Skip to main content

Dia Yang Pertama

Terasa cepat nya masa berlalu.

Dia yang pertama menghuni rahim ini.

Dia yang pertama memanggilku ummi.

Dia yang selalu memberi senyuman dan pelukan saat ummi berduka.

Dia yang tak kenal erti dendam walaupun sering dimarahi.

Tiada yang kedua buat ummi.

Insan yang banyak mengajar ummi erti kehidupan bergelar ibu.

Minggu ni minggu terakhir abang adam menduduki ujian kelas 5 tahun.

Ummi sentiasa mendoakan kejayaan abang adam di dunia dan akhirat.

Sangat peramah dan suka berkawan. Rakan niaga ummi yang terbaik.

Abang adam dah kenal ABC, Alif Ba Ta, kenal 1 - 100, tambah dan tolak.

Dan yang paling ummi bangga walaupun tiada asas agama di tadika, abang adam mampu hafal

✔Doa makan
✔Doa masuk toilet
✔Doa Tidur
✔Berselawat
✔Mengucap 2 kalimah syahadah
✔Surah Al fatihah
✔Surah 3 qul
✔Zikir-zikir
✔Bacaan pendek dalam solat

hanya dengan mendengar dari ummi dan ketika kita solat berjemaah. Mungkin orang lain rasa alah apa yang nak dibanggakan sangat. Bagi ummi ini adalah pencapaian ummi untuk anak ummi yang bukan dari tadika agama. Yang tidak diajar basic agama di sekolah. 

Terima kasih Ya Allah terangkan hati Abang Adam.

Thank you Teacher Lee yang dah banyak mendidik Abang Adam dan bersabar dengannya.

Terima kasih Ya Allah amanahkan Abang Adam pada Ummi. Ummi tak kuat tapi ummi tahu Allah ada bersama ummi dalam menjaga,melindungi dan mendidik Adam.

Moga Abang Adam membesar menjadi anak soleh dunia akhirat dan menjadi kesayangan semua orang.

Buah hati ummi selamanya.








Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...