Skip to main content

Allah Maha Mengetahui

Jangan takut untuk berbuat kebaikan walaupun sentiasa ada yang buat jahat kat kita. 

Allah sentiasa melihat setiap perbuatan baik @ buruk. Dan ada balasan bagi setiap perbuatan. 

Abaikan perasaan yang kita sering dianiaya. Jangan ada rasa untuk balas dendam. 

Bukan hak kita untuk jatuh hukum kat dia. Allah ada untuk menghakimi dengan balasan yang setimpal.

Setiap kebaikan akan dapat balasan kebaikan. Ramai lagi hamba Allah yang baik hati di dunia ni. 

Jika ada yang buat jahat kat kita, Allah akan hantar orang yang baik untuk hiburkan hati kita. 

Allah ya Rahman ya Rahim sifat Nya. Berdoa dan jangan berhenti berdoa. Berdoalah pada bila-bila masa. 

Kerana Allah tidak pernah memilih masa dan waktu untuk mendengar doa kita. Cuma kita yang sering cari masa hingga akhirnya tak ada masa langsung kita bersama Allah. 

Allahumma Ya  Baari' Ya Basith Ya Jalil Ya Fattah Ya Razzaq Ya Wahhab Ya Ghaniy Ya Mughni aturkan yang terbaik buat kami. Aku berserah hidupku dan matiku hanya kepada Mu. Begitu juga dengan anakku. Lindungi dan jagai kami serta uruskan kehidupan kami. Jangan Engkau biarkan kami menguruskan kehidupan ini walau sesaat pun. Sesungguhnya hanya Engkau sebaik2 penjaga Allah Ya Baari' Ya Mujib. Aamiin. 



Comments

Popular posts from this blog

Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur

Bahan-Bahan Yang Boleh Dapat Dari Dapur Semalam tengok Wanita Hari ini (WHI). Tajuk utama WHI semalam Petua Cantik Dengan Bahan-Bahan Dapur. Layan jer lah. Menurut Diana Rafar, petua ini khas turun-temurun dari warisan keluarganya. Dan dia sendiri memang amalkan mandi air rebusan herba paling tidak dua kali seminggu. Paling tidak pun akan bersauna dengan menggunakan air mandian rebusan herba tu. Elok juga mandi air rebusan herba ni semasa demam, selsema dan batuk sebab membantu mempercepatkan proses untuk sihat.  Ramuan herba dan semulajadi yang fresh ni memang banyak khasiatnya. Cuma kebanyakkan kita orang muda zaman sekarang tidak tahu kaedah yang betul. Kalau nak tahu, lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, meransang otot dan banyak digunakan sebagai bahan menguatkan tenaga. Dari pengalaman diana sendiri, amalan minum air halia, mandian air rebusan herba, urutan dan berlulur menjadikan badan kita rasa lebih segar

Dia Yang Pertama

Terasa cepat nya masa berlalu. Dia yang pertama menghuni rahim ini. Dia yang pertama memanggilku ummi. Dia yang selalu memberi senyuman dan pelukan saat ummi berduka. Dia yang tak kenal erti dendam walaupun sering dimarahi. Tiada yang kedua buat ummi. Insan yang banyak mengajar ummi erti kehidupan bergelar ibu. Minggu ni minggu terakhir abang adam menduduki ujian kelas 5 tahun. Ummi sentiasa mendoakan kejayaan abang adam di dunia dan akhirat. Sangat peramah dan suka berkawan. Rakan niaga ummi yang terbaik. Abang adam dah kenal ABC, Alif Ba Ta, kenal 1 - 100, tambah dan tolak. Dan yang paling ummi bangga walaupun tiada asas agama di tadika, abang adam mampu hafal ✔Doa makan ✔Doa masuk toilet ✔Doa Tidur ✔Berselawat ✔Mengucap 2 kalimah syahadah ✔Surah Al fatihah ✔Surah 3 qul ✔Zikir-zikir ✔Bacaan pendek dalam solat hanya dengan mendengar dari ummi dan ketika kita solat berjemaah. Mungkin orang lain rasa alah apa yang nak dibanggaka

Bagaimana Mahu Redha dan Bersangka Baik Dengan Allah?

Teori Untuk Redha dan Bersangka Baik Dengan Allah Dalam kehidupan seharian baik dalam urusan rumahtangga, kerjaya, bisnes, anak-anak dan orang-orang disekeliling, kita tidak mampu untuk lari dari ujian. Pasti ada ujian dari Allah untuk kita. Bila ujian bertimpa-timpa, pasti ada pertanyaan dari hati... Apakah hati masih mampu bersangka baik denganNya ? Apakah bibir masih mampu mengukir senyuman ? Apakah air mata masih bisa tertahan ? Terlalu banyak persoalan dan jawapan ada pada hati. Terpanggil untuk bercerita, bercerita tentang redha dan bersangka baik. Bersangka pada Allah. Sungguh saya bukan lah manusia tanpa dosa, malah sayalah pendosa tanpa noktah. Namun Allah membentuk saya dengan tarbiah kasih sayangnya. Jujur, bila mana satu-satu ujian hadir, bohong jika saya kata hati ini tidak bertanya Mengapa dan Kenapa saya ? Namun, bila ia selalu hadir, saya belajar dengan sendirinya, belajar untuk lihat segalanya dalam prespektif lebih luas. Jika mahu dihitung air mata