Skip to main content

PENYAKIT ASMA : ASTHMA

PENYAKIT ASMA : ASTHMA


PENYAKIT ASMA : ASTHMA merupakan salah satu penyakit berbahaya yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.


PENYAKIT ASMA : ASTHMA mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar untuk menjalankan aktiviti fizikal.

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara. Akibatnya pesakit boleh sesak nafas sehingga boleh menyebabkan pengsan.

Apa itu PENYAKIT ASMA : ASTHMA?


PENYAKIT ASMA : ASTHMA atau biasanya disembut sebagai semput atau lelah, merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Orang yang mengalami penyakit Asma akan menunjukkan beberapa tanda atau gejala tertentu.


Di antara tanda-tanda yang boleh diperhatikan termasuklah pernafasan yang berbunyi seolah-olah orang bersiul, terutama sekali apabila pesakit itu menghembuskan nafasnya. Ini dinamakan “wiz” yang kedengaran secara berulang-ulang. Namun ada juga yang tidak mengalami wiz, tetapi akan mengalami batuk terutamanya di waktu malam atau selepas melakukan aktiviti fizikal.

Adakalanya batuk tersebut dialami secara berterusan lebih dari seminggu. Selain itu, pesakit akan mengadu sesak nafas dan ketat dada. Dalam keadaan asma yang tidak dapat dikawal, ramai juga yang mengadu terdapatnya lendir yang amat sukar hendak dikeluarkan.

Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah alahan, walaupun tidak semua pesakit Asma mempunyai masalah ini. Alahan dipercayai dapat meningkatkan kecenderungan seseorang untuk mendapat serangan Asma. Di kalangan pesakit Asma dianggarkan lebih kurang 80 peratus kanak-kanak dan 50 peratus orang dewasa mengalami masalah alahan.

Selain itu, pesakit Asma yang mempunyai masalah alahan lebih mudah mengalami serangan Asma apabila terdedah kepada bahan pencetus Asma yang tidak mempunyai sifat alahan terhadap jangkitan virus.

Serangan Asma yang dialami tidak semestinya sama bagi setiap individu. Ada yang hanya mengalami sedikit rasa sesak nafas manakala yang lain mungkin mengalami sesak nafas yang teruk setiap hari.

Segelintir pesakit Asma mengalami dalam masa yang singkat manakala ada pula yang mengalami secara berterusan untuk beberapa hari lamanya. Selain itu ada pesakit yang akan mengalami keadaan yang mencemaskan manakala yang lain hanya mengalami sedikit gangguan keselesaan bernafas sekali sekala.

Keadaan sebegini menunjukkan bahawa asma merupakan sejenis penyakit yang tidak menentu dan ini secara tidak langsung menerangkan mengapa penyakit Asma sukar difahami dan di kawal.

PENYAKIT ASMA : ASTHMA
Perbandingan Saluran Pernafasan Normal dan Pesakit Asma (Asthma)

Bagaimana ASMA (ASTHMA) Berlaku?


Punca sebenar terjadinya serangan Asma adalah apabila terdapat perubahan di dalam saluran pernafasan. Perubahan yang di maksudkan adalah inflamasi atau bengkak yang seterusnya mengakibatkan saluran pernafasan menguncup dan peka terhadap rangsangan luar.

Inflamasi tiub dalam saluran pernafasan mudah mengalami iritasi, menjadi bengkak dan kelihatan merah. Seterusnya lendir yang pekat akan dihasilkan dan menyumbatkan saluran pernafasan. Pesakit akan mula batuk apabila dia cuba untuk mengosongkan saluran pernafasan yang tersumbat ini. Sekiranya inflamasi kerap berlaku dan keadaannya teruk, tisu saluran pernafasan akan menebal secara kekal. Ini menyebabkan pesakit lebih sukar bernafas.

KUNCUP : Otot yang mengelilingi saluran pernafasan mungkin menguncup dan menyebabkan saluran pernafasan mungkin menguncup dan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Keadaan ini dinamakan broncospasme atau bronchoconstriction. Pesakit akan merasa dadanya ketat.

PEKA : Saluran pernafasan amat peka terhadap pendedahan kepada benda-benda luaran seperti habuk, asap, rokok atau udara sejuk.

Kebanyakkan Asma berpunca daripada keturunan (genetik). Jika salah seorang ibubapa menghidap Asma, anak mereka juga berkemungkinan akan menghidap Asma kerana mereka sekeluarga mempunyai DNA yang sama.

Antara faktor lain ialah keadaan alam sekeliling seperti udara yang terlalu sejuk atau udara yang terlalu panas, habuk, asap, jangkitan saluran pernafasan, tekanan emosi dan fizikal.

