Skip to main content

Jangan Taksub Kepada Cawan Hingga Kopi Tertumpah

"Jangan Taksub Kepada Cawan Hingga Kopi Tertumpah". Diana dapat cerita ni dari satu group Whatsapp. Diana kongsikan semoga ia memberi manfaat dan panduan kepada kita agar tidak terlalu mengejar duniawi hingga terlupa pada akhirat. Rasa bersyukur akan memberikan kita nikmat hidup sebenar dan bukan hanya dirasai bila kita jadi kaya.
__________________________________________

Aku bersama rakan alumniku yang dikira berjaya dalam kerjaya, balik melawat ustaz kesayangan kami di universiti.

Ustaz Abu Khari menghampiri umur persaraan. Seorang peramah dan terkenal dengan rendah dirinya.

Perbualan bersama Ustaz Abu Khari membawa balik kembali seribu satu nostalgia.

Di tengah-tengah kerancakan, perbualan kami bertukar arus kepada rintihan mengenai tekanan di tempat kerja dan kehidupan. Kami semua, walaupun dikira berjaya, tetap menghadapi kesukaran mengemudi tekanan kerja dan kehidupan seharian.

Ustaz Abu Khari bingkas bangun dan pergi ke dapur untuk menyediakan air kepada kami. Air kopi kesukaannya dibancuh di dalam satu teko dan pelbagai jenis cawan disediakan untuk kami (porselin, plastik, kaca, kristal, yang biasa, yang mahal, yang unik rekabentuknya) dan dia menyuruh kami untuk menghidangkannya sendiri.

Kami semua mengambil giliran masing-masing untuk mengambil air kopi yang dihidangkan. Ada secawan terlebih.

“Jika anta semua perasaan, semua cawan yang elok dan mahal semua diambil, yang tinggal hanyalah cawan yang biasa. Adalah normal bagi anta semua nak yang terbaik untuk diri sendiri, tapi itulah juga punca kepada segala tekanan dan masalah anta semua.

Kita tahu cawan tidak akan "mengenakkan" lagi rasa kopi. Dalam kebanyakan keadaan, ia cuma lebih mahal, malah ada dalam situasi tertentu ia "memendamkan" apa yang kita minum.

Apa yang diperlukan anta semua ialah kopi, dan bukan cawan, tapi secara sedar, anta semua berebut untuk cawan yang terbaik, dan selepas itu, anta semua saling melihat cawan yang ada pada orang lain.

Sekarang, bayangkan kehidupan ialah kopi, kerja, duit dan pangkat di dunia ini sebagai cawan. Ia cumalah alat untuk memegang dan mengisi kehidupan. Tapi jenis cawan tidak akan mengubah  mahupun memberikan makna kepada kualiti kopi yang ada. Kadangkala kerana cawan, kita lupa untuk menikmati kopi yang dibuat Allah ini. Ana tukang bancuh saja,” kata Ustaz Abu Khari.

Kami semua terpegun dan tersentak. Dengan seteko kopi, Ustaz Abu Khari menjawab segala persoalan di minda kami.

“ORANG YANG GEMBIRA DAN BAHAGIA, TIDAK MEMILIKI SEGALANYA. MEREKA CUMA MEMANFAATKAN APA YANG ADA,” tambah Ustaz Abu Khari lagi sebelum kami meminta izin untuk beredar.
__________________________________________

Dalam hidup ini, jangan taksub pada cawan sehingga tertumpah kopi. Jangan pula terlalu fokus pada kopi tapi terlupa ia perlukan cawan untuk diminum.

Renung-renungkanlah...

Salam Sayang Ummi Adam
FB :  Nordiana Jamil 

Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan Yang Ibu Bapa Patut Elakkan Dalam Mendidik Anak

1. Tidak Pernah Bersalah Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,  "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..  Akhirnya si anak pun terdiam. Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman. Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepa...

Kepentingan Kalsium dan Magnesium Pada Badan

Sangat sedikit masyarakat yang sedar dan tahu kepentingan kalsium dan magnesium pada badan dalam metabolisma tubuh manusia. Magnesium diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh berfungsi dengan baik. Fungsi Magnesium sangat penting. Tetapi kepentingan Magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5 Cent Miracle Tablet” . Mengapa jadi begini?  Selepas Usia 40 Tahun, Kepadatan Tulang Mula Menurun Dengan Cepat Untuk makluman anda, kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat. Kesannya akan dilihat apabila usia anda semakin meningkat tua. Pada tahun 2002 seorang pengkaji yang dimuatkan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa, kesan paling ketara penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause . Selain itu, apabila keperluan magnesium di dalam badan tidak mencukupi, akan terjadinya denyutan jantung yang t...

Basic H Ni Sama Macam Peluntur Ke?

Ada yang tanya diana, Basic H ni sama macam peluntur ke? Mentang-mentanglah diana pi bubuh gambar teko yg putih selepas menggunakan Basic H,anda ingat Basic H ni peluntur... Ni diana nak citer... Basic H dengan Peluntur berbeza tau. Peluntur sifatnya melunturkan. Anda rendam barang dalam cecair peluntur, maka akan lunturlah segala-galanya termasuklah warna-warna baju sekali. 10 kali rendam dengan peluntur, baju pun koyak sebab dengan benang-benang baju turut lusuh dan luntur. Diana pernah buat ujikaji sejenis peluntur yang dicampur dengan sabun serbuk pencuci baju untuk membersihkan papan pemotong sayur dan sudu. Memang bersih sebab ia bersifat peluntur. Tetapi Peluntur ni sifat dan bahan-bahannya dari bahan kimia yang bertoksik dan tangan kita pun cepat melecet bila terkena peluntur. Bahaya untuk kesihatan. Tetapi Basic H ni bukan bersifat peluntur. Ia cuma memudahkan kerja anda melakukan pembersihan tanpa perlu menyental dengan kuat bagi menghilangkan kerak kuali, karat, kotoran,...