukannya dengan seikhlas hati dan rasa kedampingan kita pada Allah SWT. Pohonlah taubat semoga dosa-dosa yang lampau diampuni Allah SWT dan kita tergolong dalam golongan hamba-hamba yang di kasihi Nya.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “ Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari hari kelmarin, maka ia telah beruntung. Barangsiapa yang hari ini sama dengan hari kelmarin, maka ia telah merugi. Barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari hari kelmarin, maka orang itu terkutuk!”

Perumpamaannya mudah sahaja, “Kekuatan doa akan menjadi berkesan apabila kita sanggup mengubah diri melalui doa tersebut. Ibarat menanam pokok. Kekuatan kita untuk mengubah diri adalah benihnya. Sementara doa itu pula adalah baja dan airnya. Baja dan air akan membuat benih tumbuh hingga menjadi pokok yang berdaun, berbunga dan berbuah lebat. Namun bila kita hanya menabur baja tanpa sedikitpun benih tanaman, hanya lalang yang tumbuh. Tiada hasil yang seperti kita harapkan. “

Renung-renungkanlah...

Salam Sayang Ummi Adam

Comments

Popular posts from this blog

Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur

Bahan-Bahan Yang Boleh Dapat Dari Dapur Semalam tengok Wanita Hari ini (WHI). Tajuk utama WHI semalam Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur. Layan jer lah. Menurut Diana Rafar, petua ini khas turun-temurun dari warisan keluarganya. Dan dia sendiri memang amalkan mandi air rebusan herba paling tidak dua kali seminggu. Paling tidak pun akan bersauna dengan menggunakan air mandian rebusan herba tu. Elok juga mandi air rebusan herba ni semasa demam, selsema dan batuk sebab membantu mempercepatkan proses untuk sihat.  Ramuan herba dan semulajadi yang fresh ni memang banyak khasiatnya. Cuma kebanyakkan kita orang muda zaman sekarang tidak tahu kaedah yang betul. Kalau nak tahu, lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, meransang otot dan banyak digunakan sebagai bahan menguatkan tenaga. Dari pengalaman diana sendiri, amalan minum air halia, mandian air rebusan herba, urutan dan berlulur menjadikan badan kita rasa lebih segar

Dia Yang Pertama

Terasa cepat nya masa berlalu. Dia yang pertama menghuni rahim ini. Dia yang pertama memanggilku ummi. Dia yang selalu memberi senyuman dan pelukan saat ummi berduka. Dia yang tak kenal erti dendam walaupun sering dimarahi. Tiada yang kedua buat ummi. Insan yang banyak mengajar ummi erti kehidupan bergelar ibu. Minggu ni minggu terakhir abang adam menduduki ujian kelas 5 tahun. Ummi sentiasa mendoakan kejayaan abang adam di dunia dan akhirat. Sangat peramah dan suka berkawan. Rakan niaga ummi yang terbaik. Abang adam dah kenal ABC, Alif Ba Ta, kenal 1 - 100, tambah dan tolak. Dan yang paling ummi bangga walaupun tiada asas agama di tadika, abang adam mampu hafal ✔Doa makan ✔Doa masuk toilet ✔Doa Tidur ✔Berselawat ✔Mengucap 2 kalimah syahadah ✔Surah Al fatihah ✔Surah 3 qul ✔Zikir-zikir ✔Bacaan pendek dalam solat hanya dengan mendengar dari ummi dan ketika kita solat berjemaah. Mungkin orang lain rasa alah apa yang nak dibanggaka

Bagaimana Mahu Redha dan Bersangka Baik Dengan Allah?

Teori Untuk Redha dan Bersangka Baik Dengan Allah Dalam kehidupan seharian baik dalam urusan rumahtangga, kerjaya, bisnes, anak-anak dan orang-orang disekeliling, kita tidak mampu untuk lari dari ujian. Pasti ada ujian dari Allah untuk kita. Bila ujian bertimpa-timpa, pasti ada pertanyaan dari hati... Apakah hati masih mampu bersangka baik denganNya ? Apakah bibir masih mampu mengukir senyuman ? Apakah air mata masih bisa tertahan ? Terlalu banyak persoalan dan jawapan ada pada hati. Terpanggil untuk bercerita, bercerita tentang redha dan bersangka baik. Bersangka pada Allah. Sungguh saya bukan lah manusia tanpa dosa, malah sayalah pendosa tanpa noktah. Namun Allah membentuk saya dengan tarbiah kasih sayangnya. Jujur, bila mana satu-satu ujian hadir, bohong jika saya kata hati ini tidak bertanya Mengapa dan Kenapa saya ? Namun, bila ia selalu hadir, saya belajar dengan sendirinya, belajar untuk lihat segalanya dalam prespektif lebih luas. Jika mahu dihitung air mata