Jika kita kerap mengamalkan ubat-ubat yang mengandungi dadah dan steroid, ianya boleh menyebabkan saraf paru-paru menjadi lemah sehingga berlakunya Asma dan jika tidak dirawat, ia akan bertambah teruk menjadi paru-paru berair. Manakala tanda dan simptom mereka yang menghidap Asma pula ialah sering batuk terutama di waktu pagi dan malam, nafas berbunyi serta sesak nafas ketika berjalan atau melakukan sesuatu pekerjaan.

Jika penyakit Asma dibiarkan dan menjadi kronik boleh menyebabkan paru-paru menjadi kembang sehingga mengakibatkan bocor selaput paru-paru (pneumothorax). Manakala bagi wanita hamil pula akan mengalami kesukaran semasa kelahiran.

Jenis-Jenis Asma


Asma Alahan : Asma ini juga dikenali sebagai Asma Ekstrinsik (luaran) atau Asma Atopik. Ia terhasil apabila berlakunya penyedutan bahan-bahan yang pada kebiasaannya tidak membahayakan individu yang sihat.

Contoh bahan-bahan tersebut termasuklah debunga, spora kulat, hama, bulu haiwan dan juga bahan elergi lain.

Asma Bukan Alahan : Ia juga dikenali sebagai Asma Intrinsik (dalaman). Kaum wanita lebih mudah mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.

Cuaca sejuk, asap rokok, bau cat dan gasoline, infeksi atau jangkitan dan tekanan psikologi adalah antara faktor-faktor yang boleh mencetus atau memburukkan lagi keadaan Asma ini.

Punca Asma


1. Faktor genetik iaitu mempunyai saluran pernafasan yang sempit secara semulajadi.

2. Terdedah kepada udara sejuk atau panas.

3. Terdedah kepada habuk atau asap.

4. Jangkitan saluran pernafasan.

5. Tekanan emosi dan fizikal.

6. Kesan sampingan daripada sesetengah ubat.

7. Terdedah kepada bulu binatang seperti kucing.

PENYAKIT ASMA : ASTHMA
Makanan Yang Tidak Boleh Di Ambil Oleh Pesakit Asma (Asthma)

Gejala Asma


1. Sukar untuk bernafas.

2. Sering batuk terutaman di waktu pagi dan malam.

3. Berbunyi (wheezing) semasa bernafas.

4. Dada terasa sempit.

5. Kehilangan berat badan atau selera makan.

6. Gejala-gejala menjadi lebih teruk semasa melakukan aktiviti.

7. Gejala meningkat beransur-ansur dalam masa minggu.

8. Gejala bertambah baik apabila tidak melakukan sebarang pekerjaan.

9. Gejala bertambah baik apabila persekitaran kerja telah berubah.

Kaedah Rawatan Alternatif


Vivix Shaklee

PENYAKIT ASMA : ASTHMA


- Membantu mengurangkan keradangan (inflammation).

- Membantu menbersihkan saluran pernafasan dari lendir (mucus)

Omega Guard Shaklee


PENYAKIT ASMA : ASTHMA

- Membantu mengurangkan keradangan (inflammation).

- Membuat badan rasa lebih panas (warm) dan selesa ketika cuaca sejuk atau tidur dengan penghawa dingin. Jadi secara tidak langsung mengurangkan risiko Asma.

- Meredakan bengkak.

- Mengurangkan Asma.

- Membantu menbersihkan saluran pernafasan dari lendir (mucus).

Sustained Release Vita C 500mg / Chewable Vita C 100mg


PENYAKIT ASMA : ASTHMA

- Meningkatkan sistem imun

- Melawan jangkitan

Carotomax


PENYAKIT ASMA : ASTHMA

- Memperbaiki membran peparu

- Mengurangkan serangan Asma

Nutriferon


PENYAKIT ASMA : ASTHMA

- Membantu meningkatkan imuniti (interferon semulajadi)

- Satu-satunya interferon semulajadi didunia.

- Interferon mampu meransang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun.

- Melindungi dari influenza serta alergi persekitaran dan pencemaran udara.

Garlic Complex Shaklee


PENYAKIT ASMA : ASTHMA

- Antibiotik semulajadi

- Meningkatkan sistem imun

Ostematrix Shaklee


PENYAKIT ASMA : ASTHMA

- Ia adalah kalsium magnesium

- Mengandungi anti Asma agen yang berupaya mengurangkan Asma.

Meal Shakes Shaklee

PENYAKIT ASMA : ASTHMA

- Mengandungi Vitamin A, C, E, Zink dan Selenium yang merupakan agen anti oksidan.

- Bertindak melawan jangkitan

- Sesuai untuk kanak-kanak yang belum pandai makan suplmen berbentuk tablet.


Untuk Dewasa : Boleh mengambil kesemua suplemen di atas.

Untuk Kanak-kanak : Omega Guard Shaklee, Meal Shakes dan Chewable Vita C 100mg


Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...