Skip to main content

YAKIN 1000% pada Allah SWT

Sambil tunggu nenek kat airport, suruh adam baca buku. Bila ummi leka sekejap ke lain, mata adam pun dah melilau ke lain.

Ummi pun peluk Adam, suruh dia fokus dan eja. Macam biasa, ummi kena sabar sebab mata adam tak fokus kat buku.

Nak bagi dia fokus ummi cuba uji dia. Suruh eja perkataan2 yang ada dalam buku tu. Tu jer boleh buat dia lebih bagi perhatian. Dan tu juga cara supaya dia berfikir dan recall semula apa yang dia dah baca.

First time Adam bawa buku ke airport gara-gara esok ada exam. Ummi pun bukannya nak paksa sangat supaya Adam score 100% dalam final exam ni. Daripada duduk saja, bosan juga ngadap kedai2 makan kat balai ketibaan ni boleh juga buat revision.

Leka dengan buku, tak sedar yang mama dah keluar. Sapa tunggu sapa lak jadi nya. Hehe😜

Kalau ikutkan diana, takderlah nak kisah sangat Adam dapat jadi pelajar terbaik masa alam persekolahan tadika ni. Lagipun ni baru tahun pertama dia. Tahun depan barulah final year dia kat tadika.

Tadika jer kot. Tak bermakna tak dapat tempat pertama kat tadika esok lusa dah besar tak dapat jadi doktor.

Biar dia seronok2 dulu. Nikmati zaman kanak2. Main puas2 masa ni.Nanti dah tua macam ummi, nak bermain pun dah tak sempat. Asyik pikir duit je. Nak buat macam mana, harga minyak asyik naik je . 😝

Now masa untuk dia kenal dan belajar berkawan. Berkawan dengan kawan2 yang seusia dia. Belajar bersosial dan berkongsi barang. Kenal huruf dan belajar bahasa cina.

Mungkin dia belum fasih berbahasa cina lagi, tapi ok lah kalau dia dah kenal nombor dan beberapa perkataan dan ayat dalam mandarin.

Kalau orang tanya kenapa tak hantar ke sekolah yang ada pendidikan agama. Diana akan jawab, basic agama diana masih boleh bimbing Adam. Tapi bahasa cina, bukan bahasa yang diana mahir. Diana ada impian dan matlamat yang tinggimelangit untuk Adam. Tinggi lah sangattttt... 😜

Tak salah ada impian. Minta kat Allah dan kita usaha sedaya yang boleh. Allah SWT tak sia2 kan doa kita. Tapi kena YAKIN 1000% hanya pada Allah.

Berbalik pada sekolah Adam...

Walaupun agak mahal menghantar kat tadika
ni, tapi ia berbaloi buat diana. Biarlah yang hantar anak2 kesana berjawatan tinggi berkereta mewah. Diana tak pernah malu walau dengan kereta buruk.

Diana sentiasa yakin rezeki Allah untuk Adam tak pernah putus walau sesulit mana pun diana cari rezeki. Walau sesempit mana pun diana masa tu, pasti ada rezeki Allah hantar. Pasti ada saja order nasi kerabu, kuih akok, kek buah,  rendang yang diana dapat.

Meminta pada orang memang tidak sesekali. Usaha dan minta pada Allah.

Konsep diana bila kita mula meminta pada orang, bermakna kita dah hilang kepercayaan  pada Allah.

Bagaimana Allah nak bagi kita rezeki jika mulut kita kata nak tapi hati berbelah bahagi. Kalau diana pun marah orang buat macam tu.

Apa sahaja yang kita buat kena letakkan Allah sebagai tempat pergantungan kita sepenuhnya. Kata kuncinya YAKIN 1000% pada Allah SWT
~ NJ Hamba Allah


Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...