Skip to main content

Sedekah Kunci Rezeki Hebat

Sedekah kunci rezeki hebat. 


Biasa dengarkan cerita bagaimana sedekah Rm50 jadi Rm500. Sedekah rm1000 jadi Rm10000. 

Kak D bukan nak cerita kisah orang-orang yang dapat Rm500 dan Rm10000 tu. Silakan google je kisah-kisah mereka kalau nak rasa terinspirasi. 

Ada yang tanya, bagaimana saya nak sedekah kalau saya sendiri pun tak ada duit nak buat belanja? Bagaimana tu? 

Terus terang dari hati kak D kata yang kak D pernah lalui fasa tersebut. Bukan kata nak sedekah, nak beli beras dan lauk pun tak ada duit.

Kak D tak kisah kalau kak D yang lapar. Tapi bagaimana dengan anak kecik kak D yang masih tak faham apa-apa. 

Saat tu kak D hanya mampu masakkan bubur untuk dia dan tuang kicap. Kak D cakap kat adam, " Ni je yang kita ada. Adam makan yer. Ada rezeki nanti ummi berikan adam apa yang adam suka yer. " Adam pun makan juga walaupun dia tak suka makan bubur. Alhamdulillah lega sangat bila adam nak makan. 

Nak ceritanya, memang kosong sen lah orang kata. Masa tu tempat mengadu ni hanya pada Allah . Susah senang memang hanya pada Allah. 

Masa ada duit, Kak D jenis yang suka beli dan baca buku-buku agama dan motivasi. Kalau masuk kedai baju, kak D masih berkira-kira nak beli ke tidak. Tapi kalau masuk kedai buku, kak D akan beli selagi ada bajet. Sebab tu kak D lebih takut masuk kedai buku dari masuk kedai baju. 😂

Dari buku2 ni lah kak D banyak belajar tentang rezeki. Ilmu menjemput rezeki. Ada juga yang kak D belajar dari ceramah. Dulu kak D memang rapat dengan sorang kakak ni. Dia yang selalu mengajar kak D. Dia lah orang yang banyak menyedarkan kak D tentang amalan-amalan menjemput rezeki. Thanks to her yang banyak menyedarkan. Semoga Allah SWT limpahkan rezeki seluas alam dan kesihatan buat Kak N. 

Berbalik pada kisah, bagaimana saya nak sedekah kalau saya sendiri pun tak ada duit? 

Sedekah ni boleh dibuat dengan banyak cara. Tak semestinya dengan duit. Allah SWT terima apa sahaja yang kita sedekah. Yang penting niat kena betul dan ikhlas. 

#Sedekah Doa

Doakan untuk ibu bapa, doakan untuk anak-anak, doakan pasangan masing-masing dan doakan sesiapa sahaja yang terlintas dihati kita. Doa yang makbul adalah bila tuan badan tak tahu pun yang kita berdoa untuk dia. Dalam doa tu jangan lupa sebut nama. Doa biar jelas dan spesifik. 

#Sedekah al-Fatihah dan Surah Yassin

Setiap pagi selepas subuh niatkan al-Fatihah dan surah Yassin yang dibaca dan sedekahkah untuk Rasulullah SAW serta seluruh ahli keluarga baginda, para syuhada dan solihin, arwah nenda, tok saudara, arwah guru-guru dan seluruh umat islam.

Untuk yang masih hidup niatkan untuk dihadiahkan pahala dari bacaan al-Fatihah serta surah Yassin pada ibu bapa kita, anak-anak kita serta saudara mara kandung kita. Sebutlah siapa sahaja yang terlintas dihati kita. 

#Sedekah Zikir & Amalan Baik yang kita buat

Sama juga konsepnya seperti diatas.

Selain tu kita juga boleh buat Solat Dhuha 12 rakaat. Bukan semua orang diberi kelapangan masa untuk melakukan solat Dhuha ni. Hanya insan terpilih sahaja. Bersyukurlah jika anda terpilih untuk melakukannya. 

Hendak beramal ni tak semestinya tunggu kita ada duit dan kaya. Ditakdirkan kita mati sebelum jadi kaya, hingga kesudahlah kita tak bersedekah. 

Bila bersedekah jangan berharap Allah akan terus membalasnya. Allah SWT lebih tahu waktu dan ketika yang sesuai bila Dia nak bagi rezeki kat kita. 

Bila Allah SWT balas dengan segera,bersyukurlah dan itu kerana Allah tahu yang anda perlukan rezeki itu pada saat itu. 

Bila Allah SWT tak balas dengan segera, bersyukur dan redha kerana Allah SWT lebih tahu saat yang sesuai untuk memberinya.

Jangan kecewa dan berhenti beramal bila buat sekali belum dapat. Teruskan beramal. Ada orang buat hingga setahun baru Allah bagi. Ada orang buat hari ni, esok Allah bagi. 

Itu semua hak Allah ya Baari' yang mengatur dan merencanakan hidup kita. 

Tugas kita sebagai hamba, buat dan buat. Jangan putus asa dan berhenti selagi Allah tak pernah berhentikan jantung kita.











Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...